Siraaj Liana & Partners- Advocates & Solicitors ; Company Secretary

  • Home
  • Malaysia
  • Bangi
  • Siraaj Liana & Partners- Advocates & Solicitors ; Company Secretary

Siraaj Liana & Partners- Advocates & Solicitors ; Company Secretary PRACTICES AREA
1.Corporate Agreement
2. Pengurusan Pusaka, Hibah dan Wasiat (Muslim dan Bukan Muslim)
3. Property, Real Estate & Finance
4.

Litigation & Dispute Res

Alhamdulillah, pendaftaran bagi Kursus Asas Pengurusan Pusaka β€” Pengurusan Dokumen & Peranan Waris kini telah PENUH! πŸŽ‰Se...
04/08/2026

Alhamdulillah, pendaftaran bagi Kursus Asas Pengurusan Pusaka β€” Pengurusan Dokumen & Peranan Waris kini telah PENUH! πŸŽ‰

Seramai 50 peserta akan bersama kami dalam sesi esok untuk memahami dokumen penting berkaitan pusaka, peranan waris serta persediaan awal yang boleh membantu memudahkan urusan keluarga.

Terima kasih atas sambutan dan kepercayaan yang diberikan kepada Siraaj Liana & Partners.

Kepada semua peserta yang telah berdaftar, pastikan anda telah menerima pautan Google Meet dan menyertai kumpulan WhatsApp kursus.

Jumpa esok, 5 Ogos 2026, jam 5.00 hingga 6.00 petang bersama Nor Liana Ali 😊

🚨 DAH TANDA TANGAN KONTRAK TAPI TAK BACA? RAMAI PEMILIK SYARIKAT KENA "MAKAN" ATAS PERJANJIAN YANG DIORANG SENDIRI TANDA...
31/07/2026

🚨 DAH TANDA TANGAN KONTRAK TAPI TAK BACA? RAMAI PEMILIK SYARIKAT KENA "MAKAN" ATAS PERJANJIAN YANG DIORANG SENDIRI TANDATANGAN.

Saya ada satu cerita.

Semalam, seorang Tuan telefon saya. Dia kata β€” "Siraaj, saya dah tandatangan perjanjian dengan supplier baru. Tapi lepas dua bulan, harga naik, barang tak sampai, dan BANG β€” saya TERIKAT. Ada apa-apa jalan tak?"

Malangnya, bila kontrak dah sign, jalan memang sempit.

Sebagai peguam yang uruskan kontrak perniagaan setiap hari, saya nampak satu pattern yang sama:
❌ Pemilik syarikat tanda tangan tanpa faham klausa-klausa kritikal
❌ "Dah biasa, kontrak standard je" β€” RUPANYA ada perangkap
❌ Baru sedar lepas masuk perangkap β€” dah terlambat

Bila kontrak dah termeterai, pihak satu lagi boleh pegang kat tandatangan Tuan. Mahkamah akan kata β€” "Tuan dah setuju, kena abide."

Sebab tu saya nak ajar secara PERCUMA dalam sesi NTW ni.

πŸ“Œ APA YANG TUAN AKAN BELAJAR:
βœ… 5 klausa kritikal dalam kontrak perniagaan yang ramai pemilik syarikat terlepas pandang
βœ… Cara paling mudah nak protect diri sebelum tanda tangan
βœ… Bila kontrak "standard" sebenarnya tak standard langsung
βœ… Red flag β€” satu ayat dalam kontrak yang buatkan Tuan rugi
βœ… Siapa yang kena sign β€” dan apa kuasa setiap signature

Telefon dah berdering setiap hari.

Dalam masa beberapa hari je β€” 40 orang dah penuh.

Ramai yang dah WHATSAPP β€” "Bos, ada extra slot tak? Saya baru nampak post ni..."

Saya dah buka pendaftaran TAMBAHAN.

πŸ“… 7 Ogos 2026 (Jumaat) | 5:00 - 6:00 petang
πŸ’» Google Meet | PERCUMA (NTW/HRD Corp)
πŸ‘€ Trainer: Siraaj Muneer Bin Abdul Karim

Nak join extra slot?
Komen KONTRAK atau terus WhatsApp kami:
https://wa.me/60129300054?text=Nak%20join%20kursus%20kontrak%207%20Ogos

Pihak kami akan add Tuan dalam senarai.

29/07/2026

PRACTICE DIRECTIVE 11/2026: SERAH SIMPAN MAKLUMAT PEMEGANG SAHAM DAN SYER SYARIKAT

Syarikat tempatan dan syarikat asing yang berdaftar dengan SSM dikehendaki menyerah simpan maklumat pemegang saham dan saham syarikat kepada Pendaftar.

Serah simpan Borang PD 11/2026 boleh dikemukakan di Ibu Pejabat SSM atau mana-mana pejabat negeri SSM tanpa fi, mulai 14 Julai 2026 hingga 14 Januari 2027.

Layari dokumen penuh di:
https://www.ssm.com.my/Pages/Legal_Framework/Document/PD%2011_2026_140726.pdf

RM300 kursus pusaka β€” PERCUMA. Dah penuh 35 orang. Tapi kami buka EXTRA SLOT.Minggu lepas, seorang puan hubungi kami.β€œTu...
29/07/2026

RM300 kursus pusaka β€” PERCUMA. Dah penuh 35 orang. Tapi kami buka EXTRA SLOT.

Minggu lepas, seorang puan hubungi kami.

β€œTuan, mak mertua saya meninggal 3 tahun lepas. Ada tanah di Selangor. Sampai sekarang kami 5 beradik masih tak tahu nak mula dari mana.”

Masalah utama selalunya bukan sebab tiada harta.
Bukan juga sebab tiada waris.

Masalah sebenar ialah ramai keluarga langsung tidak faham proses pengurusan pusaka.

Ramai ingat semua kes mesti pergi mahkamah dan kosnya mahal.
Padahal, bagi banyak kes pusaka orang Islam di bawah RM5 juta, proses biasanya dibuat melalui Pejabat Pusaka Kecil.

Bila ilmu tak sampai, harta tertangguh.
Bila harta tertangguh, keluarga boleh mula tertekan dan berselisih.

Sebab itu kami buka:

βœ… KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAKA
πŸ‘€ Trainer: Nor Liana Ali | SLP Lawyers
πŸ†“ PERCUMA (RM300 β€” tajaan khas)
πŸ“… 5 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ•” 5.00 petang – 6.00 petang
πŸ’» Google Meet

❗ 35 slot asal sudah penuh.
Kami buka EXTRA SLOT khas untuk yang betul-betul nak belajar.

Jika anda nak join:

Nak sertai pendaftaran tambahan?

Komen PUSAKA atau terus WhatsApp kami:
https://wa.me/60129300054?text=Nak%20join%20extra%20slot%20kursus%20pusaka%205%20Ogos

Pihak kami akan bantu sahkan penyertaan dan hantar maklumat sesi.

Pendaftaran tambahan dibuka sekarang dan akan ditutup sebelum sesi bermula.

Kebocoran data pelanggan bukan hanya isu IT. Ia boleh mendedahkan perniagaan kepada risiko undang-undang, kehilangan kep...
28/07/2026

Kebocoran data pelanggan bukan hanya isu IT. Ia boleh mendedahkan perniagaan kepada risiko undang-undang, kehilangan kepercayaan pelanggan dan gangguan operasi.

Lima kawalan asas yang patut disemak oleh setiap organisasi:

1. Polisi perlindungan data
2. Kawalan akses pekerja
3. SOP pengendalian data
4. Latihan kakitangan
5. Pelan tindak balas insiden

Jika anda tidak pasti sama ada kawalan asas ini sudah wujud atau dilaksanakan dengan betul, komen RISK di ruangan komen.

SLP menawarkan konsultasi percuma dengan semakan asas secara lisan sahaja. Ia tidak termasuk pandangan atau nasihat undang-undang bertulis.

Isu siasatan JPDP terhadap dakwaan kebocoran data pelanggan menjadi peringatan kepada semua organisasi.Ramai pemilik bis...
27/07/2026

Isu siasatan JPDP terhadap dakwaan kebocoran data pelanggan menjadi peringatan kepada semua organisasi.

Ramai pemilik bisnes menyimpan nombor telefon, nombor pengenalan, alamat dan e-mel pelanggan, tetapi masih belum mempunyai dasar perlindungan data, SOP dalaman atau pelan tindak balas sekiranya berlaku kebocoran.

Apabila insiden berlaku, persoalannya bukan sekadar siapa yang bersalah. Organisasi juga perlu menunjukkan bahawa langkah yang munasabah telah diambil untuk melindungi data pelanggan.

Kepercayaan pelanggan dibina bertahun-tahun, tetapi boleh hilang dalam sekelip mata.

Jika perniagaan anda masih belum menyemak tahap pematuhan PDPA, sekarang ialah masa yang sesuai untuk bertindak.

Pengarah Kena Dakwa CBT RM1 Juta. AMLA Pun Kena. Bukan Main-main.Semalam eLaw keluarkan Issue 30 β€” kes utama minggu ni: ...
24/07/2026

Pengarah Kena Dakwa CBT RM1 Juta. AMLA Pun Kena. Bukan Main-main.

Semalam eLaw keluarkan Issue 30 β€” kes utama minggu ni: PP v. Syed Saddiq.

Beliau adalah bekas ketua sayap pemuda sebuah parti politik. Didakwa atas:
- 1 tuduhan CBT (pecah amanah jenayah) β€” arah bendahari keluarkan RM1 juta tanpa kelulusan majlis tertinggi
- 1 tuduhan salah guna harta RM120,000 β€” dana kempen politik
- 2 tuduhan AMLA (pengubahan wang haram) β€” pindah RM100,000 ke akaun peribadi

Court of Appeal bebaskan. Federal Court kekalkan.

Tapi pengajaran untuk pengarah dan pemimpin organisasi:

1. Setiap sen dana organisasi kena ada kelulusan bertulis. Kalau tak, boleh jadi CBT.
2. "Saya ingat saya boleh" β€” bukan alasan. Seksyen 406 Kanun Keseksaan tunggu.
3. AMLA tak pandang bulu. RM100,000 pindah ke akaun peribadi dah cukup jadi kes.
4. Constitution/Perlembagaan organisasi kena jelas β€” apa kuasa pengarah, apa perlu kelulusan board.

Ini bukan kes terpencil. Setiap tahun ada pengarah syarikat didakwa atas kesalahan sama. Bezanya β€” diorang tak dapat liputan media nasional.

SLP tolong pengarah dan organisasi bina benteng sebelum kena:
βœ“ Shareholders Agreement yang jelas
βœ“ Board resolution untuk setiap transaksi besar
βœ“ AML compliance framework
βœ“ SOP kewangan organisasi

Komen GOVERNANCE kalau nak checklist 5 dokumen wajib untuk lindung pengarah.

**Privasi Statement Bukan Polisi. Staff Bocor, Awak Yang Kena.**Semalam viral β€” Khairul Aming kena.Seorang staff ambil g...
22/07/2026

**Privasi Statement Bukan Polisi. Staff Bocor, Awak Yang Kena.**

Semalam viral β€” Khairul Aming kena.

Seorang staff ambil gambar skrin bil telefon peribadi dia. Upload kat Threads. Nombor, jumlah tertunggak, semua orang nampak.

Maxis dah kenal pasti individu tu. MCMC dah siasat. Menteri sendiri turun.

Tapi siapa yang akan kena paling berat? Bukan staff tu. Syarikat telekomunikasi tu.

Β§99 PDPA 2010 β€” denda RM300,000, penjara, atau kedua-duanya. Walaupun leak dari pekerja bawahan, liabiliti tetap atas organisasi.

Ini yang saya nampak setiap kali review polisi PDPA client.

Ramai ingat mereka dah ada polisi β€” 1/10. Fail.

Sebab apa yang ada pada mereka?

"Kami komited melindungi data peribadi anda..."

Tu privasi statement. Bukan polisi.

Lagi satu yang ramai tak sedar β€” apa itu data peribadi.

Ada orang fikir nama je. Atau IC.

Hakikatnya: nama penuh, no IC, alamat rumah, no telefon, emel, gambar, rekod perubatan, penyata bank, lokasi masa nyata, alamat IP, cap jari, status perkahwinan, agama, sejarah pembelian, maklumat keluarga. Semua sekali.

Setiap hari kita record, simpan, hantar tanpa sedar.

Bila saya tanya client:

"Macam mana staff awak handle data-data ni?"
"USB port terbuka?"
"Staff boleh login Google Drive peribadi kat laptop kerja?"
"Bila dispose data, shred ke buang dalam tong sampah?"

Diam.

Sebab polisi sebenar bukan satu mukasurat. Di SLP, yang kami bina ada lebih 20 kawalan.

Fizikal: CCTV kat server room, kad akses biometrik, padam USB hub, SOP dispose data shredding wipe destruction cert.

Digital: Larangan login personal cloud, access tier staff biasa tak sentuh data client, audit trail siapa IP mana jam berapa, auto-purge data lapuk, device management phone company lock remote wipe.

Bila saya siapkan polisi untuk client, bukan dokumen saya bagi. Sistem pertahanan β€” macam pasang CCTV sebelum pecah masuk. Bukan lepas kena curi.

Ini kerja saya. Bukan iklan.

Nak tahu polisi korang lulus ke gagal? Komen PDPA. Saya share 5 kawalan paling kritikal yang paling kerap missed.

Pernah terfikir kenapa non-compete clause penting dalam kontrak pekerja? πŸ‘€ Bayangkan, anda baru sahaja melatih seorang p...
22/07/2026

Pernah terfikir kenapa non-compete clause penting dalam kontrak pekerja? πŸ‘€ Bayangkan, anda baru sahaja melatih seorang pekerja dengan kemahiran unik yang sukar didapati. Tanpa non-compete clause, pekerja ini boleh sahaja meninggalkan syarikat dan terus bekerja dengan pesaing anda, membawa sekali semua rahsia perniagaan anda. Risiko besar, kan?

Non-compete clause melindungi kepentingan perniagaan anda dengan mengehadkan pekerja daripada bekerja dengan pesaing atau memulakan perniagaan sendiri dalam bidang yang sama untuk tempoh tertentu. Ini memberikan anda masa untuk melindungi posisi pasaran anda dan mengembangkan strategi baru.

Namun, berhati-hati juga β€” non-compete clause perlu dirangka dengan berhati-hati supaya tidak melanggar hak pekerja untuk mencari rezeki. Imbangan antara perlindungan perniagaan dan hak pekerja mesti dipastikan.

Take action: Semak semula kontrak pekerja anda hari ini dan pastikan non-compete clause anda memadai dan sah di sisi undang-undang.

Nak tahu lebih lanjut? DM kami untuk konsultasi lanjut.

21/07/2026

PENALTI LEWAT FAIL ANNUAL RETURN β€” BERAPA BANYAK KOSNYA?

Satu hari lewat fail Annual Return β€” berapa ringgit sebenarnya kos yang anda tanggung?

SSM mengenakan kompaun untuk kelewatan memfailkan Annual Return. Kadar kompaun adalah RM500 bagi setiap bulan atau sebahagian bulan kelewatan β€” bermakna lewat sehari pun dikira sebulan.

Contoh: Jika syarikat lewat 3 bulan, kompaun minimum RM1,500. Tapi kompaun boleh meningkat jika syarikat mempunyai rekod kelewatan sebelumnya.

Kelewatan Annual Return bukan hanya kompaun β€” ia melibatkan liabiliti peribadi pengarah.

Biarkan pasukan kami uruskan Annual Return anda. Booking konsultasi percuma sekarang.

Address

No. 42A-2, Jalan Bangi Avenue 1/8, Taman Bangi Avenue
Bangi
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siraaj Liana & Partners- Advocates & Solicitors ; Company Secretary posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Siraaj Liana & Partners- Advocates & Solicitors ; Company Secretary:

Share