Hidayu Akmar & Partners

Hidayu Akmar & Partners Messrs Hidayu Akmar & Partners is a Malaysian Legal Firm based in Bandar Baru Bangi.

The primary service is to advice clients about their legal rights and responsibilities and other matters in which legal advice and other assistance are sought.

Syukur Alhamdulillah selesai sudah urusan anak guam kami merangkap Guru Matematik saya di sekolah rendah dahulu. Besar h...
14/02/2025

Syukur Alhamdulillah selesai sudah urusan anak guam kami merangkap Guru Matematik saya di sekolah rendah dahulu.

Besar hati saya kiranya dapat beri khidmat pada Guru yang dah mengajar kami 5 beradik. Geran asal dah pun dip**angkan oleh pihak pemaju setelah disimpan selama 9 tahun melalui 'out of court settlement'.

Open for JV/Sale tanah seluas 5 ekar di Bukit Katil Melaka. Boleh dm untuk maklumat lanjut.

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT. Salam Aidiladha 202...
28/06/2023

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.

Salam Aidiladha 2023 daripada kami Hidayu Akmar & Partners

21/04/2023

Hidayu Akmar & Partners mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri mohon Maaf Zahir & Batin buat seluruh sahabat dan teman teman sekalian ✨

Alhamdulillah, permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir bagi anak guam kami telah diluluskan oleh Mahkamah sem...
08/03/2023

Alhamdulillah, permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir bagi anak guam kami telah diluluskan oleh Mahkamah semalam.

Surat Kuasa Mentadbir adalah dokumen yang membolehkan pelantikan seorang pentadbir (personal representative/administrator) oleh mahkamah untuk mengurus dan mentadbir harta pusaka si mati dalam keadaan si mati telah meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat. Kebiasaannya ahli keluarga akan berbincang dan membuat persetujuan untuk melantik salah seorang daripada waris untuk menjadi pentadbir yang menguruskan harta si mati.

Pemohon boleh memfailkan suatu permohonan untuk mendapatkan geran Surat Kuasa Mentadbir. Geran Surat Kuasa Mentadbir akan membolehkan seorang waris dilantik sebagai pentadbir dalam proses membahagikan harta pusaka peninggalan si mati.

Kesemua harta pusaka si mati akan disenaraikan di dalam Geran Surat Kuasa Mentadbir bagi membolehkan pentadbir mengeluarkan wang simpanan, KWSP, tukar hakmilik kenderaan dan lain-lain di agensi yang berkenaan.

Kebiasaannya, permohonan ini hanya akan mengambil masa selama 3-4 bulan bagi mendapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir tersebut.

Apa yang menjadi kelainan sedikit dalam kes anak guam kami ini, beliau merupakan seorang PR yang mempunyai IC merah. Namun permohonan beliau telah diluluskan seperti dipohon.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Azwir sekeluarga yang memberi kepercayaan pada kami.

Hidayu Akmar & Partners sedia menjawab sebarang kemusykilan anda.

Anda ada rumah dengan Hakmilik Individu/Strata?Hakmilik Individu/Strata masih di atas nama Pemaju perumahan?Pemaju dah k...
17/02/2023

Anda ada rumah dengan Hakmilik Individu/Strata?
Hakmilik Individu/Strata masih di atas nama Pemaju perumahan?
Pemaju dah keluarkan surat arahan untuk buat Perfection of Transfer dan Perfection of Charge?

Perfection of Transfer adalah proses yang juga dikenali sebagai proses penyempurnaan pindahmilik (pendaftaran geran di atas nama Pembeli).

Pada tahun 2019, Ahmad membeli rumah daripada Pemaju ABC. Pada masa Ahmad menandatangani Perjanjian Jual Beli, Geran tanah masih lagi di atas Hakmilik Induk.

Setelah dua tahun mendiami rumah tersebut, pihak Pemaju memberi satu notis/surat memaklumkan Hakmilik Strata/Individu telah dikeluarkan oleh pejabat tanah dan Ahmad dikehendaki membuat Perfection of Transfer dan Perfection of charge. Ini bermakna Geran yang di atas nama pemaju perlu dipindahmilik keatas nama Ahmad sendiri kerana tanah tersebut milik Ahmad.

Pembelian rumah Ahmad p**a dibiayai dengan pinjaman dari Institusi Kewangan Bank Harimau. Justeru, Ahmad juga perlu membuat proses yang dinamakan Perfection of Charge/Penyempurnaan Gadaian. Pindahmilik dari Ahmad kepada Bank sebagai jaminan pihak Bank yang membiayai Pinjaman Perumahan Ahmad.

Kedua-dua proses ini boleh dilaksanakan serentak akan tetapi Ahmad perlu membayar Yuran Guaman yang berasingan.

Nak tahu apa akibat jika Ahmad tak buat Perfection of Transfer dan Perfection of Charge?

Hidayu Akmar & Partners ada info selanjutnya.

Tahukah anda bahawa Kad Akuan Penerimaan (AR) adalah salah satu bukti penyampaian yang diiktiraf secara sah di mahkamah ...
31/01/2023

Tahukah anda bahawa Kad Akuan Penerimaan (AR) adalah salah satu bukti penyampaian yang diiktiraf secara sah di mahkamah undang-undang oleh kerana akuan penerimaan ini menyatakan tandatangan penerima pada masa penghantaran dan kad berwarna kuning ni akan dikembalikan kepada pengirim sebagai jawapan sama ada penerima tersebut menerima surat kita ataupun enggan terima.

Alhamdulillah, selesai membuat serahan pos berdaftar Notis Tuntutan bagi pihak anakguam kami pada minggu lepas.

Hidayu Akmar & Partners sedia menjawab sebarang kemusykilan anda.

We wish you all good health and happiness in 2023!Regards,Hidayu Akmar & Partners
22/01/2023

We wish you all good health and happiness in 2023!

Regards,
Hidayu Akmar & Partners

Alhamdulillah selesai menguruskan urusan Pendaftaran Pindahmilik hartanah anak guam dengan balasan Kasih Sayang daripada...
13/12/2022

Alhamdulillah selesai menguruskan urusan Pendaftaran Pindahmilik hartanah anak guam dengan balasan Kasih Sayang daripada bapanya kepada beliau.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pindahmilik Kasih Sayang?

Lazimnya kebanyakan pindahmilik hartanah itu berlaku diatas sebuah balasan iaitu jual beli daripada Penjual kepada Pembeli.

Bilamana suatu Pindahmilik hartanah itu dilakukan di antara sesama ahli keluarga ianya dikenali sebagai Pindahmilik dengan balasan Kasih Sayang.

Siapakah yang ditakrifkan sebagai ahli keluarga?

Individu yang layak memberi dan menerima di atas balasan kasih sayang ini adalah Suami dan Isteri atau Ibu bapa dan Anak.

Umum mengetahui bahawa setiap dokumen atau surat perundangan seperti jual beli, pertukaran hak milik, pinjaman rumah, perjanjian pinjaman atau perjanjian sewaan perlu dibayar Duti Setem. Bagaimana p**a dengan Pindahmilik dengan balasan Kasih Sayang? Bayaran duti setem bagi kategori ini adalah seperti berikut:-

1) Suami kepada isteri (atau sebaliknya) = 100% pengecualian duti setem

2) Ibu dan/atau Bapa kepada anak (atau sebaliknya) = 50% pengecualian duti setem

Itulah istimewanya hubungan kekeluargaan. Dapat sesuatu 🤔?

Maklumat di atas adalah bertujuan untuk pendidikan atau rujukan sahaja oleh itu ia tidak boleh digunakan untuk dijadikan sebagai keputusan peribadi anda. Semoga bermanfaat.

Berminat untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan sebutharga bagi urusan seperti ini? Jom Hidayu Akmar & Partners bantu anda.

Alhamdulillah kedua-dua pihak contractor dan tuan rumah sudah menandatangani Perjanjian Kontrak (Construction Agreement)...
10/11/2022

Alhamdulillah kedua-dua pihak contractor dan tuan rumah sudah menandatangani Perjanjian Kontrak (Construction Agreement) hari ini.

Pentingkah perjanjian ini untuk tujuan pembinaan rumah? Perjanjian ini sangat penting untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak terutamanya anak guam kami yang bakal membina rumah.

Jika contractor melarikan diri, tidak dapat dikesan @ tidak menyiapkan rumah dalam tempoh yang digariskan di dalam perjanjian ini, anak guam boleh membawa perjanjian ini kemuka pengadilan. Perjanjian ini mengikat kedua-dua pihak untuk mengikuti garis masa dan pembinaan rumah seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian ini.

Jangan ambil mudah dan terlalu percayakan pihak satu lagi dengan tidak memasuki perjanjian seperti ini. Bukan setakat rumah tidak siap dibina, tetapi duit juga boleh dilarikan pihak satu lagi dengan tiada apa-apa perjanjian yang mengikat kedua-dua pihak.

Jom kami bantu anda untuk membuat perjanjian kontrak @ untuk bertanyakan sebutharga bagi urusan seperti ini.

Lindungi hak anda dan ambil tahu kepentingan anda di dalam Perjanjian Kontrak.

We wish you all a prosperous, healthy and Happy Diwali 🪔
24/10/2022

We wish you all a prosperous, healthy and Happy Diwali 🪔

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65dari kami.
31/08/2022

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65
dari kami.

Apabila client seusia mak ayah kita sendiri, amanah atas bahu ni ibarat tanggungjawab kita atas mak ayah kita juga. Meng...
17/08/2022

Apabila client seusia mak ayah kita sendiri, amanah atas bahu ni ibarat tanggungjawab kita atas mak ayah kita juga. Menguruskan kes pusaka tuan tanah dah meninggal dan diuruskan oleh pentadbir yang ingin menjual hartanah pusaka sememangnya bukan satu jalan kerja yang singkat.

Tambahan lagi bila hakmilik berstatus pajakan yang memerlukan lanjutan pajakan bagi melindungi kepentingan institusi kewangan yang memberi kemudahan pinjaman pada peminjam.

Sebelum perjanjian jual beli ditandatangani, terdapat proses lain perlu diselesaikan bagi membolehkan urusan diteruskan. Seperti geran hakmilik di bawah, tempoh pajakan jenis hakmilik sementara haruslah dijadikan hakmilik muktamad (Final Title). Urusan hakmilik muktamad p**a mengambil masa sehingga 6-12 bulan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak pejabat tanah. Borang permohonan boleh dilihat seperti di bawah.

Selepas hakmilik muktamad diperoleh dan lanjutan pajakan diluluskan barulah dibolehkan untuk pentadbir dan pembeli menandatangani perjanjian jual beli dan memohon untuk mendapatkan Perintah Jualan dari Mahkamah oleh kerana sebagai pentadbir harta pusaka , individu tersebut bertanggungjawab untuk memegang harta tersebut bukan untuk manfaat dirinya tetapi untuk manfaat dan kepentingan benefisiari samada ia individu atau sebaliknya.

Kesimp**an nya setiap proses jual beli hartanah bergantung kepada status hakmilik dan sejarah hakmilik tersebut. Ada yang 3@4 bulan sahaja dah boleh diselesaikan bahkan ada yang makan tahun baru boleh selesai.

Mohon Doa sentiasa moga setiap urusan dipermudahkan dan sentiasa mendapat penjelasan dari pihak Peguam dilantik untuk sebarang urusan yang diuruskan.

Boleh like dan share jika anda dapat satu ilmu baru harini 🌹

Address

PT 54676, Jalan Teras Jernang, Sungai Merab
Bangi
43650

Telephone

+60129375560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hidayu Akmar & Partners posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hidayu Akmar & Partners:

Share