Peguam Syarie

Peguam Syarie Menyelesaikan isu-isu dan kes-kes rumahtangga dan nikah luar negara tanpa kebenaran. Khidmat Nasihat Guaman percuma serta Khidmat Guaman kos rendah.

Selesai Pembahagian Hibah, Hari ini adalah Suami hibah kepada isteri dan isteri hibah kepada suami. Sekali hadir sahaja ...
22/02/2026

Selesai Pembahagian Hibah, Hari ini adalah Suami hibah kepada isteri dan isteri hibah kepada suami. Sekali hadir sahaja ke Mahkamah Tinggi Syariah terus dapat perintah hibah..

Kelebihan utama Hibah semasa hidup:

1) Urusan pindahmilik harta lebih mudah dan cepat selepas kematian pemberi hibah

2) Bebas memilih penerima hibah

3) Mengelakkan pertikaian dan perebutan harta

4) Perlindungan Kewangan waris

5) Tidak tertakluk faraid

6) Amalan Sunat dan Kasih Sayang

7) Tiada had amaun ( kalau wasiat terhad 1/3)

Perintah Nafkah Anak Jangan Dipandang Ringgan sehingga Tertunggak sampai 1 Juta..Tuntutlah hak anak di ketika masih keci...
07/02/2026

Perintah Nafkah Anak Jangan Dipandang Ringgan sehingga Tertunggak sampai 1 Juta..

Tuntutlah hak anak di ketika masih kecil andai suami gagal memberi nafkah yang sepatutnya jika telah bercerai..

Keluar je dari dewan bicara mahkamah syariah Tangkak tempoh hari, Peguam saya: Puan, puan okay ke? Puan okay ke dengan k...
03/02/2026

Keluar je dari dewan bicara mahkamah syariah Tangkak tempoh hari,

Peguam saya: Puan, puan okay ke? Puan okay ke dengan keputusan hakim tadi?

Saya jawab: alhamdulillah saya ok, selesai semua beban saya selama 6 tahun ni.

Saya buka kes hujung tahun 2021 selepas balik ke Muar.

Mutaah
Nafkah anak
Hadhanah
Hutang sepanjang perkahwinan

Tahun ini tahun ke-6 alhamdulillah telah selesai kes terakhir iaitu mutaah.

Hakim putuskan Mutaah dibayar oleh bekas suami mengikut nilai emas pada tahun 2021, dinilai juga berdasarkan gaji terakhir bekas suami, tempoh perkahwinan, latar belakang isteri, dan juga akhlak isteri semasa tempoh kahwin (tak disabitkan nusyuz). Apa pun keputusan hakim saya terima walaupun tak dapat tuntut penuh.

Sepanjang 6 tahun bergelar ibu berdikari, satu perkara yang saya boleh cakap, suami adalah pinjaman. Tak bercerai hidup, akan bercerai mati juga bila ajal sampai. Sebagai isteri, jangan sesekali berhenti kerja atau berhenti buat bisnes. Mesti kena ada simpanan sendiri, aset sendiri. Sebab kita tak tahu apa bakal jadi pada perkahwinan kita.

Buka file bukan murah, satu kes sahaja lebih kurang RM5,000 (tahun 2021). Dibayar mengikut progress Kes sepanjang tempoh perbicaraan. Dan yuran attendance peguam sebanyak RM250 setiap Kali peguam naik bicara Kes-kes kita. Kalau 20 Kali peguam naik court, dah jadi RM5,000, tak termasuk dengan RM5,000 yuran untuk setiap Kes tadi. Tak ada RM20,000-30,000 dalam tangan, saya pun tak berani nak proceed kes-kes ni.

Saya tekad nak buka kes, biar ada dokumen hitam dan putih dari mahkamah. Kenapa? Sebab saya nakkan keadilan untuk saya dan anak-anak. Selain kena ada saving untuk hire lawyer, mental juga perlu kuat sepanjang kes-kes berada dalam perbicaraan.

Wanita ingat, saving sangat penting. Saya cakna saving bukan sebab saya tahu saya akan bercerai, tapi saya tahu sampai masa saya mesti akan guna duit saving untuk sesuatu perkara penting yang orang lain tak dapat nak bantu.

Kuat ya para wanita yang disakiti. Allah sentiasa bersama kita. Sediakan payung sebelum hujan. Sebelum terjadi apa-apa, pastikan paling sikit kita ada simpanan 3 bulan gaji untuk kegunaan mase depan. Untuk diri sendiri dan anak-anak. Jadikan kisah ibu-ibu tunggal di luar sana sebagai pengajaran. Sebenarnya saya sedih dengan kisah Nurin Alisa. Moga yang baik-baik untuk dia.

Be prepared for the worst!
Jangan pernah putus asa 💪

Yang sentiasa kuat,
Lahawla wala quwwata illah billah

Kredit to Aiza Amira Ab Ghani

Hati-hati nikah sindiket, pastikan cukup syarat rukun-rukun nikah..29 tahun rupanya ikatan tidak sah...
15/11/2025

Hati-hati nikah sindiket, pastikan cukup syarat rukun-rukun nikah..

29 tahun rupanya ikatan tidak sah...

Kuala Lumpur: Ikatan perkahwinan yang dibina selama 29 tahun disangka sempurna, rupa-rupanya tidak sah akibat terjebak sindiket nikah membabitkan wali hakim palsu.

Syarat Tuntutan Cerai Secara FasakhMenurut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, No.6 Negeri Kelantan:-Permoh...
21/04/2025

Syarat Tuntutan Cerai Secara Fasakh
Menurut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, No.6 Negeri Kelantan:-

Permohonan fasakh di mahkamah boleh dilakukan disebabkan oleh beberapa faktor.

Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

1) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
2) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
3) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
4) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
5) Telah mati pucuk.
6) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
7) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
8) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
9) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
10) Memaksa isteri hidup secara lucah.
11) Melupuskan harta isteri.
12) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
13) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
14) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

BELAJAR DULU JADI SUAMIDalam satu sidang mahkamah, satu permohonan poligami telah disebut di hadapan Yang Arif Hakim. Pi...
24/03/2025

BELAJAR DULU JADI SUAMI

Dalam satu sidang mahkamah, satu permohonan poligami telah disebut di hadapan Yang Arif Hakim. Pihak-pihak tidak diwakili peguam dan bila tiada peguam semuanya akan ditanya langsung oleh Yang Arif Hakim.

Yang Arif ada bacakan satu alasan ingin berpoligami yang dinyatakan Pemohon iaitu utk tambah zuriat. Start daripada situ, bertalu-talu 'lecture' daripada Yang Arif mengenai poligami yang saya jarang bahkan tak pernah dengar daripada mulut seorang lelaki.

"Kamu nak tambah zuriat lagi, isteri kamu baru bersalin sebulan lahirkan zuriat kamu. Nak tambah anak apa lagi?"
"Kamu dah jaga bayi kamu sendiri? Jaga malam, bancuh susu, tukar lampin. Kamu buat semua tu dulu. Rasa dulu susahnya macam mana jaga anak"
"Kahwin ni bukan seronok nak ber'sama' lepas tu buat anak.
Kita ni orang laki kalau tu yg dalam kepala kita, masuk neraka kita semua ni"
Suara Yang Arif agak keras.Dewan mahkamah jadi diam.
"Dah faham figh wanita? Darah wanita? Apa beza haid, istihadhah, apa darah penyakit. Nak handle wanita ni kena tau fiqh2 mereka!"

Dan banyak lagi peringatan demi peringatan yg buat saya angguk tak henti-henti. Mahkamah tangguhkan mendengar permohonan Pemohon utk satu tempoh yg panjang sedikit:
"Saya tangguh lama sikit, lagipun kes memang tengah banyak. Dan saya nak kamu jaga dulu isteri dim pantang dan jaga baby mcm saya cakap tadi. Mana tahu nanti kamu tak jadi dah nak poligami"

Naah, ambik kau. Puas hati! Tak pernah keluar mahkamah sepuas itu waktu itu. Rasa dunia sedang bertempik bersorak di pihak wanita yg teraniaya.
Inilah gelanggang pengadilan yang saya harapkan.
Bukan sahaja gelanggang utk menjatuhkan hukuman atau perintah, tetapi memberi hikmah dan pengajaran kepada pihak-pihak dalam kes.
Tahniah Mahkamah Syariah 👍🏼

Credit: Nurul Izzah Zainol

17/02/2025

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan seorang wanita berusia 38 tahun membayar ganti rugi mencecah RM200,000 kepada seorang suri rumah kerana merosakkan rumah tangga yang menjangkau usia 50 tahun.

Sifu..Isu nafkah tertunggak adalah boleh dituntut
18/12/2024

Sifu..
Isu nafkah tertunggak adalah boleh dituntut

Fahami beza pemberian hibah & wasiat...
14/11/2024

Fahami beza pemberian hibah & wasiat...

Address

Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60145180583

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share