Rabbani Ramli Peguam Syarie - ARR

Rabbani Ramli Peguam Syarie - ARR Peguam Syarie. Perunding Keluarga Islam. Hibah, Wasiat dan Faraid. Kelantan & Perak.

HIBAH 'MULUT' PERLU DI-DOKUMENTASI-KAN Kes 1:“Salam Tuan. Suami saya meninggal dunia beberapa bulan lepas. Tiada siapa a...
08/11/2024

HIBAH 'MULUT' PERLU DI-DOKUMENTASI-KAN

Kes 1:

“Salam Tuan. Suami saya meninggal dunia beberapa bulan lepas. Tiada siapa ahli keluarga kandung arwah suami yang masih hidup ketika dia meninggal. Lagipun, arwah suami saya anak angkat. Dan kami sendiri pun tiada anak kandung sepanjang hidup bersama.

Soalan saya kepada tuan, macam mana harta-harta peninggalan milik suami saya? Apa yg saya tahu dan dengar, bila si mati tidak meninggalkan ahli waris, harta-hartanya akan turun kepada baitulmal, termasuklah rumah yg saya menetap sekarang. Seingat saya semasa mula-mula arwah suami beli rumah tu dulu, dia sebut pada saya depan jiran, rumah tu milik saya dan harap saya terus duduk di situ walaupun selepas dia mati. Tapi kami tak buat hitam putih pasal hal ini kecuali secara lisan saja. Boleh tuan bantu saya?"

Kes 2:

"Salam Tuan. Arwah atuk hadiahkan saya sebidang tanah. Atuk cakap, dia nak bagi saya sebab banyak bantu jaga dan teman dia. Tapi dia serah secara 'mulut' saja.

Selepas atuk meninggal, tanah tu jadi faraid. Masing-masing pakcik saya hendakkan tanah tu dan jual. Saya bagitahu mereka, sebenarnya arwah atuk dah serahkan kpd saya tanah tu cuma tak buat pindahmilik. Macam mana tuan utk saya selesaikan masalah ini."

Dua kes di atas ada persamaan isu, iaitu;

1) Pemberian harta sewaktu pemberi hidup.
2) Pemberian harta hanya sekadar beri 'mulut' sahaja tetapi tidak ditulis atau tidak didokumentasikan.

Bagi memahami keadaan ini, adalah penting untuk mengetahui hukum dan syarat pemberian semasa hidup atau dipanggil hibah atau alang hayat.

Hibah ialah suatu pemberian harta yg dilakukan secara sukarela semasa hayat. Pada umumnya, ada empat (4) rukun dan syarat yg perlu dipenuhi bagi mengesahkan hibah.

- Ada pemberi hibah
- Ada penerima hibah
- Ada barang/harta hibah
- Sighah (lafaz beri dan terima)

Bagi tiga rukun yg pertama adalah jelas, wujud pemberi, penerima dan harta bagi kedua-dua kes. Cuma bagi rukun ke-4 di sisi mazhab Syafie, perlu ada penerimaan (qabad) harta yg jelas daripada si pemberi kepada penerima hibah sekaligus menyempurnakan sighah ijab (beri) dan qabul (terima).

Antara keadaan yg boleh membuktikan wujudnya penerimaan harta ialah, penerima hibah BEBAS menggunakan harta tersebut. Misalnya bagi kes yg pertama, penerima bebas untuk tinggal, mengubah dan juga memperbaiki struktur bangunan rumah tersebut.

Bagi mengatasi kemusykilan mengenai harta peninggalan si mati kemudian hari, solusinya ialah tidak lain iaitu perlunya penulisan hibah semasa hidup! Atau, jika perlu, buat pindahmilik secara terus dan mutlak mengikut undang-undang.

Jika tiada sebarang hitam putih, pihak-pihak yg mendakwa wujudnya hibah harta perlulah membuat pengesahan hibah di Mahkamah Syariah dengan mengemukakan semua dokumen, saksi-saksi (jika ada) yg membuktikan adanya hibah tersebut.

Sebenarnya di Mahkamah Syariah, pengesahan atau pengisytiharan hibah boleh dilaksanakan lebih awal lagi sebelum pemberi hibah meninggal dunia.

Justeru dapatkan nasihat peguam sekiranya berhasrat untuk mendokumentasikan hibah secara sah mengikut lunas undang-undang. Adalah tersangat penting untuk mendapatkan nasihat yg betul bagi mengelakkan hibah yg dilakukan boleh dicabar dan dipertikai pada masa hadapan.










***JIKA TUAN/PUAN INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM SYARIE, BOLEH HUBUNGI SAYA DI NOMBOR TELEFON👇
📱011-11230961
📞011-19445961

ATAU, BOLEH KLIK DI👇
www.wasap.my/601111230961/khidmatsyariah

ATAU, BOLEH KUNJUNGI DI FACEBOOK PAGE👇
RABBANI RAMLI PEGUAM SYARIE – ARR***

ISU-ISU BERBANGKIT APABILA PERKAHWINAN DAN RUJUK TIDAK DISAHKAN DI MAHKAMAH SYARIAH Kes 1:“Salam Tuan. Saya pernah berka...
28/10/2024

ISU-ISU BERBANGKIT APABILA PERKAHWINAN DAN RUJUK TIDAK DISAHKAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Kes 1:

“Salam Tuan. Saya pernah berkahwin dan telah pun bercerai dgn bekas suami saya pada awal tahun ini. Saya merancang untuk mendirikan rumah tangga dgn pasangan baharu saya hujung tahun ini. Setelah bekas suami tahu tentang rancangan perkahwinan saya, dia beritahu yg dia masih suami saya. Dia dakwa sudah rujuk saya ketika dalam tempoh iddah. Apa yg saya kena buat tuan?"

Kes 2:

"Salam Tuan. Saya telah berkahwin dgn isteri saya warga Thailand tahun lepas di Yala. Isteri saya disahkan hamil anak pertama dan kami rancang utk melahirkan anak di sini (Malaysia). Masalah timbul sebab isteri saya bukan warganegara Malaysia dan kami tiada surat nikah yg sah. Jadi kami perlu sedia kos yg agak besar juga utk proses kelahiran tu nanti bila tiada dokumen yg sah. Bolehkah tuan bantu kami?"

Dua isu di atas merupakan isu yg berbeza tetapi menimbulkan natijah yg tidak baik.

Isu kes 1, isu yg dikatakan 'rujuk' tetapi rujuk tersebut disembunyikan. Bukan sahaja mahkamah atau orang tak tahu, bekas isteri sendiri pun tak tahu.

Dalam kes sebegini, sudah jadi perkara wajib kpd suami utk failkan pengesahan rujuk di mahkamah. Jika rujuk itu tidak sabit atau tidak berlaku, maka bekas isteri tersebut boleh meneruskan perkahwinan baharunya.

Bagi kes 2, pasangan tersebut wajib failkan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah. Oleh sebab yg dikatakan 'perkahwinan' di Yala tersebut terlebih dahulu berlaku sebelum permohonan nikah luar negara dibuat, maka denda akan dikenakan.

Amnya, rujuk dan nikah jika dibuat sambalewa dan tidak mengikut lunas undang-undang, akan mewujudkan beberapa permasalahan, antaranya;

- Anak yg lahir akibat rujuk/nikah tersebut boleh jadi anak tidak sah taraf.
- Konflik pembahagian harta pusaka.
- Konflik pembahagian harta sepencarian.
- Dan banyak lagi masalah lain.

Justeru, amatlah penting utk mengetahui sedikit sebanyak perkara berkaitan perkahwinan di Malaysia. Rajinkan bertanya kepada yg tahu bagi mengelakkan berlaku hal yg tidak diingini. Wallahualam.









***JIKA TUAN/PUAN INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM SYARIE, BOLEH HUBUNGI SAYA DI NOMBOR TELEFON👇
📱011-11230961
📞011-19445961

ATAU, BOLEH KLIK DI👇
www.wasap.my/601111230961/khidmatsyariah

ATAU, BOLEH KUNJUNGI DI FACEBOOK PAGE👇
RABBANI RAMLI PEGUAM SYARIE – ARR***

Firman Allah SWT didalam Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 5:"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kem...
28/03/2024

Firman Allah SWT didalam Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 5:

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."


Rancakkanlah ibadah di pertengahan sehingga akhir Ramadan. Salah satunya ialah dengan cara membaca, memperelokkan dan mentadabbur al-Quran.

Semoga Allah SWT menyampaikan kita dengan malam al-Qadar dan segala kemuliaan didalam bulan Ramadan.🤲

Salam nuzul al-Quran dan selamat mengimarahkan bulan Ramadan.🙂

Selamat Hari Malaysia ke-60.Dirgahayu Malaysia! ❤️
16/09/2023

Selamat Hari Malaysia ke-60.

Dirgahayu Malaysia! ❤️

Selamat menyambut tahun baru Hijrah kepada seluruh umat Islam.🤲
18/07/2023

Selamat menyambut tahun baru Hijrah kepada seluruh umat Islam.🤲

BAPA ENGGAN JADI WALI NIKAH, BOLEHKAH “PASS BATON” KEPADA ABANG KANDUNG?“Assalamualaikum tuan. Saya merancang untuk berk...
09/07/2023

BAPA ENGGAN JADI WALI NIKAH, BOLEHKAH “PASS BATON” KEPADA ABANG KANDUNG?

“Assalamualaikum tuan. Saya merancang untuk berkahwin hujung tahun ini. Cuma masalah saya sekarang, ayah saya tak restu perhubungan saya dengan bakal suami dan enggan mewalikan saya. Jadi saya nak minta pandangan tuan, boleh ke kalau abang kandung saya jadi wali nanti?”

“Jawapannya tak boleh cik, kecuali……”
Saya sering diajukan soalan tentang siapa yang patut jadi wali sekiranya ayah sudah meninggal dunia, ataupun ayah tinggal di suatu tempat yang tidak diketahui, ataupun mungkin diketahui keberadaan namun enggan mewalikan anak perempuannya.

Perkara penting untuk semua ketahui adalah turutan wali pernikahan, sebagaimana berikut:
i. Bapa kandung
ii. Datuk sebelah bapa ke atas
iii. Adik beradik lelaki kandung
iv. Adik beradik lelaki sebapa
v. Anak saudara lelaki kandung ke bawah
vi. Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
vii. Bapa saudara sebelah bapa kandung
viii. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix. Anak lelaki bapa saudara (sepupu) sebelah bapa kandung ke bawah
x. Anak lelaki bapa saudara (sepupu) sebelah bapa sebapa ke bawah

Dan seterusnya sehingga wali Raja/Sultan (wali am).

Susunan ini dinyatakan didalam Jadual Keempat Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan dan juga disebut didalam enakmen-enakmen Syariah bagi negeri-negeri lain.

Berbalik kepada persoalan pengadu, turutan wali tidak akan turun secara automatik kepada wali bukan mujbir (selain bapa dan datuk kandung) sekiranya bapa kandung masih hidup. Sekiranya bapa masih hidup dan enggan mewalikan anak perempuannya, bakal pengantin perempuan mestilah memfailkan kes wali enggan atau membuat permohonan wali hakim di Mahkamah Syariah.

Justeru, pengadu TIDAK BOLEH sewenangnya “melantik” abang kandung atau sesiapa sahaja untuk menjadi wali nikah sebelum permohonan wali hakim di mahkamah dibuat.

*Kredit ilustrasi daripada Google.









***JIKA TUAN/PUAN INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM SYARIE, BOLEH HUBUNGI SAYA DI NOMBOR TELEFON👇
📲011-19445961
📱011-11230961

ATAU, BOLEH KLIK DI👇
www.wasap.my/601111230961/khidmatsyariah

ATAU, BOLEH KUNJUNGI DI FACEBOOK PAGE👇
RABBANI RAMLI PEGUAM SYARIE – ARR***

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga segala pengorbanan dan amal baik kita diterima ol...
28/06/2023

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga segala pengorbanan dan amal baik kita diterima oleh Allah SWT.🤲

SUAMI BOLEH TUNTUT HARTA SEPENCARIAN“Salam tuan. Saya dan isteri baru sahaja bercerai dengan cara baik. Saya reda untuk ...
20/06/2023

SUAMI BOLEH TUNTUT HARTA SEPENCARIAN

“Salam tuan. Saya dan isteri baru sahaja bercerai dengan cara baik. Saya reda untuk lepaskan isteri saya. Tapi tuan, boleh ke kalau saya buat tuntutan harta sepencarian. Rumah dan kereta yang saya beli semasa tempoh perkahwinan semuanya saya namakan atas nama bekas isteri saya. Macam mana tu ya tuan?”
Setelah berakhirnya hubungan perkahwinan, selain penyelesaian mengenai hak jagaan anak mahupun nafkah, ada satu perkara lagi yang tidak kurang penting untuk diselesaikan iaitu mengenai harta sepencarian.

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan. Jika sesuatu harta itu diperoleh sebelum perkahwinan, sebagai contoh ‘tanah’, ‘tanah’ itu boleh dianggap sebagai harta sepencarian sekiranya wujud usaha menambahkan nilai hartanah tersebut semasa tempoh perkahwinan. Misalnya daripada sebidang tanah yang dibeli sebelum berkahwin, menjadi sebuah rumah selepas berkahwin.

Timbul juga satu persoalan, siapa yang boleh tuntut harta sepencarian tersebut. Misalnya si isteri yang beli tanah, kemudian semasa perkahwinan, isteri dan suami sama-sama ‘membangunkan’ tanah itu sehingga menjadi sebuah banglo yang cantik.

Jawapannya ialah, siapa-siapa isteri ataupun suami boleh dan mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian di mahkamah Syariah. Jika harta itu namanya atas nama suami, seorang isteri boleh menuntut bahagiannya seandainya wujud sumbangan langsung atau sumbangan tidak langsung terhadap harta tersebut.

Bahkan, jika satu-satu harta itu 100% dibeli oleh isteri semasa tempoh perkahwinan, si suami juga berhak untuk menuntut bahagian daripada harta tersebut seandainya terdapat sumbangan tidak langsung olehnya. Situasi ini sama dengan kes seorang suami yang menjadi “sura” rumah tangga.

*Kredit ilustrasi Google







***JIKA TUAN/PUAN INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM SYARIE, BOLEH HUBUNGI SAYA DI NOMBOR TELEFON👇
📱011-19445961
📲011-11230961

ATAU, BOLEH KLIK DI👇
www.wasap.my/601111230961/khidmatsyariah

ATAU, BOLEH KUNJUNGI DI FACEBOOK PAGE👇
RABBANI RAMLI PEGUAM SYARIE – ARR***

RAMADAN & SYAWAL: PELUANG KEEMASAN UNTUK JERNIHKAN HUBUNGANBulan Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Mengambil ibrah ...
16/04/2023

RAMADAN & SYAWAL: PELUANG KEEMASAN UNTUK JERNIHKAN HUBUNGAN

Bulan Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Mengambil ibrah Rasulullah SAW, para sahabat dan para salafussoleh, semakin menuju ke akhir Ramadan, semakin kuat ibadah dan amalan kebajikan yang dilakukan seperti memperbanyakkan solat sunat, melazimi bacaan al-Quran, bersedekah, beriktikaf di rumah Allah dan sebagainya.

Pada akhir Ramadan juga seharusnya, ikatan kekeluargaan semakin utuh kerana selain berpuasa dan melakukan pelbagai amalan soleh yang lain, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan setiap ahli keluarga muslim dapat menghidupkan malam (qiamullail) khususnya pada malam sepuluh (10) akhir.

“Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya…”

Jika kita mempunyai pasangan (suami atau isteri), ataupun keluarga (ibu ayah, saudara dan anak-anak), rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadan untuk memperelokkan hubungan kekeluargaan. Seandainya kita meletakkan pengabdian kepada Allah SWT sebagai prioriti, maka urusan kehidupan selainnya akan menjadi mudah.

Semoga kehadiran Syawal nanti menjadikan kita individu yang lebih baik dalam menjaga hubungan dengan Allah, dengan keluarga dan insan-insan lain.

*Kredit gambar daripada Google.








***JIKA TUAN/PUAN INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM SYARIE, BOLEH HUBUNGI SAYA DI NOMBOR TELEFON👇
📱011-19445961
📲011-11230961

ATAU, BOLEH KLIK DI👇
www.wasap.my/601111230961/khidmatsyariah

ATAU, BOLEH KUNJUNGI DI FACEBOOK PAGE👇
RABBANI RAMLI PEGUAM SYARIE – ARR***

...Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna...Salam Ramadan kareem kepada selur...
22/03/2023

...Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Salam Ramadan kareem kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik untuk kita semua.🤲

14/03/2023

NAFKAH ANAK BAWAH TANGGUNGJAWAB SIAPA

Akhir-akhir ni hangat dengan isu cerai-berai yang melibatkan beberapa selebriti ternama Malaysia. Yang lebih menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat, tak lain tak bukan ialah dakwaan orang itu curang, orang ini buka aib pasangan, orang itu “mental” dan sebagainya. Kita alihkan ke tepi isu-isu seperti ini. Biarlah undang-undang yang menjawab siapa betul, dan siapa salah.

Rentetan daripada isu ini, kemudian timbul persoalan, siapa yang perlu memberi nafkah kepada anak-anak sekiranya pasangan suami isteri bercerai.

Jawapannya ialah, si ayah. Walaupun jika anak-anak tinggal bersama dengan bekas isteri, si ayah iaitu bekas suami tetap BERKEWAJIPAN untuk memberikan nafkah kepada anak-anak sehingga anak-anak berumur 18 tahun. Seksyen 73 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor menyatakan:

“Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang LELAKI menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain…”

Sementara Seksyen 80 enakmen yang sama p**a memperuntukkan berkenaan tempoh perintah nafkah anak berkuatkuasa sehingga usia 18 tahun:

“Kecuali -(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat; (b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau (c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk-(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau (ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya, perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur LAPAN BELAS TAHUN, tetapi Mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.”

Kemudian, muncul lagi satu persoalan. Sekiranya si ayah tidak berkemampuan untuk menanggung nafkah kepada anak-anak. Misalnya berada dalam tahanan penjara, disahkan sakit mental, ataupun meninggal dunia dan sebagainya. Siapakah yang perlu menanggung nafkah?

Jawapannya ialah, keluarga si ayah iaitu bermula daripada datuk (kepada anak), moyang (kepada anak) dan ke atas, serta adik beradik kandung si ayah (bapa saudara kepada anak). Sekiranya si ayah tiada waris, barulah tanggungjawab nafkah itu beralih kepada keluarga si ibu.

Dapat sesuatu hari ini?

*Kredit gambar asal daripada Google.








***JIKA TUAN/PUAN INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM SYARIE, BOLEH HUBUNGI SAYA DI NOMBOR TELEFON👇
📱011-19445961
📲011-11230961

ATAU, BOLEH KLIK DI👇
www.wasap.my/601111230961/khidmatsyariah

ATAU, BOLEH KUNJUNGI DI FACEBOOK PAGE👇
RABBANI RAMLI PEGUAM SYARIE – ARR***

Peguam Syarie. Perunding Keluarga Islam. Hibah, Wasiat dan Faraid. Kelantan & Perak.

Salam Nisfu Syaaban kepada seluruh umat Islam!
07/03/2023

Salam Nisfu Syaaban kepada seluruh umat Islam!

Address

No. 1k92 Tingkat 1, Kota Bharu City Point, Jalan Ismail Hilir
Kota Bharu
15000

Telephone

+601111230961

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rabbani Ramli Peguam Syarie - ARR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rabbani Ramli Peguam Syarie - ARR:

Share