Peguam Syarie Kelantan Nadzmi Husian

Peguam Syarie Kelantan Nadzmi Husian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Peguam Syarie Kelantan Nadzmi Husian, Divorce & Family Lawyer, PT 1512 Jalan Kuala Krai Batu 4, Kota Bharu.

Peguam Syarie
Berkongsi ilmu & panduan undang-undang keluarga Islam
Perceraian | Hak Jagaan Anak | Nafkah | Pengesahan Nikah l Pusaka I Hibah & Wasiat I Tuntutan Selepas Perceraian I
Penyediaan pliding & dokumentasi kes untuk orang awam

Perkahwinan itu ibadah, bukan penjara.“Saya digantung tidak bertali… nafkah untuk saya dan anak-anak langsung diabaikan....
23/04/2026

Perkahwinan itu ibadah, bukan penjara.

“Saya digantung tidak bertali… nafkah untuk saya dan anak-anak langsung diabaikan.”

" Saya menanggung tekanan emosi sehingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri.
Namun dalam masa yang sama, saya masih mendengar kata-kata… “Saya tidak akan lepaskan awak sampai bila-bila.”

Nafkah tidak diberi. Anak-anak saya besarkan sendiri. Saya bekerja… saya berjuang… sendirian.

" Apabila saya memohon pelepasan melalui perceraian, saya p**a dilabel sebagai nusyuz."

Itulah ungkapan dan curhat seorang isteri/ ibu yang terperangkap dalam ikatan perkahwinan.

Perlu difahami, perceraian bukanlah impian mana-mana pasangan. Namun dalam Islam, apabila berlaku kezaliman dan mudarat yang berpanjangan, perceraian boleh menjadi jalan keluar yang dibenarkan demi menegakkan keadilan.

Menahan seseorang dalam ikatan perkahwinan tanpa kasih sayang, tanpa tanggungjawab nafkah, bukanlah mempertahankan rumah tangga.
Ia boleh menjadi satu bentuk kezaliman yang perlu dihentikan.




NAFKAH ANAK BUKAN PILIHAN========================Ramai masih salah faham🤷🤷🤷 Bila berlaku perceraian, ada yang merasakan ...
22/04/2026

NAFKAH ANAK BUKAN PILIHAN
========================

Ramai masih salah faham🤷🤷🤷

Bila berlaku perceraian, ada yang merasakan tanggungjawab terhadap anak turut berakhir.
Hakikatnya, perceraian hanya menamatkan hubungan suami isteri sahaja, bukan tanggungjawab sebagai ibu atau bapa.

Nafkah anak adalah hak anak yang wajib ditunaikan tanpa syarat.

❌ Bukan kerana masih sayang bekas pasangan
❌ Bukan kerana dapat jumpa anak
❌ Bukan kerana hubungan baik semata-mata

Tetapi kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh hukum syarak serta undang-undang.

Anak tidak pernah memilih untuk ibu bapanya berpisah. Oleh itu, Jangan biarkan mereka menanggung akibat keputusan orang dewasa.

Kebajikan anak sentiasa menjadi keutamaan Mahkamah Syariah.

Sekiranya anda berdepan isu nafkah anak atau hak penjagaan, pastikan tindakan dibuat berdasarkan undang-undang dan bukan emosi.

Ramai ibu bapa tidak sedar satu perkara penting apabila berlaku perceraian…Apabila anak telah mencapai usia mumayyiz, an...
15/04/2026

Ramai ibu bapa tidak sedar satu perkara penting apabila berlaku perceraian…

Apabila anak telah mencapai usia mumayyiz, anak bukan lagi sekadar mengikut keputusan orang dewasa semata-mata. Pada tahap ini, mereka sudah mampu memahami keadaan, menilai perasaan sendiri, dan mengetahui di mana mereka merasa lebih selamat serta dihargai.

Sebab itu, dalam isu hak jagaan anak, suara anak perlu didengar.

Hak jagaan anak bukan medan pertandingan untuk menentukan siapa ibu atau bapa yang lebih hebat. Ia juga bukan ruang untuk membuktikan siapa benar atau siapa menang selepas perceraian.

Apa yang lebih utama ialah kebajikan emosi anak.

Dengan siapa anak merasa tenang?
Dengan siapa anak boleh membesar tanpa tekanan?
Dengan siapa anak merasa dirinya masih disayangi sepenuhnya?

Malangnya, ada keadaan di mana anak dipaksa memilih. Ada yang dipengaruhi, ditekan, atau diletakkan dalam situasi yang membuatkan mereka merasa bersalah jika memilih salah seorang.

Hakikatnya, paksaan orang dewasa boleh meninggalkan kesan emosi yang panjang — rasa takut, keliru, bersalah, malah luka dalaman yang dibawa hingga dewasa.

Perceraian mungkin memutuskan hubungan suami isteri.
Namun jangan sampai ia memutuskan ketenangan jiwa seorang anak.

Anak bukan alat untuk melukai bekas pasangan.
Anak bukan bukti kemenangan mana-mana pihak.
Dan anak bukan tempat melampiaskan kecewa orang dewasa.

Anak hanya perlukan satu perkara — kasih sayang yang tidak bersyarat.

Kerana pada akhirnya,
anak bukan mahu menang dalam pertikaian orang dewasa…

anak cuma mahu terus disayangi oleh ibu dan ayahnya..





02/02/2026

🌙 Malam Nisfu Syaaban🌙
====================

Merupakan antara malam yang mempunyai kelebihan dalam Islam sebagai persediaan rohani menuju Ramadan dengan membersihkan hati, memperbaiki hubungan sesama manusia dan memperbaharui niat.

{ یَمۡحُوا۟ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ وَیُثۡبِتُۖ وَعِندَهُۥۤ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ }
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya Luf Al-Mahfuz.
[Surah Ar-Raʿd: 39]

Sama-sama kita perbanyakkan doa, istighfar dan muhasabah diri. Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan menerima amalan kita. 🤲

Address

PT 1512 Jalan Kuala Krai Batu 4
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 05:00

Telephone

+60139704577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Kelantan Nadzmi Husian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Kelantan Nadzmi Husian:

Share