03/11/2021
Soalan : kenapa pelajar upnm yg membunuh kawannya tanpa sengaja dipenjara 18 tahun.. sedangkan pandu lawan arus pun membunuh tanpa sengaja juga dan dipenjara 5 tahun.
Jawapan:
Pemandu gadis muda Ng Pei Ven menyebabkan kematian, 6 pelajar UPNM menyebabkan kematian, kenapa pelajar dipenjarakan 18 tahun, manakala sdri Ng baru 5 tahun?
Pertama sekali, dalam posting saya 3 hari lalu, saya telah mengatakan pendirian peribadi saya bahawa 5 tahun itu kurang sangat, namun saya menghormati keputusan Mahkamah.
Dalam perundangan jenayah secara am, Pendakwaraya haruslah membuktikan dua intipati utama :
1.) Mens Rea / Niat untuk melakukan kesalahan
2.) Actus Reus / kelakuan kesalahan
Sdri Ng disabit hukuman bawah S41 Akta JPJ manakala 6 Pelajar UPNM disabit hukuman bawah S 304 Kanun Keseksaan.
Dua-dua Seksyen ini melibatkan β Cuai β, tetapi gunakan bahasa senang faham, niat mereka lain.
Sdri Ng tidak berniat untuk mencederakan siapa-siapa, tetapi memandu lawan arus secara cuai dan lalai yang menyebabkan kematian.
6 Pelajar UPNM mempunyai niat untuk mencederakan mangsa, tetapi tanpa niat untuk membunuh. Mereka melakukan kesalahan terhadap mangsa tersebut dan menyebabkan kematian.
Kalau terbukti ada niat membunuh, maka mereka akan disabit bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Formula mudah :-
1.) Tiada niat untuk mencederakan dan tiada kesalahan lain tetapi menyebabkan kematian = tidak bersalah ( Kes Sam Ke Ting / kes basikal lanjak )
2.) Tiada niat untuk mencederakan tetapi menyebabkan kematian atas kesalahan yang lain ( contoh -memandu lawan arus ) = cuai = hukuman lebih ringan ( Kes Ng Pei Ven )
3.) Ada niat untuk mencederakan dan menyebabkan kematian = hukuman lebih berat ( Kes Pelajar UPNM)
4.) Ada niat untuk membunuh dan menyebabkan kematian = hukuman gantung sampai mati ( Kes Sosilawati)
βββββββββββββββββββββ-
Ulasan Apek Cina
Telegram : https://t.me/ulasanapekcina
YouTube : https://youtube.com/c/ApekCina
Facebook : https://Facebook.com/sergeant_roy
Twitter : www.twitter.com/apekcina9
Instagram : www.Instagram.com/apekcina_official