Peguam Syarie Kelantan & Terengganu

Peguam Syarie Kelantan & Terengganu Peguam Syarie Kelantan dan Terengganu. Berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah.

18/06/2024
Adakah anda sudah merancang pemberian harta-harta anda dan pasangan untuk diberikan kepada pewaris generasi anda selepas...
08/02/2023

Adakah anda sudah merancang pemberian harta-harta anda dan pasangan untuk diberikan kepada pewaris generasi anda selepas kematian kelak?

Kami menyediakan dokumen lengkap untuk pewarisan harta anda. Rancanglah bersama kami sekarang.

RANCANG HARTA anda dengan pakej kami yang BERBALOI serta KOMPREHENSIF sesuai dengan keperluan Umat Islam di Malaysia.Per...
01/02/2023

RANCANG HARTA anda dengan pakej kami yang BERBALOI serta KOMPREHENSIF sesuai dengan keperluan Umat Islam di Malaysia.

Perancangan harta yang lengkap memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda. Harta Pusaka dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat anda tanpa sengketa.

Real testimoni -Nafkah Anak.Berjaya juga kami usahakan potongan gaji bapa untuk nafkah anak bagi klien kami ini setelah ...
05/01/2023

Real testimoni -Nafkah Anak.

Berjaya juga kami usahakan potongan gaji bapa untuk nafkah anak bagi klien kami ini setelah Mahkamah keluarkan Perintah terhadap majikan.

Bertahun-tahun klien kami ini menderita akibat sikap kedekut melampau suaminya yang bekerja sebagai penjawat awam. Hingga satu tahap, klien kami terpaksa keluar mencari besi buruk dan botol kosong untuk dijual kerana kerana anak minta susu namun tak diendahkan oleh bapa.

Alhamdulillah. Misi kes selesai dengan jayanya.
Zahidah Mahfuzah & Co

Real testimoni-Nafkah Anak. Kelmarin 2 ogos 2022 selesai satu kes tuntutan nafkah anak dan diperintahkan bapa membayar n...
03/08/2022

Real testimoni-Nafkah Anak.

Kelmarin 2 ogos 2022 selesai satu kes tuntutan nafkah anak dan diperintahkan bapa membayar nafkah sebanyak Rm800 sebulan. Sepanjang perbicaraan, bapa bermati-matian menyatakan tidak mampu.

Hari ini 3 ogos 2022, bapa tersebut memasukkan jumlah bayaran yang diperintahkan oleh Mahkamah membuktikan bahawa sebenarnya bapa tersebut berkemampuan untuk memberi nafkah sebagaimana yang diminta. Cuma, selagi boleh, nak cuba elakkan.. 😆

Alhamdulillah, Kes selesai dengan jayanya.
Zahidah Mahfuzah & Co

Real Testimoni-Hak Jagaan Anak. Suatu hari saya menerima panggilan seorang rakyat Malaysia jauh dari UAE. Puan N ingin m...
30/11/2021

Real Testimoni-Hak Jagaan Anak.

Suatu hari saya menerima panggilan seorang rakyat Malaysia jauh dari UAE. Puan N ingin mendapat hak jagaan penuh anak tunggalnya yang berada di Malaysia sementara beliau tinggal di Dubai. Niat hatinya ingin bawa anak kesayangannya tinggal bersama di Dubai.

Ketika itu Malaysia dalam tempoh PKP. Puan N tidak dapat merentas negara bertemu anaknya. Rindu di hati hanya Allah yang tahu. Sudah hampir setahun tidak bertemu.

"InsyaAllah, saya cuba usahakan".

Selesai perbualan di telefon, kerja bermula.

Mulanya rasa mustahil boleh selesaikan permohonan hadhanah Puan N dalam keadaan negara dalam tempoh PKP dan hingga ke sudah Puan N tidak dapat p**ang ke Malaysia.

Namun Allah izinkan. Alhamdulillah.
Permohonan diluluskan Mahkamah.

Hujung minggu lalu terbanglah si anak ke UAE. Maka terlerai sudah rindu si ibu. ❤❤






Sharing Tips -Keganasan Rumahtangga.Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku keganasan rumahtangga dalam perkahwinan and...
30/06/2021

Sharing Tips -Keganasan Rumahtangga.

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku keganasan rumahtangga dalam perkahwinan anda atau bahasa mudahnya, anda di pukul/didera oleh suami.

Pertama, lari selamatkan diri.

Kedua, minta tolong pada jiran dan kawan. Jangan diamkan diri sendirian dengan alasan menjaga aib rumahtangga hingga anda didera hingga parah. Anda wanita tidak layak di dera!

Ketiga, lari ke balai polis atau hospital berdekatan anda. Pihak polis dan hospital akan melindungi anda dengan bantuan agensi lain yang berkaitan.
Jangan lari ke hotel kerana ia hanya akan mengundang fitnah yang tidak sepatutnya tambahan p**a jika ada pihak lain yang membantu anda turut sama berada di hotel tersebut.

Keempat, perlu buat laporan polis dan perincikan peristiwa penderaan yang berlaku terhadap anda. Simpan salinan laporan polis tersebut.

Kelima, lakukan medical check up di klinik atau hospital terhadap luka dan lebam pada tubuh badan anda. Dapatkan laporan perubatan yang disahkan oleh doktor yang merawat.

Jika anda lari dan berlindung di tempat lain akibat di dera/dipukul suami, anda tidak akan disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah. Oleh sebab itu penting anda menyimpan laporan perubatan dan gambar berkaitan penderaan yang berlaku.

Sayangi diri wahai wanita!


BAGAIMANA NAK TUKAR NAMA PEMILIK DALAM GERAN TANAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?Ramai yang tanya saya persoalan macam ni.A...
27/06/2021

BAGAIMANA NAK TUKAR NAMA PEMILIK DALAM GERAN TANAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?

Ramai yang tanya saya persoalan macam ni.

Arwah emak saya ada 1/2 bahagian tanah. Semasa beliau hidup beliau kata nak serahkan tanah tersebut kepada saya. Adik beradik lain tak de bantahan.

Jadi macam mana cara untuk saya nak tukar milik tanah tu kepada nama saya selepas beliau meninggal dunia?

Jawapan saya secara umum:

1. En kena failkan permohonan pusaka terlebih dahulu di pejabat pusaka kecil untuk bahagian tanah arwah emak tersebut.

2. Selepas itu pejabat pusaka kecil akan keluarkan perintah pusaka dengan menetapkan bahagian setiap waris yang berhak terhadap tanah pusaka tersebut.

3. Bawak perintah pusaka itu ke pejabat tanah untuk di daftar turun milik.

4. Selepas itu barulah nama setiap waris akan ada dalam geran.

5. Jika semua waris setuju untuk serahkan bahagian mereka kepada nama encik seorang sahaja, semasa bicara pusaka di pejabat pusaka kecil, kena maklum kepada pegawai pusaka akan hasrat semua waris tersebut dan ianya akan direkodkan dalam perintah pusaka.

6. Jika semasa hidup arwah ada buat sebarang dokumentasi yang mengesahkan pemberian bahagian tanah tersebut kepada encik, semasa bicara pusaka sila kemukakan dokumen tersebut kepada pegawai pusaka.

7. Jika tiada dokumen atau dokumen hilang untuk mengesahkan perkara tersebut atau waris-waris lain membantah tentang pembahagian tersebut, maka encik perlu dapatkan perintah mahkamah untuk mengesahkan bahawa arwah telah memberikan bahagian tanah tersebut kepada encik semasa beliau masih hidup. Terp**ang kepada pejabat pusaka untuk membuat keputusan.

** Ini adalah prosedur ringkas bagaimana untuk membolehkan nama si mati dalam geran ditukarkan kepada nama si waris. Untuk prosedur yang terperinci boleh rujuk terus dengan pejabat pusaka kecil, atau peguam pusaka atau perunding pusaka.

Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI




Nasihat tulus ikhlas dari saya:Untuk merancang pusaka adalah dengan menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka. Jangan lupa...
09/06/2021

Nasihat tulus ikhlas dari saya:

Untuk merancang pusaka adalah dengan menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka. Jangan lupa membuat surat ini kerana dengan surat ini insyaallah akan membantu kita hidup bahagia di alam barzakh dan membantu waris-waris bahagia di alam dunia.

Surat ini adalah bukti hitam putih HARTA dan HUTANG kita kerana pada hari ini:

Bila sebut harta... belum tentu semuanya harta dan nama kita kerana:, ada harta nama kita, ada harta kita tapi guna nama orang lain, ada harta orang lain tapi guna nama kita... sekiranya tiada hitam putih akan menyukarkan bakal waris di kemudian hari.

Bila sebut hutang p**a.... ada hutang nama kita, ada hutang kita nama orang lain, ada hutang orang lain tapi nama kita...ini akan memeningkan kepala waris tentang siapa yang berhutang sebenarnya?

Sesungguhnya menulis wasiat adalah budaya hidup orang-orang soleh. Ulama contohnya Imam Al Ghazali menyarankan menulis wasiat di mana berkata: "Setiap orang Islam hendaklah menulis wasiat setiap kali sebelum ingin tidur malam".

Sekiranya kita meninggal dunia esok hari, waris kita akan tenang dan tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat berwasiat".(Riwayat Ibnu Majah).

Berdasarkan pengalaman saya, terbukti dengan membuat surat wasiat pentadbiran pusaka akan mempercepatkan proses permohonan dan pembahagian pusaka yang mana akan diuruskan dengan mudah dan cepat, waris akan dapat bahagian mereka dengan sempurna, kebajikan waris lebih terjamin dan hutang dilunaskan dengan cepat dan faraid tetap diutamakan kerana ilmu faraid amat hebat dan merupakan kunci untuk merancang harta pusaka demi kebaikan kita dan waris.

Tulus dari lubuk hati,
Madam Na

Cnp

06/06/2021

Di musim pkp, ramai pasangan ingin bercerai kerana pelbagai faktor antaranya kerana

Kewangan
Suami tak bertanggungjawab
Sudah tak sefahaman
dan macam-macam alasan lain lagi.

Apapun, jangan terlalu cepat membuat keputusan. Fikir sedalamnya untuk membuat keputusan yang terbaik. Banyakkan berdoa.

Moga Allah Allah beri petunjuk terbaik untuk semua.

Address

Room 2 Bangunan Assalihin Trustee Berhad PT 526 Tingkat 1 Bandar Baru Lembah Sireh
Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Kelantan & Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Kelantan & Terengganu:

Share