Peguam Syarie: Tetuan Naziha, Zainab & Co

Peguam Syarie: Tetuan Naziha, Zainab & Co Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Peguam Syarie: Tetuan Naziha, Zainab & Co, Divorce & Family Lawyer, F175, F176, F177, Tingkat 3, Baazar Tok Guru, Kota Bharu.

Mal
- Pernikahan
- Perceraian
- Hadhanah
- Mutaah
- Nafkah
- Hutang Mas Kahwin
- Harta Sepencarian
- Harta pusaka
- Hibah
- Pengesahan Nikah
- Nafkah tertunggak
- Wasiat

Jenayah
- Semua kesalahan jenayah di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Kelantan)

Harta Pusaka masih boleh dituntut walaupun sudah bercerai?Ya walaupun sudah bercerai  bekas isteri masih boleh mewarisi ...
20/05/2026

Harta Pusaka masih boleh dituntut walaupun sudah bercerai?

Ya walaupun sudah bercerai bekas isteri masih boleh mewarisi harta pusaka jika kematian berlaku dalam tempoh iddah talak raj’i.

Dalam keadaan itu hubungan perkahwinan masih dianggap 'berkuat kuasa' dari sudut hukum tertentu jadi hak faraid masih terpakai.

Namun jika:

Idah sudah tamat atau
Perceraian adalah talak bain (termasuk fasakh/khuluk tertentu) maka bekas isteri tidak lagi mewarisi harta pusaka.

Secara ringkasannya :

Masih dalam iddah talak raj’i → boleh waris
Sudah tamat iddah / talak bain → tidak waris

"Masa tengoh baik eretlah pasangan g ngesoh nikoh".Pengesahan nikah perlu disegerakan terutamanya bagi pasangan yang ber...
05/05/2026

"Masa tengoh baik eretlah pasangan g ngesoh nikoh".

Pengesahan nikah perlu disegerakan terutamanya bagi pasangan yang bernikah tanpa kebenaran pejabat agama (nikah sindiket, nikah di luar negara tanpa daftar, atau nikah jurunikah tidak bertauliah).

Lagi- lagi bila ada isu selepas bekahwin lagi berganda susah.Nak buat apa-apa tuntutan tak boleh.Yang teranianya ialah isteri.

Jangan sampai tahap cerai sendiri,rujuk sendiri tanpa buat pengesahan.( Sebab nk buat pengesahan di Mahkamah tak dapat,nikah pun tak berdaftar)

Situasi macam ni boleh menimbulkan kekeliruan status termasuk isu yang lebih besar seperti timbul isu ‘isteri dua suami.

Kesannya bukan kecil ia melibatkan hak, tanggungjawab dan masa depan.

Selesaikan awal sebelum ia menjadi masalah yang lebih besar.

13/04/2026

Bayangkan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apabila seorang bapa bergegas ke sekolah hanya untuk melihat jasad anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun kaku di perkarangan surau, dunia seakan-akan terhenti berputar. Itu dugaan maha hebat yang sedang dilalui oleh Mohd Azaudin Abdullah, bapa kepada arwah adik Nur Fatimatul Hawa yang maut dirempuh kenderaan gurunya sendiri di SMK Tanjong Mas.

Dalam saat dada hancur luluh dan emosi sedang memuncak, beliau sempat bertanya di lokasi kejadian siapa yang melanggar anaknya. Apabila guru wanita berusia 57 tahun itu tampil dan mengaku secara berhadapan, reaksi Mohd Azaudin sangat meruntun jiwa. Beliau tidak menengking, tidak memaki hamun, dan tidak bertindak mengikut amarah. Beliau memilih untuk berdiam diri.

Hari ini, bapa cekal ini mengeluarkan satu kenyataan yang mengajar kita semua tentang tahap keimanan yang paling agung. Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis. Kata-kata ini nampak ringkas, tetapi ia menuntut kekuatan hati yang luar biasa. Untuk melafazkan kemaafan kepada insan yang menjadi asbab kematian darah daging sendiri bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh sebarangan orang. Ia adalah cerminan jiwa yang sangat reda dengan ketetapan takdir Ilahi.

Kemaafan yang diluahkan oleh bapa ini tidak bermaksud keadilan dunia diketepikan. Keputusannya menyerahkan kes ini bulat-bulat kepada siasatan polis menunjukkan kematangan seorang ketua keluarga. Beliau meletakkan keadilan pada landasan lunas undang-undang yang betul, tanpa membiarkan hati dan fikirannya dibakar oleh api dendam kesumat. Beliau faham, marah setinggi gunung sekalipun tidak akan mengembalikan senyuman anaknya.

Dalam kedukaan yang tidak bertepi ini, Encik Mohd Azaudin telah mendidik kita semua erti sabar, reda, dan ikhlas yang sebenar. Benarlah, ujian yang paling berat hanya diberikan kepada bahu yang paling kuat. Semoga Allah mengurniakan ketabahan yang tidak putus-putus buat bapa hebat ini dan seluruh ahli keluarganya, serta mengangkat darjat beliau di atas kemaafan luar biasa yang telah diberikan.

Gambar semalam 🤍Bertugas di kaunter PPSK sempena Majlis Pelantikan Peguam Syarie Kelantan 2026.Semoga dipermudahkan urus...
13/04/2026

Gambar semalam 🤍

Bertugas di kaunter PPSK sempena Majlis Pelantikan Peguam Syarie Kelantan 2026.
Semoga dipermudahkan urusan para peguam yang baru ditauliah dalam dunia hitam putih ini.

02/01/2026

Cerai Taklik “Tidak Bagi Nafkah”
BUKAN automatik jatuh talak walaupun dilafazkan semasa akad nikah.

Kenapa?

Kerana cerai taklik jenis ini memerlukan pengesahan Mahkamah Syariah.

Proses yang betul

1. Suami lafaz taklik semasa akad
Contoh: “Jika aku tidak memberi nafkah zahir selama 4 bulan berturut-turut…”

2. Suami benar-benar tidak memberi nafkah (atau meninggalkan isteri) dalam tempoh tersebut.

3. Isteri MESTI membuat tuntutan di Mahkamah Syariah

– Failkan tuntutan cerai taklik
– Bukan terus anggap dah cerai

4. Hakim Syarie akan menyiasat & menilai bukti
– Sama ada benar suami cuai
– Sama ada syarat taklik dipenuhi

5. Hanya selepas disabitkan oleh Hakim, barulah:

-Cerai taklik disahkan
-Talak dianggap jatuh mengikut perintah Mahkamah.

Sebab ada juga yang salah faham -

“Suami tak bagi nafkah 4 bulan, automatik cerai”

“Dah xtinggal bersama dlm tempoh lama, kira dah bercerai”

Semua ini SALAH dari sudut undang-undang syariah di Malaysia.

Alhamdulillah sentiasa diberi ruang untuk menyertai program.Di penghujung tahun ini berkesempatan hadir ke Bengkel Mahir...
19/12/2025

Alhamdulillah sentiasa diberi ruang untuk menyertai program.Di penghujung tahun ini berkesempatan hadir ke Bengkel Mahir MyLand(Harta Pusaka) anjuran PPSK.

Banyak input praktikal dikongsikan oleh
Penceramah Tuan Haji Ahmad Termizi bin Abdullah.

Sempat juga diselesaikan sebelum masuk tahun baru.Alhamdulillah.Inilah kekuatan saya bertahan dalam bidang hitam putih n...
03/12/2025

Sempat juga diselesaikan sebelum masuk tahun baru.Alhamdulillah.Inilah kekuatan saya bertahan dalam bidang hitam putih ni.
Bila klien dapat tutup satu bab dan mula bab baru dengan lega.

Alhamdulillah berpeluang menyertai Seminar Celik Pusaka hari ni.
13/11/2025

Alhamdulillah berpeluang menyertai Seminar Celik Pusaka hari ni.

30/10/2025

TEMPOH RAYUAN

Keputusan Mahkamah Syariah boleh dirayu dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
Bila tempoh dah habis baru kelam-kabut nak mohon lanjutan masa.

Alasan yang selalu dengar:

“Saya tak tahu boleh buat rayuan dalam 14 hari.”

“Saya baru lantik peguam baru tahu pasal rayuan.”

Jadi, kalau tak puas hati dengan keputusan jangan tunggu lama.Bertindak sebelum cukup 14 hari, bila dah lebih dari tempoh proses jadi lebih rumit.

27/07/2025

Dalam banyak kes yang paling payah
bila suami simpan ego, isteri simpan air mata.
Masing-masing tunggu yang satu lagi buka mulut dulu.Tiada komunikasi yang ada cuma sunyi dan sakit hati.

Ego yang menebal boleh jadi racun dalam rumah tangga. Komunikasi yang baik bukan pilihan tapi keperluan dalam rumah tangga belajar berbincang dan meluah dengan pasangan. Pemikiran " Xpe nati dia faham sendiri la" cuba letak tepi pemikiran macam ni sebab pasangan kita bukan smart reader boleh baca apa yang terbuku di hati.

Kalau rasa lama sangat suami tak bawak keluar berjalan cakap terus terang tak payah nak bagi hint kalau dapat pasangan yang pembaris penat la kita nak bagi hint diorang tak faham-faham.Mulalah kita memendang rasa lama - lama meletup.😁

Address

F175, F176, F177, Tingkat 3, Baazar Tok Guru
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60105756254

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Tetuan Naziha, Zainab & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie: Tetuan Naziha, Zainab & Co:

Share