25/05/2026
Perfection of Transfer (POT) and Perfection of Charge (POC)
Client selalu tanya, “Kenapa kena buat POT/POC ni? Developer dulu kata free legal fees SPA.”
⸻
Jawapan yg kami selalu inform clients;
memang betul developer bagi free legal fees untuk SPA, tetapi itu hanya untuk urusan penyediaan dan tandatangan perjanjian jual beli semasa projek masih dalam pembinaan.
Sekarang unit sudah ada hak milik individu/strata, jadi proses seterusnya ialah Perfection of Transfer (POT) dan Perfection of Charge (POC). Dua proses ini memang tidak termasuk dalam free legal fees SPA.
POT adalah proses tukar nama dalam geran kepada nama Puan/Tuan secara rasmi.
POC p**a proses daftarkan rumah sebagai gadaian kepada bank untuk pinjaman Puan/Tuan.
Ini adalah prosedur yg harus dilakukan bila hak milik telah dikeluarkan. Semua pembeli unit projek akan lalui proses yang sama.