Peguam Syarie Lily

Peguam Syarie Lily Peguam di Shazril Khairy Mustafa & Associates

Hari ni kes fasakh yang difailkan oleh isteri sebab suami dipenjarakan selama 7 tahun dan dah menjalani hukuman selama 1...
17/11/2025

Hari ni kes fasakh yang difailkan oleh isteri sebab suami dipenjarakan selama 7 tahun dan dah menjalani hukuman selama 1 tahun. Masih berbaki 6 tahun nak tunggu suami keluar.

Sewaktu majlis Sulh, suami setuju utk menceraikan isteri. Maka perceraian diteruskan di hadapan hakim drpd seksyen fasakh dipinda ke seksyen perceraian dengan persetujuan bersama.

Sedikit tersentuh hati ni sbb tengok anak2 semua kecik2 lg. Paling kecik baru umur 1 tahun lebih. Kecik2 lg dah tengok ayahnya digari dan diiringi pegawai penjara. anak2 semua berdiri melihat ayahnya pergi. Entah faham entah tidak dorang semua tu dengan situasi ni.

Semoga kita semua dijauhkan dr sebarang jenayah. Bila dh kena penjara, hilang keluarga, hilang isteri, hilang anak. Isteri juga yang terpaksa berhempas pulas bekerja dan menjaga anak2 sendiri.

03/04/2023

Nafkah iddah wanita hamil

“SUAMI SAYA CERAIKAN SAYA DALAM WHATSAPP”Cerai dalam aplikasi WhatAsapp atau mesej adalah merupakan salah satu daripada ...
20/01/2023

“SUAMI SAYA CERAIKAN SAYA DALAM WHATSAPP”

Cerai dalam aplikasi WhatAsapp atau mesej adalah merupakan salah satu daripada perceraian luar mahkamah. Perceraian luar mahkamah tanpa kebenaran ini merupakan suatu kesalahan yang jika disabit kesalahan akan didenda maksimum RM1000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

Justeru apa langkah yang perlu anda ambil jika anda diceraikan melalui whatsapp atau anda sendiri menceraikan isteri anda melalui aplikasi ini? Saya kelaskan kes perceraian luar mahkamah seperti ini sebagai kes yang mudah. Dengan makna prosedurnya tidaklah serumit kes-kes yang lain.

Oleh kerana lafaz cerai telahpun berlaku, maka anda perlu pergi ke mahkamah dalam masa 7 hari dari tarikh lafaz talak itu dibuat dan permohonan pengesahan cerai luar mahkamah perlu didaftarkan. Mahkamah perlu meneliti kandungan ayat tersebut dan niat suami untuk menceraikan isteri semasa menulis ayat tersebut. Jika benar memang suami mengaku dalam keadaan sedar menulis ayat talak itu, maka hanya mahkamah yang boleh sahkan samada benar atau tidak jatuh talak. Pihak-pihak iaitu suami dan isteri tersebut perlu hadir kedua-duanya pada tarikh yang ditetapkan bagi memberi keterangan. Butiran lanjut seperti tarikh, masa, ayat yang ditulis dalam whatsapp tersebut mestilah dijelaskan.

Pada hari perbicaraan, jelaskan pada mahkamah mengenai butiran perceraian tersebut. Kalau boleh print out satu salinan kepada mahkamah dan simpan satu salinan utk diri sendiri screenshot daripada conversation tersebut. Walaupun sudah ada yang print out, mesti juga tunjuk kepada mahkamah conversation yang asal dalam telefon. Jangan sekali-kali delete atau ubah mana-mana isi kandungan conversation itu ya.

Setelah jika mahkamah berpuas hati telah sabit talak tersebut maka mahkamah akan keluarkan perintah untuk mendaftarkan perceraian tersebut. Kalau tak jatuh talak, maka pernikahan diteruskan seperti biasa lah.

Sumber gambar: google

16/01/2023

KOD BAHARU KES MAL MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN

100 PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN
110 KEBENARAN BERNIKAH
111. Permohonan kebenaran nikah bawah umur
112. Permohonan kebenaran bernikah perempuan yang bercerai tanpa eddah/janda berhias
113. Permohonan/tuntutan kebenaran poligami
120 WALI HAKIM/WALI RAJA
121. Permohonan nikah berwali hakim disebabkan anak tak sah taraf
122. Permohonan nikah berwali hakim disebabkan wali ghaib/tiada wali nasab
123. Permohonan nikah berwali hakim disebabkan muallaf
124. Tuntutan wali enggan/engkar
125. Permohonan nikah berwali hakim disebabkan wali jauh
126. Permohonan lanjut tempoh wali hakim/wali raja
130 PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH
131. Permohonan pengesahan nikah tanpa kebenaran di luar negara
132. Permohonan pengesahan nikah tanpa kebenaran di dalam negara
133. Permohonan pengesahan nikah poligami tanpa kebenaran di luar negara
134. Permohonan pengesahan nikah poligami tanpa kebenaran di dalam negara
140 HAK-HAK SEBELUM / SEMASA / SELEPAS PERKAHWINAN
141. Tuntutan gantirugi pertunangan
142. Tuntutan hak tempat tinggal
143. Tuntutan sabitan nusyuz
144. Tuntutan perintah supaya suami tinggal bersama / berlaku adil
145. Tuntutan isteri kembali taat
146. Tuntutan mas kahwin
147. Tuntutan gantirugi perkahwinan
148. Tuntutan hutang dalam perkahwinan
150 PERCERAIAN / RUJUK / EDDAH
151. Tuntutan/permohonan perceraian
152. Tuntutan pengesahan lafaz cerai
153. Tuntutan pengesahan cerai taklik
154. Tuntutan khulu’ / tebus talq
155. Permohonan pengesahan rujuk
156. Permohonan pengesahan eddah
157. Permohonan pengesahan status janda
160 PERINTAH PEMBUBARAN PERKAHWINAN
161. Permohonan perisytiharan pembubaran perkahwinan kerana pertukaran agama
162. Tuntutan fasakh
163. Permohonan faraq nikah
164. Tuntutan illa’
165. Tuntutan zihar
166. Tuntutan li’an
200 HARTA SEPENCARIAN / NAFKAH ISTERI / MUT’AH / HADHANAH / NAFKAH ANAK / NAFKAH PIHAK BERKEPENTINGAN
210 HARTA SEPENCARIAN
211. Tuntutan harta sepencarian semasa poligami
212. Tuntutan harta sepencarian cerai hidup
213. Tuntutan harta sepencarian cerai mati
214. Tuntutan tambahan harta sepencarian
215. Tuntutan harta dom
220 NAFKAH ISTERI / MUT’AH
221. Tuntutan nafkah eddah
222. Tuntutan nafkah isteri
223. Tuntutan cagaran nafkah isteri
224. Tuntutan tunggakan nafkah isteri
225. Tuntutan mengubah nafkah isteri
226. Tuntutan membatalkan nafkah isteri
227. Tuntutan mut’ah
230 HADHANAH
231. Tuntutan hadhanah
232. Tuntutan mengubah perintah hadhanah / hak lawatan anak / hak bermalam
240 ANAK ANGKAT / ANAK YATIM / ANAK TAK SAH TARAF
241. Tuntutan hak penjagaan anak tak sah taraf
242. Permohonan pengangkatan anak / anak angkat
243. Permohonan penjaga anak yatim / anak angkat
244. Tuntutan pemecatan penjaga anak yatim
245. Tuntutan / permohonan mengubah perintah hak jagaan anak angkat / anak yatim / anak tak sah taraf
250 NAFKAH ANAK / ANAK ANGKAT / ANAK TAK SAH TARAF
251. Tuntutan nafkah anak
252. Tuntutan tuntutan nafkah anak tak sah taraf
253. Tuntutan nafkah anak angkat
254. Tuntutan mengubah perintah nafkah anak/anak angkat/anak tak sah taraf
255. Tuntutan membatalkan perintah nafkah anak/anak angkat / anak tak sah taraf
256. Tuntutan tunggakan nafkah anak/ anak angkat / anak tak sah taraf
257. Tuntutan cagaran nafkah anak / anak angkat / anak tak sah taraf
260 KEBAJIKAN ANAK / ORANG TAK BERKEUPAYAAN
261. Permohonan penjaga ad-litem (kes induk belum difailkan)
262. Permohonan pelantikan penjaga harta seseorang orang belum dewasa / orang tak berkeupayaan
263. Permohonan perintah penjagaan bersama harta seseorang yang belum dewasa/orang tak berkeupayaan
264. Permohonan perintah bagi perubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa / orang tak berkeupayaan
265. Permohonan perintah pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa / orang tak berkeupayaan
266. Permohonan kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa / orang tak berkeupayaan
267. Permohonan kebenaran bagi menyara seseorang orang belum dewasa / orang tak berkeupayaan daripada pendapatan hartanya
268. Permohonan perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa / orang tak berkeupayaan
269. Permohonan pemecatan penjaga ad-litem
270 TUNTUTAN NAFKAH PIHAK BERKEPENTINGAN
271. Tuntutan nafkah untuk pihak berkepentingan ibu/bapa
272. Tuntutan nafkah untuk pihak berkepentingan orang tak upaya
273. Tuntutan mengubah perintah nafkah untuk orang berkepentingan
174. Tuntutan tunggakan nafkah untuk pihak berkepentingan
275. Tuntutan membatalkan perintah nafkah untuk pihak berkepentingan
300 TUNTUTAN HARTA / STATUS DIRI / INSTITUSI AGAMA
310 FARAID
311. Permohonan sijil perintah faraid / akuan pusaka
312. Permohonan perubahan sijil / perintah faraid / akuan pusaka
313. Permohonan pengesahan ahli waris faraid
314. Permohonan pentadbir harta pusaka / wasi harta
315. Tuntutan / permohonan penyelesaian / penjelasan hutang si mati
316. Permohonan pengesahan / penentuan status harta pusaka
320 WAKAF / NAZAR / WASIAT
321. Tuntutan pengesahan wakaf
322. Tuntutan pengesahan nazar
323. Tuntutan pengesahan wasiat
324. Tuntutan wasiat wajibah
330 HIBAH
331. Permohonan / tuntutan pengesahan hibah
332. Permohonan / tuntutan pengesahan hibah semasa marad al-maut
333. Permohonan / tuntutan tarik balik hibah
334. Permohonan pemegang amanah hibah
340 INSTITUSI AGAMA
341. Permohonan berkaitan baitulmal
342. Permohonan berkaitan masjid
343. Permohonan berkaitan zakat dan fitrah

“SAYA AMBIL JALAN MUDAH NIKAH DI THAILAND”Hakikatnya, perkahwinan yang dijalankan di Thailand ini adalah salah satu kes ...
12/01/2023

“SAYA AMBIL JALAN MUDAH NIKAH DI THAILAND”

Hakikatnya, perkahwinan yang dijalankan di Thailand ini adalah salah satu kes yang biasa didengar di Mahkamah Syariah. Boleh dikatakan setiap hari ada perbicaraan utk pegesahan perkahwinan poligami atau bukan poligami di negara jiran iaitu Thailand.

Kalau kita tengok antara punca utama perkahwinan luar negara ini adalah untuk ‘lari’ daripada undang-undang perkahwinan yang telah ditetapkan di Malaysia dengan alasan ‘leceh’, ‘susah’ dan sebagainya. Pada hemat saya, proses perkahwinan samada poligami atau tidak seperti yang telah ditetapkan dalam undang-undang syariah di Malaysia ini sudah cukup sempurna. Setiap frasa dan bait kata yang termaktub dalam perundangan berkenaan adalah untuk kebaikan dan masa depan anda juga.

Sebagai contoh, di Malaysia, sesiapa yang ingin berpoligami mestilah membuat permohonan poligami di Mahkamah. Dalam perbicaraan tersebut, kemampuan suami, pandangan isteri sedia ada dan sebagainya semuanya diambilkira. Kalau nikah di Thailand, perkara-perkara kecil sebegini tidak diambil peduli.

Sebenarnya, walaupun pernikahan di Thailand dipandang mudah oleh sesetengah pihak, namun natijah daripada perkahwinan di Thailand tidaklah semudah yang disangka. Perkahwinan tersebut mesti didaftarkan di Malaysia melalui proses denda dan perbicaraan pengesahan perkahwinan. Bagi proses denda, anda perlu melaporkan perkahwinan anda di Pejabat Agama (mengikut negeri masing2), tunggu tarikh perbicaraan denda. Utk 1 denda, maximum RM1000.00. Lepas dah bayar denda baru boleh buka file utk pengesahan perkahwinan luar negara iaitu untuk perbicaraan kedua. Keterangan pihak2, keterangan saksi, keterangan wali diambil jika berkenaan. Selesai baru bole daftarkan. Itu pun kalau mahkamah berpuas hati perkahwinan tersebut sah dan cukup syarat.

“PASANGAN SAYA KAKI PUKUL”Salah satu kes yang kerap berlaku di Mahkamah Syariah. Persoalan yang sering timbul adalah apa...
10/01/2023

“PASANGAN SAYA KAKI PUKUL”

Salah satu kes yang kerap berlaku di Mahkamah Syariah. Persoalan yang sering timbul adalah apakah langkah-langkah yang perlu dibuat sekiranya ‘terjumpa’ dengan pasangan sebegini.

Saya kata, ”utamakan diri anda, dan juga anak-anak jika ada”.

Pertama sekali, buat lah medical checkup. Analisis tubuh anda yang mungkin mengalami kerosakan. Disamping itu, simpan rekod medical checkup tersebut utk kegunaan masa hadapan.

Kemudian, buat lah report polis. Ini juga sangat penting utk kegunaan masa hadapan. Kalau nak rahsiakan dari pasangan, rahsiakan. Simpan sebagai rekod. Untuk keselamatan diri anda juga.

Langkah terakhir, semuanya terpulang kepada diri anda. Kalau anda mampu bertahan dan cuba membantu pasangan anda utk berubah ke arah lebih baik, maka bertahanlah utk selamatkan rumahtangga anda. Namun seluruh umat manusia tahu bahawa pilihan ini sangatlah payah untuk direalisasikan.

Jika tidak mampu, maka kita cuba akhirinya dengan baik demi diri anda juga. Cerai taklik atau fasakh adalah antara pilihan yang ‘popular’ berlaku.

JANGAN TUNGGU IANYA BERLARUTAN HINGGA MEMUDARATKAN DIRI ANDA! WALAU APA PUN PENYEBABNYA, ANDA BUKAN PUNCHING BAG PASANGAN ANDA!

Assalamualaikum terima kasih sudi singgah page yang baru dibina ini.Tujuan saya solid, berkongsi ilmu dan memperluaskan ...
10/01/2023

Assalamualaikum terima kasih sudi singgah page yang baru dibina ini.

Tujuan saya solid, berkongsi ilmu dan memperluaskan pengalaman dengan membantu anda.

Jangan lupa like dan follow page ini 🌸

Address

Kota Bharu

Telephone

+601112971528

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Lily posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Lily:

Share