Messrs Syara Adleen & Associates

Undang-undang dan Masyarakat


Dimaklumkan bahawa kandungan di halaman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja dan pembacaan, sebarang komunikasi dengan Syara Adleen & Associates tidak mewujudkan hubungan peguam-anak guam.

25/08/2026

Beli Rumah? Jangan Terus Bayar Deposit — Periksa Kondisi Rumah Dahulu!

Membeli rumah bukan sekadar melihat rumah itu cantik, besar atau berada di lokasi yang menarik. Kondisi fizikal rumah juga perlu diperiksa dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Antara perkara yang wajar diperiksa ialah:

✔️ Dinding dan siling – lihat tanda retak,
kebocoran atau kesan lembap.
✔️ Bumbung – periksa kemungkinan
kebocoran, terutama jika rumah
sudah lama.
✔️ Lantai – pastikan tiada lantai yang
mendap, pecah atau tidak rata.
✔️ Pintu dan tingkap – pastikan boleh
dibuka dan ditutup dengan baik.
✔️ Sistem elektrik – periksa soket, suis
dan keadaan pendawaian.
✔️ Sistem paip dan saliran – pastikan
tiada kebocoran, tekanan air rendah
atau saliran tersumbat.
✔️ Tandas – periksa kebocoran, aliran air
dan keadaan paip.
✔️ Kawasan luar rumah – lihat keadaan
longkang, halaman, pagar dan
struktur sekeliling.
✔️ Pengubahsuaian terdahulu – jika ada,
pastikan kerja-kerja tersebut dibuat
dengan baik dan tidak menimbulkan
masalah struktur atau undang-
undang.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M.Semoga kita sentiasa mencontohi akhlak mulia Rasulullah ﷺ, memperbanyakka...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

Semoga kita sentiasa mencontohi akhlak mulia Rasulullah ﷺ, memperbanyakkan selawat dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.
Salam Maulidur Rasul, penuh keberkatan dan kasih sayang.

25/08/2026

Penjual Kejar Duit, Peguam Dikejar Setiap Hari — Apa Yang Sebenarnya Berlaku Dalam Proses Jual Beli Hartanah?

“Peguam, boleh cepatkan tak? Saya memang perlukan duit.”

Ayat seperti ini bukan perkara asing dalam urusan jual beli hartanah.

Apabila penjual sangat memerlukan wang, setiap hari terasa begitu panjang. Peguam p**a mula dikejar untuk mempercepatkan proses tetapi persoalannya, adakah semua proses boleh dipercepatkan begitu sahaja?

Hakikatnya, proses jual beli hartanah bukan sekadar tandatangan SPA, kemudian tunggu duit masuk. Terdapat pelbagai perkara yang perlu disemak dan diselesaikan seperti:

✔️ Semakan geran dan status
hartanah
✔️ Semakan sekatan kepentingan
dan kaveat
✔️ Penyelesaian pinjaman sedia ada
penjual
✔️ Urusan pelepasan gadaian
✔️ Permohonan kebenaran pindah
milik jika diperlukan
✔️ Penyediaan dan pemprosesan
dokumen
✔️ Urusan dengan bank pembeli dan
bank penjual
✔️ Pendaftaran dokumen di Pejabat
Tanah
✔️ Penyelesaian tunggakan atau
perkara berkaitan hartanah
✔️ Proses pelepasan baki wang
jualan kepada penjual

Ada perkara yang berada dalam kawalan peguam. Tetapi ada juga perkara yang bergantung kepada bank, Pejabat Tanah, pemaju, pihak berkuasa atau pihak ketiga.

Sebab itu, apabila penjual mengejar peguam setiap hari, peguam sebenarnya bukan sengaja melambatkan proses.

Peguam juga mahu transaksi diselesaikan dengan cepat.

25/08/2026

Alhamdulillah selesai appointment signing construction agreement dengan client kami, En Shukri.

Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan guaman kami, Syara Adleen & Associates ✨

Anda sedang mencari peguam utk urusan jual beli rumah/bina rumah atas tanah menggunakan loan LPPSA?

Jom follow kami dan boleh terus hubungi kami untuk sebarang pertanyaan 🔥



Milik Rumah Untuk Kestabilan Masa Depan
23/08/2026

Milik Rumah Untuk Kestabilan Masa Depan

Hati-hati beli tanah, jangan terjerat tanah murah sebenarnya tanah lot lidi‼️
23/08/2026

Hati-hati beli tanah, jangan terjerat tanah murah sebenarnya tanah lot lidi‼️


Alhamdulillah selesai appointment signing dengan client kami. Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan guaman k...
10/08/2026

Alhamdulillah selesai appointment signing dengan client kami. Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan guaman kami, Syara Adleen & Associates ✨️

Anda sedang mencari peguam utk urusan jual beli rumah? Jom follow kami dan boleh terus hubungi kami untuk sebarang pertanyaan 🔥

peguamshahalam

BELI RUMAH DENGAN ILMU, BUKAN SEKADAR DENGAN EMOSI.Jangan hanya tertarik dengan harga murah atau rumah yang cantik.Faham...
10/08/2026

BELI RUMAH DENGAN ILMU, BUKAN SEKADAR DENGAN EMOSI.

Jangan hanya tertarik dengan harga murah atau rumah yang cantik.
Fahami lokasi, status hak milik, sekatan kepentingan, pembiayaan, kos tersembunyi dan potensi hartanah sebelum membuat keputusan.

Rumah ialah komitmen jangka panjang.
Buat keputusan dengan ilmu supaya impian memiliki rumah tidak bertukar menjadi beban.

APABILA HARTA MENJADI PUNCA DOSAHarta itu sendiri bukanlah dosa. Namun, apabila harta membuat manusia tamak, menzalimi o...
10/08/2026

APABILA HARTA MENJADI PUNCA DOSA

Harta itu sendiri bukanlah dosa. Namun, apabila harta membuat manusia tamak, menzalimi orang lain, memutuskan silaturahim, berebut pusaka, menipu, mengambil hak orang dan melupakan Allah, maka harta yang sepatutnya menjadi nikmat boleh berubah menjadi ujian yang berat.

“Jangan sampai kita sibuk mengumpul harta di dunia, sehingga kehilangan ketenangan, kasih sayang dan keberkatan.”

Kerana akhirnya, bukan banyak mana harta yang kita tinggalkan, tetapi bagaimana harta itu diperoleh dan ke mana ia digunakan.

10/08/2026

SUBSALE : BILAKAH PEMBELI AKAN DAPAT KUNCI RUMAH?

Dalam urusan subsale, pembeli biasanya tidak terus mendapat kunci selepas menandatangani SPA.

Secara umum, kunci rumah diserahkan selepas:

1. SPA telah ditandatangani oleh penjual dan pembeli.
2. Harga belian diselesaikan sepenuhnya termasuk baki harga belian yang perlu dibayar oleh pembeli atau bank.
3. Jika ada pinjaman penjual, redemption sum telah diselesaikan dan isu gadaian/charge telah diuruskan.
4. Dokumen pindah milik dan urusan berkaitan telah disempurnakan mengikut keadaan hak milik.
5. Baki harga belian telah dibayar kepada penjual mengikut terma SPA.

👉 Jadi, tarikh serahan kunci bergantung kepada terma SPA, bukan semata-mata tarikh pembeli mendapat kelulusan pinjaman.

Dapatkan khidmat guaman yang berpengalaman untuk menguruskan jual beli tanah anda. Tekan link di bawah untuk pertanyaan.

www.wasap.my/60134766969/EP

Address

B-2-2 & B-3-2, Jalan Serai Wangi G 16/G, Alam Avenue II
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+61164266969

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs Syara Adleen & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Messrs Syara Adleen & Associates:

Shortcuts

Share