Naufal Fahmi Syufri

Call Directions Website Contact the practice

Naufal Fahmi Syufri Advocates & Solicitors
Syarie Counsels

Dapat bukti secara illegalKita fikir kalau polis tidak mengikut prosedur, barang bukti yang diperoleh tidak boleh diguna...
25/11/2026

Dapat bukti secara illegal

Kita fikir kalau polis tidak mengikut prosedur, barang bukti yang diperoleh tidak boleh digunakan di mahkamah.

Sebenarnya, tidak semestinya.

Dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2015] 2 CLJ 145, Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa bukti yang diperoleh secara tidak sah masih boleh diterima oleh mahkamah jika memenuhi syarat penerimaan bukti.

Tapi, ada pengecualian.

Dalam kes PP v Jarizal bin Jasni [2024] 7 MLJ 193, polis mengambil sampel air kencing seorang individu sebelum menangkapnya. Walaupun keputusan ujian menunjukkan individu tersebut positif dadah, cara sampel itu diperoleh didapati melanggar Seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah Tinggi akhirnya mengekalkan keputusan membebaskan individu tersebut.

Dalam mengendalikan kes jenayah, bukan sekadar barang bukti yang perlu diteliti. Cara bukti tersebut diperoleh juga boleh menjadi isu penting dalam pembelaan.

Kita tak terlibat jenayah kawan pun..Kalau kawan kita pukul seseorang dan kita cuma berada di tempat kejadian, boleh ke ...
25/11/2026

Kita tak terlibat jenayah kawan pun..

Kalau kawan kita pukul seseorang dan kita cuma berada di tempat kejadian, boleh ke kita disabitkan atas kesalahan yang sama?

Dalam kes Narendranpathy Pathy & Ors v PP [2023] 1 LNS 598, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa berada di tempat kejadian sahaja tidak cukup untuk membuktikan seseorang mempunyai niat bersama untuk melakukan jenayah.

Tapi, jangan p**a anggap kita tak bersalah hanya kerana kita tak memukul mangsa.

Kalau kita sengaja menghalang mangsa daripada melarikan diri atau membantu kawan menjayakan jenayah tersebut dengan niat bersama, kita juga boleh dipertanggungjawabkan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Yang penting bukan sekadar di mana kita berada, tetapi apa penglibatan dan niat kita dalam kejadian tersebut.

CLAIM PAMPASAN SEBAB POLIS PUKUL DALAM LOKAP?Walaupun seseorang disyaki melakukan jenayah, polis tidak boleh sewenang-we...
25/11/2026

CLAIM PAMPASAN SEBAB POLIS PUKUL DALAM LOKAP?

Walaupun seseorang disyaki melakukan jenayah, polis tidak boleh sewenang-wenangnya mencederakan orang tersebut.

Di bawah Seksyen 330 dan 331 Kanun Keseksaan, mencederakan seseorang untuk mendapatkan pengakuan atau maklumat berkaitan jenayah merupakan satu kesalahan.

Dalam kes N Indra Nallathamby v Datuk Seri Khalid Abu Bakar & Ors [2014] 8 MLJ 625, Kugan telah ditahan bagi siasatan kes kecurian kereta. Namun, dia dipukul semasa dalam tahanan sehingga meninggal dunia.

Ibunya kemudian memfailkan saman terhadap polis dan Kerajaan Malaysia.

Apa yang menarik dalam kes ini ialah Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa walaupun perintah reman pada asalnya sah, penyalahgunaan perintah tersebut menyebabkan penahanannya menjadi tidak sah.

Sekiranya kita menjadi mangsa kekerasan yang menyalahi undang-undang semasa dalam tahanan, kita boleh mengambil tindakan sivil untuk menuntut pampasan.

Simpan bukti kecederaan, dapatkan laporan perubatan dan maklumkan kepada Majistret jika masih dalam tahanan.

Perintah reman memberikan kuasa untuk menahan seseorang bagi tujuan siasatan, bukan untuk mencederakannya.

Polis dah tangkap kita, tapi akhirnya tak jumpa apa-apa bukti. Boleh ke kita saman polis?Ada dua kes mahkamah yang menar...
24/11/2026

Polis dah tangkap kita, tapi akhirnya tak jumpa apa-apa bukti. Boleh ke kita saman polis?

Ada dua kes mahkamah yang menarik untuk kita bandingkan.

Dalam kes Yong Moi Sin v Kerajaan Malaysia & Anor [2000] 1 MLJ 35, seorang peniaga emas ditangkap dan ditahan selama 15 jam kerana disyaki menerima barang hasil rompakan.

Walaupun barang tersebut tidak dijumpai, tuntutan terhadap polis ditolak kerana polis mempunyai alasan munasabah untuk membuat tangkapan.

Berbeza p**a dengan kes Shaaban & Ors v Chong F**k Kam & Anor [1969] 2 MLJ 219. Mahkamah memutuskan tangkapan tersebut tidak sah kerana polis tidak mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki mereka melakukan kesalahan berkenaan.

Di bawah Seksyen 23(1)(a) Kanun Tatacara Jenayah, polis mempunyai kuasa untuk membuat tangkapan tanpa waran dalam keadaan tertentu.

Polis tak perlu mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa seseorang sebelum membuat tangkapan. Namun, syak wasangka polis mestilah mempunyai asas yang munasabah.

Jadi, kalau nak saman polis atas tangkapan tidak sah, perkara penting yang perlu dilihat ialah asas tangkapan pada waktu ia dibuat, bukan semata-mata hasil siasatan.

Tak didakwa dan ditangkap secara tidak sah merupakan dua perkara yang berbeza dari sudut undang-undang.

PAKSA KITA MENGAKU BERSALAHseseorang mengaku bukan sebab dia bersalah, tetapi sebab takut dipukul, diugut atau tak tahan...
24/11/2026

PAKSA KITA MENGAKU BERSALAH

seseorang mengaku bukan sebab dia bersalah, tetapi sebab takut dipukul, diugut atau tak tahan dengan tekanan semasa siasatan.

Di bawah Seksyen 24 Akta Keterangan 1950, pengakuan yang dibuat akibat ugutan, dorongan atau janji tertentu tidak boleh diterima sebagai bukti.

Tapi, bagaimana p**a kalau maklumat yang diberikan membawa kepada penemuan barang bukti?

Dalam kes Goi Ching Ang v PP [1999], Mahkamah Persekutuan menjelaskan bahawa mahkamah boleh menolak maklumat yang diperoleh secara paksaan jika penggunaannya tidak adil kepada tertuduh.

Dalam kes PP v Azilah Hadri & Anor [2015], mahkamah p**a menjelaskan bahawa maklumat tersebut tidak semestinya ditolak secara automatik. Ia bergantung kepada keadaan setiap kes.

Penting untuk kita tahu, di bawah Seksyen 112(2) Kanun Tatacara Jenayah, kita berhak untuk tidak menjawab soalan polis yang boleh menyebabkan kita sendiri terdedah kepada pertuduhan jenayah.

Jangan mengaku perkara yang kita tak buat semata-mata kerana takut.

Polis datang rumah tanpa waran. Boleh ke kita tak bagi masuk?Sebenarnya, dalam keadaan tertentu, polis boleh masuk dan g...
24/11/2026

Polis datang rumah tanpa waran. Boleh ke kita tak bagi masuk?

Sebenarnya, dalam keadaan tertentu, polis boleh masuk dan geledah premis tanpa waran.

Dalam kes Yong Moi Sin v Kerajaan Malaysia & Anor [2000] 1 MLJ 35, polis mendapat maklumat bahawa loket emas hasil rompakan telah dijual kepada seorang peniaga emas.

Polis menggeledah premis perniagaannya tanpa waran. Peniaga tersebut turut ditangkap dan ditahan selama 15 jam.

Menariknya, loket emas itu langsung tak dijumpai. Peniaga tersebut kemudiannya menyaman pihak polis.

Mahkamah Tinggi memutuskan tindakan penggeledahan itu wajar kerana emas tersebut boleh dileburkan dengan mudah. Jika polis menunggu untuk mendapatkan waran, barang bukti mungkin hilang.

Seksyen 62 Kanun Tatacara Jenayah membenarkan penggeledahan tanpa waran untuk mencari barang curi, tertakluk kepada syarat tertentu.

Apa yang kita boleh belajar daripada kes ni?

Kegagalan polis menjumpai barang bukti tak semestinya menjadikan penggeledahan itu salah. Mahkamah turut melihat maklumat dan alasan yang dimiliki oleh polis sebelum mengambil tindakan.

Kalau polis datang ke rumah tanpa waran, minta kad kuasa dan tanya tujuan mereka datang. Jangan halang secara fizikal dan dapatkan nasihat peguam jika perlu.

Polis ada kuasa, tetapi kuasa itu tetap tertakluk kepada undang-undang.

Bayangkan kawan kau minta tumpang akaun bank. Katanya akaun dia ada masalah.Kau pun bagi guna. Duit masuk, kemudian dia ...
23/11/2026

Bayangkan kawan kau minta tumpang akaun bank. Katanya akaun dia ada masalah.

Kau pun bagi guna. Duit masuk, kemudian dia minta kau transfer ke akaun lain.

Beberapa hari kemudian, polis cari kau. Rupanya duit itu datang daripada mangsa scam.

Persoalannya, kalau kau tak tahu duit itu duit scam, kau masih boleh dikenakan tindakan?

Jawapannya, boleh. Tetapi bergantung pada apa yang kau buat dan kesalahan yang disiasat.

Di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan, menyerahkan kawalan akaun bank kepada orang lain tanpa kuasa atau tujuan yang sah boleh menjadi satu kesalahan.

Maksudnya, walaupun kau tak pernah menipu mangsa, perbuatan membenarkan orang lain mengawal akaun kau boleh menimbulkan masalah undang-undang.

Tapi kena bezakan juga.

Kalau duit tak dikenali tiba-tiba masuk akaun kau, itu tidak bermaksud kau automatik bersalah.

Duit masuk ke akaun dan sengaja menyerahkan kawalan akaun kepada orang lain ialah dua perkara berbeza.

Jadi, jangan sesuka hati pinjamkan akaun bank, kad ATM atau akses perbankan kepada sesiapa.

Sebab bila akaun kau digunakan untuk menerima duit scam, nama kau mungkin menjadi antara yang pertama disiasat.

Jawab “aku tak tahu” bukan jaminan kau akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Polis telefon suruh datang balai untuk bagi keterangan. Wajib ke pergi?Ramai ingat kalau polis telefon, kita terus wajib...
23/11/2026

Polis telefon suruh datang balai untuk bagi keterangan. Wajib ke pergi?

Ramai ingat kalau polis telefon, kita terus wajib hadir. Sebenarnya, kena bezakan antara panggilan telefon dengan arahan bertulis.

Di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah, polis boleh keluarkan arahan bertulis supaya seseorang hadir membantu siasatan.

Kalau kita ingkar arahan bertulis tu, polis boleh laporkan kepada Majistret dan waran boleh dikeluarkan untuk memastikan kehadiran kita.

Bila dah hadir, adakah wajib jawab semua soalan?

Seksyen 112 KTJ menyatakan kita perlu menjawab soalan berkaitan kes dengan benar. Tapi kita tak wajib jawab soalan yang boleh menyebabkan diri sendiri terdedah kepada pertuduhan jenayah, hukuman atau pelucuthakan.

Jadi, kalau polis telefon, jangan terus abaikan. Tanya tujuan dipanggil, sahkan identiti pegawai dan bincang masa yang sesuai untuk hadir.

Paling penting, dipanggil ke balai untuk bagi keterangan tak bermaksud kita dah buat salah.

Address

Suite 31B, Jalan Pulai Flora 1/9, Taman Pulai Flora
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naufal Fahmi Syufri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Naufal Fahmi Syufri:

Share

Nearby law practices