12/06/2023
"SEORANG ISTERI DIGANTUNG SUAMI HINGGA MENINGGAL"
•••••••••••••••••••••••••
" Dah 5 tahun kakak sy tinggal berasingan dengan suaminya. Dia dihalau bersama dgn anak dari rumah mereka dan sampai akhir hayat nya, suaminya tak pernah tanya khbar atau bagi nafkah. Semua benda dia kena usaha sendiri .. Kerja siang malam nk bayar sewa rumah, belanja dapur, nak membesarkan anak. Nak mohon bantuan ibu tunggal pun tidak layak sebab masih bersuami" -Puan Diana-
Sekiranya seorang isteri yg berhadapan dengan masalah seperti diatas, tolong semak kembali sijil perakuan nikah atau buku nikah anda. Kerana kebanyakan negeri-negeri di Malaysia telah mewajibkan suami membaca taklik setelah sah akad nikah.
Antara lafaz takliknya adalah :
(manakala saya meninggalkan isteri saya selama lebih 4 bulan berturut-turut sengaja atau paksa......)
maka apabila berlaku pelanggaran terhadap taklik tersebut, bermaksud suami telah melanggar janji yang telah diucapkan, bagi isteri yg bertekad ingin berpisah dgn suami boleh buat permohonan cerai taklik tinggal di Mahkamah Rendah Syariah.
Apabila Mahkamah sabitkan aduan terhadap kes tersebut dan Mahkamah berpuas hati dengan keterangan isteri maka cerai boleh berlaku dengan kuasa hakim walaupun tanpa kehadiran suami.
Firman Allah SWT:
{ ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِیحُۢ بِإِحۡسَـٰنࣲۗ}
Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
[Surah Al-Baqarah: 229]
Perbuatan suami yang menggantung isteri tanpa sebarang keputusan samada pertahankan rumahtangga atau melafazkan cerai adalah suatu kezaliman kerana melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Khidmat konsultasi guaman:
https://wa.link/zp1aeo
https://wa.link/de2evc