Nur Shuhadah & Associates

Nur Shuhadah & Associates Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nur Shuhadah & Associates, Lawyer & Law Firm, Lot A13A (A07), Arked Pekan Francais, Mukim Pulai, 80100 Johor Bahru, Johor Bahru.

Nur Shuhadah & Associates is a law office based in Johor Bahru, Johor and is dealing with matters pertaining to Criminal & Civil Litigation, Arbitration, Adjudication (CIPAA), Employment Law, Estate ('Harta Pusaka'), Construction Disputes, and etc.

MAYBANK DIARAH BAYAR RM166,000.00 DAN KOS RM50,000 AKIBAT CUAI, DUIT LESAPKronologi Kes: Tahun 2000Mangsa mula menjadi p...
01/08/2026

MAYBANK DIARAH BAYAR RM166,000.00 DAN KOS RM50,000 AKIBAT CUAI, DUIT LESAP

Kronologi Kes:

Tahun 2000

Mangsa mula menjadi pelanggan Maybank, dengan dua akaun — akaun pinjaman perumahan dan akaun simpanan.

Jun – Julai 2021

Wang berjumlah RM166,000 dipindahkan daripada akaun pinjaman Mangsa ke akaun simpanannya melalui beberapa siri transaksi.

Wang tersebut kemudiannya dipindahkan secara ber peringkat kepada individu-individu yang tidak dikenali.

Mangsa mendakwa beliau tidak menerima sebarang amaran melalui SMS mahupun notifikasi aplikasi (push notifications) berhubung pemindahan wang tersebut.

Bagaimana Wang Lesap

Mangsa baru menyedari kejadian itu pada 15 Julai 2021 apabila beliau menyemak akaun Maybank2U-nya, dan terus membuat laporan polis.

Maybank p**a menegaskan bahawa semua transaksi dilakukan menggunakan nama pengguna dan kata laluan akaun yang betul.

Tahun 2022

Mangsa memfailkan saman terhadap Maybank selepas kejadian tersebut.

Dapatan & Perintah Mahkamah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Maybank bertanggungjawab atas kecuaian dalam memantau akaun pelanggan.

Hakim Maimoonah Aid memberikan pampasan RM166,000 kepada Mangsa selepas membenarkan tuntutan sivilnya, serta memerintahkan bank membayar kos RM50,000.

Alasan Hakim

Hakim Maimoonah menyatakan bahawa aktiviti akaun yang berlaku secara mengejut dalam tempoh berkenaan jelas menunjukkan transaksi mencurigakan, yang sepatutnya mencetuskan pemeriksaan lanjut oleh pihak bank.

Beliau turut menyebut bahawa bank dianggap bertanggungjawab sebahagiannya jika ia “menutup mata terhadap fakta ketidakjujuran yang nyata.”

Semasa perbicaraan, Hakim mendapati terdapat percanggahan antara rekod syarikat telekomunikasi dengan laporan transaksi yang dikemukakan oleh pihak bank.

Mahkamah juga mendapati tiada amaran SMS dihantar bagi transaksi tertentu, di mana sebahagian transaksi berlaku pada waktu awal pagi.

Fakta ini disokong oleh profil Mangsa sendiri — beliau bukan pengguna aktif Maybank2U, dan hanya menggunakannya secara terhad untuk membayar kad kredit atau menghantar wang kepada bapa mentuanya.

Kesimp**annya, kes ini menjadi preseden penting bahawa bank boleh dipertanggungjawabkan sekiranya gagal mengesan corak transaksi yang mencurigakan dan tidak mengambil tindakan wajar untuk melindungi pelanggan.​​​​​​​​​​​​​​​​

10 SEBAB, KEPUTUSAN MAHKAMAH INI BERSIFAT MELINDUNGI PENDEPOSIT / PENGGUNA :

1. Tanggungjawab Bank Untuk Pantau

Kes ini menetapkan bahawa bank tidak boleh lepas tangan apabila berlaku transaksi tanpa kebenaran. Mereka wajib memikul tanggungjawab memantau akaun pelanggan secara aktif.

2. Sistem Pemantauan Bank Perlu Berfungsi Dengan Baik

Selama ini, mangsa scam terpaksa membuktikan sendiri bahawa mereka tidak bersalah. Kini mahkamah mengiktiraf bahawa bank juga perlu membuktikan sistem pemantauan mereka berfungsi dengan baik.

3. Perlindungan Walaupun Tanpa Laporan TAC

Fakta bahawa mangsa tidak menerima TAC dan SMS amaran diambil serius oleh mahkamah. Ini melindungi pengguna yang menjadi mangsa kegagalan sistem bank sendiri.

4. Corak Transaksi Mencurigakan Mesti Dikesan

Mahkamah menetapkan bahawa bank wajib mengesan aktiviti luar biasa dalam akaun, terutama transaksi besar pada waktu awal pagi. Ini mendorong bank melabur dalam sistem pengesanan penipuan yang lebih canggih.

5. Preseden Untuk Kes-Kes Kecuaian Masa Hadapan

Keputusan ini membuka jalan kepada mangsa-mangsa scam lain untuk menuntut semula wang mereka melalui mahkamah, sesuatu yang sebelum ini dianggap hampir mustahil.

6. Percanggahan Data Tidak Boleh Disembunyikan

Mahkamah mendapati rekod telekomunikasi bercanggah dengan laporan bank. Ini memberi amaran kepada bank bahawa data mereka akan diteliti secara bebas, menggalakkan ketelusan.

7. Profil Pengguna Diambil Kira

Fakta bahawa Chan bukan pengguna aktif Maybank2U digunakan untuk menyokong dakwaannya. Ini bermakna mahkamah menilai kes secara kontekstual, bukan semata-mata bergantung kepada rekod digital bank.

8. Mendesak Bank Ketatkan Sistem Keselamatan

Dengan risiko dibicarakan dan dihukum, bank-bank lain akan terdorong untuk mempertingkatkan sistem keselamatan dan pemantauan transaksi demi mengelak liabiliti yang sama.

9. Memberi Kuasa kepada Pengguna Biasa

Seorang pelanggan biasa berjaya menentang sebuah institusi kewangan besar di mahkamah dan menang. Ini membuktikan bahawa rakyat biasa mempunyai hak undang-undang yang boleh dikuatkuasakan.

10. Mengubah Persepsi “Salah Pengguna Sendiri”

Selama ini, bank acapkali akan menyalahkan pelanggan kerana terlupa kata laluan, klik pautan phishing, atau cuai.

Kes ini memecah tanggapan itu — bank turut bertanggungjawab jika gagal melaksanakan tugas pengawasan mereka.

Gambar : Internet

oleh
Shada Mazan

DEBT COLLECTOR CARI ANAK UNTUK BAYAR HUTANG AYAH? 1. Hutang Ialah Liabiliti Peribadi Penghutang Dari segi undang-undang,...
27/07/2026

DEBT COLLECTOR CARI ANAK UNTUK BAYAR HUTANG AYAH?

1. Hutang Ialah Liabiliti Peribadi Penghutang

Dari segi undang-undang, hutang ayah adalah tanggungjawab ayah sendiri, bukan automatik jadi tanggungjawab anak walaupun anak tu waris. Ini terpakai selagi ayah masih hidup.

2. Anak TIDAK Wajib Bayar Hutang Ibu/Bapa

Melainkan anak jadi penjamin (guarantor) atau nama bersama (joint account/joint loan) dalam pinjaman tersebut, anak tiada obligasi legal untuk bayar hutang tu apatah lagi kalau dah tak ada hubungan/komunikasi selama 13 tahun.

3. Debt Collector Tiada Hak Paksa Anak Bayar

Ejen kutipan hutang (debt collector) tak boleh secara sah memaksa atau mengugut anak untuk bayar hutang orang lain, termasuk ibu bapa sendiri, kalau anak bukan pihak dalam kontrak pinjaman tersebut.

4. Cara Collector Cari & Ugut Pun Ada Had (Guideline BNM)

Bank Negara Malaysia (BNM) ada garis panduan berkaitan cara agensi kutipan hutang boleh beroperasi mereka tak boleh guna cara mengugut, memalukan, atau mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka (contoh: sebar dalam group WhatsApp, medium sosial, tempat kerja).

5. Rekod & Simpan Bukti

Simpan semua mesej, panggilan, atau apa jua komunikasi daripada debt collector tersebut ini penting sebagai bukti sekiranya perlu buat laporan rasmi.

6. Boleh Buat Laporan Kalau Cara Mereka Melampau

Kalau debt collector guna cara mengugut, mengganggu secara berterusan, atau ugutan yang menyalahi undang-undang, anak boleh buat laporan polis atau aduan kepada:

Bank Negara Malaysia (BNMLINK) — jika berkaitan institusi kewangan berlesen

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) — jika agensi berdaftar

Polis — jika ada unsur ugutan/harassment

7. Tak Perlu Rasa Bersalah / Terpaksa Bayar Sebab “Anak”

Dari segi moral pun, tanggungjawab kewangan ayah bukan automatik jadi beban anak lebih-lebih lagi kalau dah tiada hubungan langsung selama bertahun-tahun. Jangan biar rasa “segan” atau “kesian” buat kau rasa wajib bayar.

8. Elak Bagi Sebarang Maklumat Peribadi/Kewangan

Jangan bagi maklumat bank, alamat, atau nombor akaun kepada debt collector tersebut walaupun mereka desak — ini boleh disalahguna.

9. Boleh Rujuk AKPK Untuk Nasihat Percuma

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan khidmat nasihat percuma berkaitan isu hutang — walaupun ni kes ayah, mereka boleh bagi panduan macam mana nak handle situasi ni dengan betul.

10. Elakkan Confrontation Terus, Guna Cara Rasmi

Kalau debt collector still keras hubungi, jawab secara ringkas dan formal (contoh: “Saya bukan pihak dalam pinjaman ini dan tiada tanggungjawab legal terhadap hutang tersebut”) — dan terus buat laporan kalau mereka berterusan mengganggu.

Semoga membantu

Nur Shuhadah & Associates
Johor Bahru

FASHION VALET : UPDATE KES MAHKAMAH PADA 24 JULAI 2026 1- Saksi pendakwaan kedua, Penolong Pengurus Maybank Cawangan Jal...
25/07/2026

FASHION VALET : UPDATE KES MAHKAMAH PADA 24 JULAI 2026

1- Saksi pendakwaan kedua, Penolong Pengurus Maybank Cawangan Jalan Tun Razak, Shamsiah Musa, 55, memberi keterangan bahawa PNB mendepositkan RM20.3 juta dalam dua transaksi kepada FashionValet Sdn Bhd pada 2018. 

2- Transaksi pertama sebanyak RM11,953,509 dibuat pada 4 Jun 2018, dengan deskripsi pemindahan dana ke Public Bank. 

3- Transaksi kedua p**a dibuat pada 20 Disember 2018.

4- Kes ini bermula sejak 21 Julai lepas, dengan saksi pertama (Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank) mengesahkan RM8 juta dipindahkan daripada akaun FashionValet kepada 30 Maple Sdn Bhd — syarikat yang penandatangannya ialah Vivy dan Fadzarudin sendiri — dalam dua transaksi pada Ogos 2018.

5- Perbicaraan dijadual berterusan pada beberapa siri tarikh sehingga Januari 2027 (17-18 Ogos, Oktober, November, Disember 2026, dan Januari 2027).

Sekian.

PROSEDUR ORANG TAK SEMPURNA AKAL : Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah. 1- Sekiranya Hakim / Majistret mempunyai sebab un...
24/07/2026

PROSEDUR ORANG TAK SEMPURNA AKAL :

Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

1- Sekiranya Hakim / Majistret mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa Tertuduh tidak sempurna akal, dan oleh itu tidak berupaya untuk membela diri, Hakim / Majistret hendaklah menyiasat dahulu fakta tak sempurna akal itu.

2- Pegawai Perubatan boleh menahan Tertuduh di Hospital Psikiatrik untuk pemerhatian jika pada pendapatnya Tertuduh tak sempurna akal.

3- Majistret / Hakim boleh menangguhkan perbicaraan dan menahan Tertuduh untuk pemerhatian bagi tempoh tak lebih sebulan untuk pemerhatian di mana mana hospital psikiatrik di Malaysia.

4- Sekiranya perlu, tempoh tahanan boleh dilanjutkan sehingga 2 bulan jika Doktor Psikiatrik masih tidak dapat membuat kesimp**an.

JIKA HASIL PEMERHATIAN / PEMERIKSAAN TERTUDUH WARAS AKAL?

5- Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah, jika Tertuduh boleh membela diri, perbicaraan akan diteruskan.

JIKA TIDAK WARAS AKALNYA DAN TAK BOLEH MEMBELA DIRI?

6- Seksyen 342 KPJ, Mahkamah hendaklah menangguhkan perbicaraan.

7- Perakuan Pengarah Perubatan hendaklah diterima sebagai keterangan.

LAPORAN PSIKITRIK:

Laporan ini penting untuk pihak pembelaan kerana ia mengandungi:

1- Proses Penilaian
2- Latar belakang Tertuduh
3- Sejarah Psikiatri
4- Sejarah Perubatan & Pembedahan
5- Sejarah Penyalahgunaan Dadah & Alkohol (jika ada)
6- Sejarah Forensik (jika ada)
7- Latar Belakang Kejadian
8- Pemerhatian & Penilaian di dalam Wad
9- Rumusan

Sama-samalah kita doakan yang terbaik kepada Tertuduh jika benar dia adalah seorang yang tidak sempurna akal pada waktu kejadian.

Apa yang penting, pada waktu kejadian.

Bukan sebelum atau selepas.

Adalah tidak adil untuk menghukum seseorang yang telah melakukan suatu kesalahan tetapi dia tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatan itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu samada salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Shada Mazan
Nur Shuhadah & Associates
Johor Bahru

PIHAK LORI BERSETUJU UNTUK BAYAR PAMPASAN AKIBAT KEMALANGAN MAUT. Tiada jumlah wang yang mampu menggantikan nyawa seoran...
21/07/2026

PIHAK LORI BERSETUJU UNTUK BAYAR PAMPASAN AKIBAT KEMALANGAN MAUT.

Tiada jumlah wang yang mampu menggantikan nyawa seorang anak, Tetapi keadilan tetap perlu ditegakkan.

Hari ini, kami berkongsi satu berita yang sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu kandung selaku waris penunggang motosikal yang telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan hendak pergi ke tempat kerja pada Januari 2025.

Kejadian berlaku di Jalan Kota Tinggi - Kluang pada jam 7.30 pagi. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian terjadi sewaktu motorsikal mangsa bergerak terus di laluan sahnya tiba tiba sebuat Motorlori yang dipandu Defendan Pertama keluar dari simpang di Hentian Rehat Bandar Tenggara dan membelok ke laluan menyebabkan mangsa tidak dapat mengelak dan membrek dan suatu perlanggaran berlaku oleh kerana jarak terlalu dekat.

Mangsa ketika itu berada di jalan yang betul, namun tidak sempat mengelakkan pelanggaran. Akibat impak yang kuat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kematian adalah Polytrauma.

Perjalanan waris untuk mendapatkan keadilan bukanlah sesuatu yang mudah.

Akhirnya, selepas melalui proses perundangan, pihak insurans bagi lori berkenaan bersetuju untuk membayar pampasan kepada waris mangsa atas jumlah yang munasabah dan dipersetujui.

Walaupun tiada nilai yang mampu menggantikan kehilangan yang dialami, sekurang-kurangnya hak waris telah diiktiraf dan keadilan berjaya dicapai melalui saluran undang-undang.

Kes ini juga menjadi peringatan kepada semua pemandu agar tidak memandang ringan tanggungjawab atas jalan raya. Beberapa saat kecuaian boleh mengubah kehidupan sebuah keluarga buat selama-lamanya.

Setiap kes bergantung kepada fakta, bukti dan keadaan yang tersendiri. Keputusan dalam sesuatu kes tidak semestinya sama bagi semua kes.

Semoga urusan waris dipermudahkan dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Terima kasih kepada seluruh team Nur Shuhadah & Associates dan counsel bagi pihak kami, Puan Nurul Hidayah yang merupakan tulang belakang dalam kes ini.

Al-Fatihah kepada mangsa yang telah pergi.

UPDATE KES MAHKAMAH FASHION VALET : 1. LATAR BELAKANG KES Pada tahun 2018, FashionValet menerima pelaburan daripada Khaz...
21/07/2026

UPDATE KES MAHKAMAH FASHION VALET :

1. LATAR BELAKANG KES

Pada tahun 2018, FashionValet menerima pelaburan daripada Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

2. Jumlah pelaburan kedua-dua entiti ini dilaporkan sekitar RM47 juta bagi pegangan minoriti dalam FashionValet.

3. INTIPATI PERTUDUHAN

Pendakwaan mendakwa bahawa pada 21 Ogos 2018, RM8 juta dipindahkan daripada akaun FashionValet kepada 30 Maple Sdn Bhd, sebuah syarikat yang turut dikawal oleh Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzarudin Shah Anuar, tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FashionValet.

PERBICARAAN

4. Perbicaraan telah bermula pada 20 Julai 2026 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas beberapa kali ditangguhkan bagi membolehkan pihak pembelaan menyiapkan laporan audit dan penyataan pembelaan.

5. Pasangan itu masih mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) melibatkan RM8 juta dana pelaburan FashionValet.

6. Pihak Pendakwaan telah memanggil saksi pertama, seorang pengurus khidmat pelanggan CIMB Bank.

7. Beliau memberi keterangan bahawa berdasarkan rekod CIMB Bank, pada 21 Ogos 2018, sejumlah RM8,000,000 dipindahkan daripada akaun FashionValet kepada akaun 30 Maple Sdn Bhd melalui dua transaksi berjumlah RM5,000,000 dan RM3,000,000

8. Rekod bank turut menunjukkan bahawa pada 4 September 2018, pengeluaran RM5 juta daripada akaun 30 Maple direkodkan sebagai “interim dividend payment” kepada Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

9. Mahkamah telah menetapkan beberapa tarikh sambungan perbicaraan bermula Julai hingga Disember 2026 serta Januari 2027.

10. Perlu diingat bahawa keterangan saksi pendakwaan pada peringkat ini hanyalah sebahagian daripada proses perbicaraan. Mahkamah belum membuat sebarang dapatan mengenai bersalah atau tidak bersalah, dan kedua-dua tertuduh kekal dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

oleh
Nur Shuhadah & Associates

Boleh ke Majikan potong gaji 50% pekerja tanpa kerelaan Pekerja? Situasi ini berlaku kepada anak guam saya. Dia dah beke...
20/07/2026

Boleh ke Majikan potong gaji 50% pekerja tanpa kerelaan Pekerja?

Situasi ini berlaku kepada anak guam saya. Dia dah bekerja kira kira 30 tahun di sebuah syarikat. Pada waktu pendemik tahun 2020, syarikat memotong gaji dia tanpa persetujuan anak guam saya. Overtime dan kerja waktu weekend juga tidak dibayar.

Pekerja ini tidak berpuas hati dan telah menyuarakan aduan dia kepada Majikan namun tidak di layan. Dia kekal bekerja di situ kerana itu sahaja la tempat dia mencari rezeki. Kemudian dia dibuang kerja kononnya prestasi kerja merundum.

Anak guam kami berumur 60 tahun, menangung isteri dan 2 anak yang masih belajar.

Kemudian lepas 2 tahun dia failkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja untuk tuntut semula pemotongan gaji dia berjumlah RM170,000 tetapi permohonan dia ditolak. Pada waktu ini kami tidak mewakilinya dan dia bertindak sendiri.

Dia kemudian berjumpa dengan kami, melantik kami untuk failkan Rayuan di Mahkamah Tinggi. Kami telah menfailkan Notis Rayuan dalam masa 14 hari selaku Perayu, terhadap bekas Majikan selaku Responden.

Sewaktu perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Peguam Majikan telah membuat 2 bantahan atas alasan rayuan kami tidak teratur, namun Mahkamah menolak bantahan tersebut dan mendapati rayuan kami difailkan mengikut Aturan yang ditetapkan.

Setelah Mahkamah mendengar hujahan kedua dua belah pihak iaitu Peguam Perayu dan Responden, Mahkamah putuskan MAHKAMAH BURUH TELAH TERKHILAF , RAYUAN PERAYU DIBENARKAN SEPENUHNYA dan PERINTAH MAHKAMAH BURUH DIBATALKAN.

Bekas Majikan hendaklah membayar anak guam kami RM171,***.00 dan kos RM8,000 dalam masa 30 hari dari tarikh Penghakiman ini.

Alhamdulillah, syukur rezeki anak guam kami MENANG BERGAYA.

Tahniah kepada team kami Nur Shuhadah & Associates serta Fatanah Zainal Abidin, Peguam kami yang turut menjadi tulang belakang bagi kes ini.

Shada Mazan
Posting asal pada 23.10.2025

BUY NOW PAY LATER, THE DARK SIDE. Walaupun Buy Now Pay Later (BNPL) menawarkan beberapa kelebihan, ia juga ada banyak ke...
17/07/2026

BUY NOW PAY LATER, THE DARK SIDE.

Walaupun Buy Now Pay Later (BNPL) menawarkan beberapa kelebihan, ia juga ada banyak keburukan yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakannya.

Berikut adalah beberapa keburukan yang berkaitan dengan BNPL:

1. Peningkatan Hutang

BNPL boleh menyebabkan seseorang terjebak dalam hutang kerana kemudahan untuk bayar secara ansuran. Jika pengguna tak berdisplin, culas, mereka mungkin akhirnya mempunyai lebih banyak hutang yang perlu dibayar.

2. Caj Kelewatan dan Faedah Tinggi

Jika pengguna gagal membuat pembayaran tepat pada masanya, caj kelewatan atau faedah tinggi boleh dikenakan, yang menjadikan harga barang yang dibeli lebih mahal daripada harga asal. Ini boleh meningkatkan beban kewangan jika tidak dipantau dengan teliti.

3. Pembayaran Berulang

Walaupun ia membenarkan pembelian dilakukan tanpa perlu membayar keseluruhan harga segera, pengguna akan mempunyai pembayaran berulang dalam tempoh beberapa bulan. Ini boleh mengganggu aliran tunai dan memberi tekanan kewangan, terutamanya jika pengguna membeli banyak barangan menggunakan BNPL.

4. Cenderung Untuk Membazir

Dengan kemudahan membeli tanpa perlu membayar sepenuhnya, pengguna mungkin lebih mudah membuat pembelian impulsif. Ini boleh menyebabkan mereka membeli barang yang tidak diperlukan.

5. Kesan Negatif Terhadap Skor Kredit / CCRIS

Beberapa penyedia BNPL mungkin melaporkan status pembayaran kepada agensi penarafan kredit. Jika pembayaran tidak dibuat tepat pada waktunya, ia boleh memberi kesan negatif terhadap skor kredit pengguna, menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan pinjaman atau kemudahan kredit pada masa hadapan.

6. Mempengaruhi Pengurusan Kewangan

Pengguna mungkin menganggap BNPL sebagai cara mudah untuk membeli barang, tetapi jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh mengganggu perancangan kewangan jangka panjang. Bayaran ansuran yang berterusan boleh menyebabkan kesulitan kewangan yang tidak dijangka.

7. Ketergantungan kepada BNPL

Penggunaan BNPL yang berlebihan boleh menjadikan seseorang bergantung kepada kemudahan ini untuk melakukan pembelian, berbanding menguruskan kewangan dengan bijak dan berbelanja mengikut kemampuan.

Kesimp**an:

Walaupun BNPL memberikan kemudahan dalam membuat pembelian, penting untuk pengguna berhati-hati dan merancang pembayaran dengan teliti.

Gunakan BNPL dengan penuh tanggungjawab untuk mengelakkan masalah kewangan dan memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada kehidupan kewangan anda.

Semoga membantu.

Shada Mazan

Address

Lot A13A (A07), Arked Pekan Francais, Mukim Pulai, 80100 Johor Bahru
Johor Bahru
81110

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60172347874

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Shuhadah & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nur Shuhadah & Associates:

Shortcuts

Share