11/07/2024
Alhamdulillah. Semuanya Alhamdulillah.
TUGAS PEGUAM DALAM URUSAN JUAL BELI
==================================================
Tugas Peguam dalam setiap urusan Jual Beli adalah sangat penting dalam memastikan urusan Jual Beli tersebut berjalan dengan baik dan dalam tempoh penyelesaian seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani oleh Penjual dan Pembeli.
Selain itu, tugas Peguam yang sangat penting juga adalah selepas pendaftaran pindahmilik selesai didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan dengan memastikan butiran nama, kad pengenalan/pasport di dalam Geran Muktamad harta tersebut adalah betul dan tepat seperti di dalam dokumen yang berada di pegangan kita.
Jika ada kesalahan dari pihak Pejabat Tanah berkenaan, maka segerala Peguam membuat pembetulan di Pejabat Tanah tersebut. Jangan dibiarkan atau dipandang remeh dan terus diserahkan kepada pihak Bank/Pembeli untuk simpanan mereka.
KENAPA JANGAN DIBIARKAN??
Kerana... KESANNYA ketika Pemilik tersebut hendak memasuki urusan jualan/ pindahmilik yang seterusnya di masa akan datang.
Lebih parah jika rumah melibatkan rumah yang mempunyai sekatan i.e perlukan kebenaran pihak Pejabat Tanah atau PKPJ, maka urusan pembetulan nama perlu dibuat sebelum surat kelulusan dapat diperolehi. Lebih bertambah parah jika geran berada di Bank dan mempunyai gadaian. Lebih bertambah parah kena buat penyelesaian penuh dulu barula GERAN ASAL dipulangkan oleh Bank.
Maka, akan berlaku pertambahan masa untuk penyelesaian, bertambah tenaga, bertambah juga "STRESS".
Maka, kita sebagai Peguam kena lebih berhati-hati dan lebih "particular". Jangan kerana kecuaian kita pada hari ini akan menyusahkan rakan-rakan peguam kita di masa akan datang.
Dapat Sesuatu?
&co
#2024