Peguam Syarie Hafiz Sufian & Co.

Peguam Syarie Hafiz Sufian & Co. Firma Peguam Syarie yang sah mengendalikan antaranya kes-kes berkaitan Tuntutan di Mahkamah Syariah

Hari bersejarah buat Peguam Syarie Kelantan yang baru menerima tauliah semalam.Tahniah semuanya.
13/04/2026

Hari bersejarah buat Peguam Syarie Kelantan yang baru menerima tauliah semalam.
Tahniah semuanya.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.
18/02/2026

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Suami yang bermati-matian mempertahankan rumahtangganya daripada "roboh".Sebak, cuba kawal emosi, buat-buat senyum, hila...
19/11/2025

Suami yang bermati-matian mempertahankan rumahtangganya daripada "roboh".
Sebak, cuba kawal emosi, buat-buat senyum, hilang fokus semua ekspresi diri kelihatan sungguh sejak beberapa bulan yang lalu pada si suami ini.
Mana taknya isteri yang disayangi membawa diri balik ke rumah keluarganya.
Suami serba salah, bimbang, takut hati yang "tersakiti" semakin membara jika dia cuba mengambil ruang untuk memujuk. Kerna dia tahu ianya agak sukar.
Dia belum pasrah. Ruang masa yang ada lagi masih dicuba sedaya mungkin. Dia tahu isterinya orang yang baik cuma dek kerana orang ketiga segalanya berubah tiba-tiba.
Hal orang ketiga dah selesai cuma kesannya masih belum pulih sepenuhnya.
Kelihatan suami merenung mata anak-anaknya terfikir apa kesan jika ayah ibu mereka berpisah.
Saya doakan hasrat dia ke bumi berkat di Mekah dan Madinah nanti dapat dimakbulkan doanya supaya hati isterinya dapat bertaut kembali.
Dia merindui gelak tawa, bersukan, melancong dan keluar makan-makan bersama.
InsyaAllah. Ya Allah Engkau satukanlah hati mereka berdua ini. Andai ada salah faham, hati yang terluka, hilang rasa kasih semasa mereka. Kau rawat dan ubatilah. Pertautkan semula hati mereka sebagaimana membunganya kasih sayang mereka seperti sebelum ini. Kau campakkan rasa mawaddah dan rahmat buat mereka dan anak-anak mereka.

آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Kepada semua LELAKI ucapan di bawah ini ditujukan kepada kita semua deh.

Dalam kes Permohonan Cerai ni bukan nak menentukan siapa betul siapa salah.Apabila siasatan dijalankan oleh Mahkamah dan...
19/11/2025

Dalam kes Permohonan Cerai ni bukan nak menentukan siapa betul siapa salah.
Apabila siasatan dijalankan oleh Mahkamah dan mendapati rumahtangga tersebut sudah ada syiqaq (perbalahan) maka ada kewajaran Mahkamah akan melantik Hakam.
Bukti-bukti tidak tinggal bersama dalam suatu tempoh yang tidak munasabah.
Berlaku tuduh menuduh sesama pasangan.
Semuanya menjadi asas kepada kes ini perlunya diteruskan dengan perceraian.

"Saya cadangkan seorang ibu yang mahu mendidik dan menjaga anak-anak hendaklah seorang yang berakhlak baik?""Ye saya set...
04/11/2025

"Saya cadangkan seorang ibu yang mahu mendidik dan menjaga anak-anak hendaklah seorang yang berakhlak baik?"
"Ye saya setuju".
Ok jom balik buat penggulungan hujah.

18/03/2025
01/01/2025

Selamat tahun baru 2025

29/10/2024

Mahkamah Sabit Tuntutan Mutaah Plaintif sebanyak RM150,000.00

Alhamdulillah

BismillahSemoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWTKlien kat Kelantan nak minta wakili kes juga. Kita lancar teru...
15/10/2024

Bismillah

Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT

Klien kat Kelantan nak minta wakili kes juga. Kita lancar terus..

07/10/2024

JAGALAH AIB PASANGAN

Dalam hubungan rumahtangga suami isteri masing-masing menyimpan rahsia tersendiri.

Hanya mereka berdua sahaja yang tahu baik dan buruk, kurang atau lebih mampu atau tidak antara kedua-duanya.

Kalau ada kekurangan sekalipun janganlah sampai melupakan akan kebaikan pasangan masing-masing.

Jika ditakdirkan bercerai anggaplah sudah tiada jodoh dan ketentuan yang telah tertulis.

Boleh jadi direzekikan untuk perkahwinan yang kedua itu adalah lebih baik dari perkahwinan pertama.

Ingatlah dijadikan pasangan itu adalah untuk menjadi ketenangan kerana islam tidak mengajar hidup membujang.

Jika ada masalah renungilah saat manis ketika ijab qabul, janji setia, saat mengandungkqn zuriat pasangan, melahirkan dan membesarkan anak-anak sehingga boleh membentuk Rumahku Syurgaku.

Ketahuilah juga kemampuan pasangan masing-masing seadanya. Jangan diminta, disuruh benda yang diluar kemampuan.

Meruntuhkan itu lebih mudah daripada membina. Di antara kedua-duanya akan ada jiwa yang tersiksa terutamanya anak-anak.

Apa-apa pun jika datang jua masalah kembalilah kepada Sang Maha Pencipta. Mohon petunjuk, rujuk orang yang ahlinya. Semoga jodoh yang seakan di hujung tanduk masih boleh diselamatkan.

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.

(Al-Baqarah: 229)

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”.

(Surah Al-Rum: 21)

لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”

Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]

والله اعلم.

Address

Batu 4 Wakaf Che Yeh
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60174313833

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Hafiz Sufian & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Hafiz Sufian & Co.:

Share