Perunding Keluarga Islam & Peguam Syarie- Nur Syuhada Adnan

Perunding Keluarga Islam & Peguam Syarie- Nur Syuhada Adnan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perunding Keluarga Islam & Peguam Syarie- Nur Syuhada Adnan, Lawyer & Law Firm, Bangi.

S**a saya katakan, drama malaysia kini lebih berkualiti dan berani membawa ketengah kes-kes yang melibatkan di mahkamah....
23/04/2024

S**a saya katakan, drama malaysia kini lebih berkualiti dan berani membawa ketengah kes-kes yang melibatkan di mahkamah.
Drama dan mesej yang bagus serta berkualiti.

21/09/2019

Terdapat 4 jenis Permohonan Perceraian yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah sekiranya perlu/patut:

1) Perceraian Secara Persetujuan Bersama
2) Fasakh
3) Ta'liq
4) Khuluq'

*kongsikan untuk manfaat bersama

04/09/2019

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

PELAKSANAAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH (BAHAGIAN NAFKAH) DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
BERMULA HARI INI (3 SEPTEMBER 2019)

Mahkamah Rendah Syariah (Bahagian Nafkah) mula beroperasi pada hari ini, 3 September 2019 di Dewan Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Wilayah Persekutuan.

Untuk makluman, pendaftaran kes pertama pada hari ini akan menggunakan nombor pendaftaran kod kes mahkamah 14005 dan Hakim Syarie pertama yang diamanahkan mengendalikan kes di dewan MRS (Bahagian Nafkah) ialah Tuan Abdullah Zuhdee bin Ab Halim.

Dengan beroperasinya MRS (Bahagian Nafkah) ini dijangka akan memendekkan tempoh penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan.

Pemerkasaan mahkamah syariah merupakan sebahagian daripada agenda utama kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan keadilan dapat diberikan sebaik mungkin kepada masyarakat.

Melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) juga, Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadhanah dan Nafkah dan Pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan diwujudkan.

Selain itu melalui program ini, fasa pasca bicara selepas perintah dikeluarkan juga diberikan penekanan. Perkara ini selari dengan prinsip syariah yang digariskan dalam risalatul qada bahawa tugas mahkamah syariah tidak terhenti setakat mengeluarkan perintah bahkan perlu memastikan perintah yang dikeluarkan itu dilaksanakan sepenuhnya. Justeru pewujudan bahagian penguatkuasaan dan pelaksanaan bersama perjawatan bailif yang tiada di MSWP sebelum ini telah direncana dengan baik untuk program ini.

Adalah diharapkan dengan permulaan pelaksanaan program ini pada hari ini, ia dapat menjadi pencetus kepada usaha pemerkasaan mahkamah syariah di seluruh negara dan mendapat kerjasama semua pihak untuk dilengkapkan serta direalisasikan sebagaimana pakej keseluruhan program yang dirangka.

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
3 SEPTEMBER 2019

17/06/2019

Isteri, jangan padang ringan jika suami failkan kes nusyuz dimahkamah. Jika sabit kes nusyuz ke atas isteri, akan gugur hak2 isteri selepas penceraian dimana hak tersebut anda wajib dapat jika tidak disabitkan nusyuz oleh mahkamah.
hak anda sebagai isteri

10/06/2019

5 Jenis Perceraian Dalam Islam :

1. Cerai Talaq
Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq.

2. Cerai Ta'liq
Ta'liq didefinisikan sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah. Perceraian secara ta'liq berlaku apabila suami melanggar ta'liq yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah.

3. Cerai Khulu'
Perceraian secara khulu' merupakan salah satu alternatif perceraian yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan.

4. Cerai Fasakh
Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.

5. Cerai Li'an
Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.

Address

Bangi
43600

Telephone

+60137268192

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Keluarga Islam & Peguam Syarie- Nur Syuhada Adnan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share