Peguam Syarie Izzat Rahim

Peguam Syarie Izzat Rahim Peguam Syarie Kelantan & Perak. Peguam Syarie, Nasihat Syarie, Perunding Keluarga Islam, Perunding Harta Pusaka, Hibah & Wasiat

27/08/2026

"Orang narsistik jarang rasa dia yang salah.
Dia buat kau terluka, lepas tu kau p**a yang dibuat rasa macam semua ni salah kau."

18/08/2026
SUAMI BIAWAK HIDUPIstilah “biawak hidup” selalu digunakan untuk menggambarkan suami yang tidak membantu, tidak bertanggu...
17/08/2026

SUAMI BIAWAK HIDUP

Istilah “biawak hidup” selalu digunakan untuk menggambarkan suami yang tidak membantu, tidak bertanggungjawab atau membiarkan isteri menanggung hampir semua urusan rumah tangga seorang diri.

Contohnya:

❌ Nafkah isteri tidak diberikan atau tidak mencukupi.
❌ Keperluan anak-anak semuanya ditanggung isteri.
❌ Tidak mahu bekerja sedangkan mampu.
❌ Semua urusan rumah dan anak diserahkan kepada isteri.
❌ Suami ada, tetapi tanggungjawab sebagai suami seolah-olah tiada.

Tetapi lama-kelamaan, yang sepatutnya menjadi pasangan hidup berubah menjadi parasit dalam rumah tangga.

📌 Persoalannya, adakah keadaan ini boleh menjadi alasan untuk isteri memohon perceraian?

Jawapannya: Boleh, bergantung kepada fakta dan keadaan kes.

Dalam undang-undang keluarga Islam, kegagalan suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri boleh menjadi antara alasan untuk isteri memohon fasakh, khususnya jika wujud keadaan seperti kegagalan memberi nafkah atau kemudaratan yang ditanggung oleh isteri.

Dan satu perkara yang kita selalu lupa:

Sayang dan cinta isteri yang keterlaluan tidak sepatutnya menjadi lesen untuk suami melepaskan tanggungjawab.

Isteri boleh sayang suami.
Isteri boleh bantu suami.
Isteri boleh berkorban untuk keluarga.

Tetapi sayang dan cinta suami juga perlu hadir bersama tanggungjawab.

Jangan jadikan pengorbanan isteri sebagai alasan untuk terus hidup tanpa tanggungjawab.

Kerana isteri bukan tempat untuk suami menumpang hidup.

Perkahwinan ialah perkongsian hidup, bukan seorang menjadi pasangan dan seorang lagi menjadi parasit.

12/08/2026

Dalam hadis, Nabi ﷺ menyebut antara kebahagiaan seseorang ialah :
isteri yang baik,
tempat tinggal yang selesa,
jiran yang baik dan kenderaan yang baik.

SUAMI TUDUH ISTERI BERZINA, TERUS JATUH CERAI LIAN?❌ Tidak.Tuduhan suami semata-mata tidak bermaksud pasangan itu terus ...
12/08/2026

SUAMI TUDUH ISTERI BERZINA, TERUS JATUH CERAI LIAN?

❌ Tidak.

Tuduhan suami semata-mata tidak bermaksud pasangan itu terus bercerai secara li‘an.

Li‘an ada prosesnya.
Ia perlu melalui prosedur yang ditetapkan dan dibawa ke Mahkamah Syariah.

Jadi kalau suami hanya berkata:

“Kau telah berzina dengan lelaki lain.”
"Anak yang kau kandung tu bukan anak aku."

Sebab itu, kalau ada suami membuat tuduhan zina terhadap isteri, jangan terus panik dan jangan juga terus anggap:

“Oh, dah jatuh lian. Dah bukan suami isteri. Haram nikah selama-lamanya”

Belum tentu.

Mahkamah perlu melihat keadaan dan fakta kes serta menjalankan proses lian mengikut hukum dan undang-undang yang terpakai.

Dan satu perkara lagi yang ramai tak tahu:

📌 LIAN BUKAN SEPERTI LAFAZ TALAK.

Ia mempunyai hukum dan kesan yang tersendiri terhadap hubungan suami isteri.

Jadi kalau berlaku situasi seperti ini, jangan buat kesimp**an hanya berdasarkan satu ayat yang dilafazkan suami.

Apabila li‘an telah disabitkan/dilaksanakan mengikut proses Mahkamah Syariah, barulah kesan hukum li‘an itu terpakai.

Antara kesannya ialah pasangan tersebut haram berkahwin semula selama-lamanya.

Dalam isu perceraian, satu perkataan pun boleh membawa implikasi yang besar.

Sebab itu, jangan “jatuhkan hukum” sendiri.

Dapatkan nasihat Peguam Syarie dan rujuk Mahkamah Syariah untuk kepastian status perkahwinan.

Anda Ada persoalan?

https://wasap.my/60176876284/NakTanyaSikitFB

BERCERAI, TAPI TAK PERNAH BERSETUBUH. ADA ‘IDDAH KE?Jika pasangan bercerai sebelum berlaku persetubuhan, maka pada asasn...
09/08/2026

BERCERAI, TAPI TAK PERNAH BERSETUBUH. ADA ‘IDDAH KE?

Jika pasangan bercerai sebelum berlaku persetubuhan, maka pada asasnya isteri tidak mempunyai ‘iddah.

Kesan ringkasnya:
• ❌ Tiada ‘iddah
• ❌ Tiada nafkah ‘iddah
• ❌ Suami tidak boleh rujuk dalam tempoh ‘iddah
• ✍🏻 Perceraian merupakan ba’in sughra
• ✍🏻 Jika mahu bersama semula, perlu akad nikah baharu

Namun, isu mutaah dan mahar perlu dilihat berdasarkan keadaan akad nikah, khususnya sama ada mahar telah ditetapkan atau tidak.

📌 Jadi, jangan anggap semua perceraian mempunyai ‘iddah. Perceraian sebelum persetubuhan mempunyai hukum yang berbeza.

Nota: Ini penerangan umum. Kes sebenar perlu dilihat berdasarkan fakta dan hukum yang terpakai.

Anda Ada persoalan?

https://wasap.my/60176876284/NakTanyaSikitFB

BERCERAI KERANA IBU MERTUA?Kadang-kadang rumah tangga bukan retak kerana suami isteri sudah tiada kasih sayang.Tetapi ke...
06/08/2026

BERCERAI KERANA IBU MERTUA?

Kadang-kadang rumah tangga bukan retak kerana suami isteri sudah tiada kasih sayang.

Tetapi kerana terlalu ramai “penasihat” masuk campur.

Ibu mertua yang baik bukan yang mengawal, tetapi yang tahu anak lelakinya sudah mempunyai rumah tangga sendiri.

Anak lelaki puan tidak hilang selepas berkahwin. Dia cuma memikul amanah baharu. Isterinya bukan pesaing puan, tetapi pasangan hidup kepada anak puan.

Jangan jadikan menantu perempuan seperti orang luar. Dia mungkin tidak sempurna, tetapi dia juga sedang belajar menjadi isteri dan menyesuaikan diri dalam keluarga baharu.

Nasihat boleh. Menghasut jangan.

Jika setiap kekurangan menantu dibesar-besarkan, jangan terkejut jika akhirnya rumah tangga anak sendiri yang menjadi mangsa.

📌 Kesimp**annya,

Ibu mertua yang baik tidak menambah api dalam rumah tangga anak. Dia menjadi teduh, bukan peniup angin ribut.

Kerana kadang-kadang, perceraian bukan bermula di mahkamah. Ia bermula daripada campur tangan yang tidak berhikmah.

Anda Ada persoalan?

https://wasap.my/60176876284/NakTanyaSikitFB

06/08/2026

Jika isteri ragu-ragu sama ada lafaz tersebut menyebabkan talak atau tidak, jangan buat kesimp**an sendiri. Dapatkan nasihat dan buat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menentukan status lafaz tersebut.

05/08/2026

Jika suami pernah melafazkan cerai tetapi kemudian menafikannya, isteri boleh mendapatkan nasihat dan membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menentukan status lafaz tersebut.

Yang penting, ceritakan kejadian dengan jujur dan lengkap kepada Mahkamah.

04/08/2026

Jangan terus anggap lafaz cerai melalui WhatsApp itu tidak sah hanya kerana ia dihantar melalui mesej.

Jika suami menghantar mesej yang mengandungi lafaz cerai, simpan mesej tersebut dan dapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah untuk menentukan status lafaz tersebut.

Address

Tingkat Satu, PT1512 Jalan Kuala Krai, Batu 4
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Izzat Rahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Izzat Rahim:

Shortcuts

Share