Peguam Syarie: Muhammad Hanafi

Peguam Syarie: Muhammad Hanafi PEGUAM SYARIE | PERUNDING KELUARGA | PENGURUSAN FARAID, WASIAT & HIBAH.

Selesai sebutan kes Perceraian dan Tuntutan Nafkah Anak.Pihak-pihak setuju berpisah secara baik dan rekodkan persetujuan...
08/04/2026

Selesai sebutan kes Perceraian dan Tuntutan Nafkah Anak.

Pihak-pihak setuju berpisah secara baik dan rekodkan persetujuan nafkah anak sebagai perintah.

Meskipun berpisah hubungan tetap baik dan yang paling penting kebajikan anak tidak diabaikan.





3 Kes tuntutan Perceraian hari ni mewakili isteri-isteri tersakiti di MRS Hulu Langat.1 kes selesai, 2 lagi kes tangguh ...
15/01/2026

3 Kes tuntutan Perceraian hari ni mewakili isteri-isteri tersakiti di MRS Hulu Langat.

1 kes selesai, 2 lagi kes tangguh pada tarikh lain untuk prosiding selanjutnya.

Kahwin dengan cara baik, nak berpisah juga sepatutnya dengan cara yang baik. Bukan nak kahwin saja pakai modal, nak bercerai juga banyak modalnya.

Tuntutan Perceraian S.47 ✅Tuntutan Hadhanah ✅Tuntutan Kebenaran berpoligami ✅Selesai 3 kes di Mahkamah Syariah WP Putraj...
14/01/2026

Tuntutan Perceraian S.47 ✅

Tuntutan Hadhanah ✅

Tuntutan Kebenaran berpoligami ✅

Selesai 3 kes di Mahkamah Syariah WP Putrajaya hari ni.

Alhamdulillah ada penyelesaian bagi tuntutan Hadhanah, bagi tuntutan Perceraian dan Poligami tangguh pada tarikh lain bagi prosiding seterusnya.

29/09/2025
Ibu dapat hak jagaan anak.Bapa dapat hak melawat, bersama dan bermalam dengan anak.Selesai kes Hadhanah hari ni di MTS S...
25/09/2025

Ibu dapat hak jagaan anak.
Bapa dapat hak melawat, bersama dan bermalam dengan anak.

Selesai kes Hadhanah hari ni di MTS Shah Alam mewakil pihak ibu.

Alhamdulillah ini kes ketiga yang selesai secara baik dan ada persetujuan bersama dalam minggu ini.





30 tahun perkahwinan.Akhirnya ikatan suami isteri terlerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.Suami setuju lepaskan...
23/09/2025

30 tahun perkahwinan.
Akhirnya ikatan suami isteri terlerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Suami setuju lepaskan anakguam secara baik.

Bukan keputusan yang mudah buat isteri, tapi inilah yang terbaik setelah pengorbanan dan perjuangan isteri tidak dihargai.

Moga yang baik-baik saja buat mereka berdua.




RM40,000 Mutaah.Alhamdulillah selesai kes hari ni di MRS Hulu Langat. Pihak bekas suami setuju memberikan RM40,000 sebag...
22/09/2025

RM40,000 Mutaah.

Alhamdulillah selesai kes hari ni di MRS Hulu Langat. Pihak bekas suami setuju memberikan RM40,000 sebagai bayaran Mutaah kepada anakguam.

Hidup lebih tenang jika masing-masing bersungguh dan berikan kerjasama untuk selesaikan pertikaian secara damai.





Selesai sebutan kes tuntutan Nafkah Anak mewakili bapa selaku Plaintif di MRS Ampang.Dalam kes nafkah anak mahkamah akan...
18/08/2025

Selesai sebutan kes tuntutan Nafkah Anak mewakili bapa selaku Plaintif di MRS Ampang.

Dalam kes nafkah anak mahkamah akan ambil kira keperluan anak dan kemampuan bapa bukan ikut kehendak ibu.





Restu Bapa.Apa jua keadaan sekali pun bapa tetap bapa, dan bapa tetap wali kepada anak perempuannya. Bapa tetap mahu yan...
14/08/2025

Restu Bapa.

Apa jua keadaan sekali pun bapa tetap bapa, dan bapa tetap wali kepada anak perempuannya.

Bapa tetap mahu yang terbaik buat anak.

Tugas peguam bukan sahaja bantu anakguam di dalam Mahkamah, tapi perlu juga nasihat perbuatan dan tindakan anakguam diluar Mahkamah.

Selesai perbicaraan tuntutan Wali Enggan hari ni mewakili bapa di MRS Hulu Langat.




Selesai kes Perceraian pagi tadi mewakili pihak isteri.Pihak-pihak setuju bercerai secara baik dan saling bermaafan.
05/08/2025

Selesai kes Perceraian pagi tadi mewakili pihak isteri.

Pihak-pihak setuju bercerai secara baik dan saling bermaafan.

Selesai 3 kes hari ni di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.1. Tuntutan Mutaah ✅2. Tuntutan Cerai ✅3. Tuntutan Wali Eng...
31/07/2025

Selesai 3 kes hari ni di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

1. Tuntutan Mutaah ✅
2. Tuntutan Cerai ✅
3. Tuntutan Wali Enggan ✅

Kesemua kes ini mewakili pihak lelaki. Lelaki juga berjuang dan berkorban.

Address

Bangi Gateway
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Muhammad Hanafi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share