29/09/2021
PERNIAGAAN DALAM TALIAN DALAM TEMPOH COVID 19 DAN PKP – TANGGUNGJAWAB PENJUAL DAN HAK-HAK PEMBELI
1. Perniagaan dalam talian atau online melalui pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram, Email dan melalui laman-laman permiagaan online seperti eBay, Lelong, Lazada, Shopee, Mudah dan lain-lain telah menjadi semakin popular terutamanya di Malaysia pada masa sekarang.
2. Sebelum dari ini, terdapat banyak kes-kes penipuan penjualan online yang telah dilaporkan dan ada juga tangkapan-tangkapan dan pendakwaan yang dibuat terhadap peniaga online ini oleh kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka gara-gara tidak peka dan tidak mengetahui peruntukkan undang-undang yang terpakai dan merangkumi perniagaan online.
3. Dalam Artikel ini, penulis akan cuba menjelaskan tanggungjawab penjual serta hak-hak pembeli dalam perniagaan online agar pematuhan undang-undang dapat dilaksanakan oleh peniaga dan hak-hak pembeli dapat dilindungi terutamanya menurut Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.
4. Dalam menjalankan perniagaan online ini, adalah diingatkan bahawa peniaga dan penjual adalah tertakluk dan terikat dengan pematuhan ketat undang-undang berkenaan jual beli barangan yang termaktub di Malaysia termasuk :-
i. Akta Jualan Barangan 1957;
ii. Akta Perdagangan Elektronik 2006;
iii. Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011;
iv. Akta Perihal Dagangan 2011;
v. Akta Perlindungan Pengguna 1999; dan
vi. Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.
Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012
5. Di bawah Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, telah diperuntukkan bahawa kesemua pihak yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online adalah diperlukan untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum sesuatu penjualan online di arena internet dapat dimuktamadkan.
6. Perlu diambil perhatian bahawa peruntukkan ini bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjual barang atau produk melalui laman-laman jualan umum seperti eBay, Lelong, Shopee, Lazada dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook, Instagram, Email, WhatApps dan Telegram juga tertakluk kepada peraturan ini.
Tanggungjawab Penjual – Apa Yang Perlu Anda Dilakukan?
7. Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan informasi serta maklumat lengkap berkaitan nama, alamat serta nombor pendaftaran syarikat, perniagaan atau maklumat individu penjual dipaparkan pada laman jualan bagi membolehkan pembeli mengetahui maklumat-maklumat tersebut dengan jelas sebagaimana keperluan di bawah Jadual Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.
Kegagalan Penjual Mematuhi Peraturan
8. Kegagalan mana-mana penjual online untuk mematuhi peruntukkan-peruntukkan di atas akan menyebabkan penjual tersebut melakukan suatu kesalahan di bawah Peratutan dan boleh didakwa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Seksyen 147 dan 148 Akta Perlindungan Pengguna 1999 di Mahkamah. Sekiranya ingkar, peniaga boleh didenda sehingga RM50,000 ataupun dipenjara 3 tahun, atau kedua-duanya sekali untuk setiap kesalahan yang dilakukan.
Bagaimana pembeli/pengguna boleh memaklumkan pihak berkuasa jika ada peniaga yang tidak mematuhi keperluan ini?
9. Pembeli atau pengguna jika anda mengetahui mana-mana peniaga online yang tidak mematuhi peruntukkan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 sebagaimana yang telah diterangkan di atas boleh pihak-pihak berikut :-
i. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
1-800-886-800
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
ii. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
03-78769000
[email protected]
iii. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
+60 3-7875 6370
http://www.nccc.org.my/v2/index.php
Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara di atas, anda boleh menghubungi firma kami di talian 01114857209/013-6140947 dan bercakap dengan Puan Faradilla/Encik Saiful Hadi atau email kami di [email protected]
Sila layari laman web kami: https://www.jehancolaw.com/
The Partners of the Firm have necessary qualifications and sound legal knowledge and ability and are highly reputed as a dispute resolution lawyers. The Partners have acquired all the required and necessary experience while practising as litigation/dispute resolution lawyers for several notable lega...