01/10/2026
Satu majlis, tiga momen istimewa.
Pada 30 September 2026, Tetuan Mostadza Fahmi Hafiz & Associates telah mengadakan satu majlis jamuan khas bersama warga firma bagi meraikan beberapa detik yang cukup bermakna.
Majlis ini diadakan bagi meraikan tiga orang Pelatih Dalam Kamar yang telah berjaya menamatkan tempoh latihan mereka, iaitu:
Cik Nurul Akma Binti Mohd Sahman
Cik Syahirah Binti Johar
Encik Muhammad Firdaus Bin Azami
Dalam majlis yang sama, pihak firma turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga orang Associate Partner yang bakal meneruskan perjalanan kerjaya di luar firma, iaitu:
Puan Nurul Izzati Binti Jalal
Puan Nur Azizah Fayyadhah Binti Baharuddin
Puan Nurul Hidayatul Athirah Binti Hasmadi
Pada masa yang sama, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran dua orang Associate Partner baharu yang kini menyertai keluarga Tetuan Mostadza Fahmi Hafiz & Associates:
Encik Muhammad Adib Bin Jaafar
Puan Nurul Suhadah Binti Shuib
Pihak firma merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan, komitmen, kerjasama dan kenangan yang telah dikongsi sepanjang tempoh bersama kami.
Setiap pertemuan membawa pengalaman, setiap sumbangan meninggalkan kesan, dan setiap perpisahan membuka ruang kepada perjalanan yang baharu.
Kepada yang telah menamatkan latihan dan yang bakal melangkah ke fasa seterusnya, kami mendoakan semoga terus maju, berjaya dan cemerlang dalam perjalanan kerjaya masing-masing.
Kepada warga baharu p**a, selamat datang ke keluarga Tetuan Mostadza Fahmi Hafiz & Associates. Semoga kehadiran anda membawa semangat, pengalaman dan pencapaian baharu yang dapat kita bina bersama.
Terima kasih atas segala jasa, selamat maju jaya kepada yang meneruskan perjalanan, dan selamat datang kepada yang memulakan langkah bersama kami.
Honouring the journey. Appreciating the contribution. Welcoming new beginnings.