24/08/2026
Rutin sebagai Peguam Syarie
Semalam di Mahkamah Daerah S*k, urusan kes berjalan seperti biasa sebutan nafkah, eddah & mutaah.
Harini perbicaraan tuntutan harta sepencarian & hadanah ditangguhkan pagi ini , Yang Arif Hakim tidak sihat. Didoakan semoga Yang Arif kembali sihat & dipermudahkan segala urusan.
Anak-anak guam hadir ambil tarikh sebutan saja. Alhamdulillah, semuanya lancar dan selesai awal. Sempat jugak saya ke program sekolah anak. ❤️
Hari ini jugak ditetapkan keputusan bagi satu kes tuntutan ubah perintah hak jagaan anak. Saya mewakili pihak Defendan, iaitu bapa kandung kepada anak2 tersebut.
Alhamdulillah, keputusan memihak kepada anak guam sy. Dua Kali tuntutan dikemukakan. Bertahun-tahun lawan di Mahkamah Tinggi Syariah. Berulang alik anak guam hadir dari jauh. Akhir nya keputusan hari ini, Mahkamah mengekalkan hak jagaan anak² kepada bapa kandung.
Antara alasan Mahkamah ,Plaintif gagal membuktikan Defendan hilang kelayakan sebagai penjaga & gagal membuktikan berlaku perubahan matan yg memerlukan Mahkamah mengubah perintah hadanah yg telah dibuat sebelum ini.
Setiap kes ada fakta dan keadaan yang berbeza. Harini kita Defendan esok lusa kita wakili Plaintif p**ak. Begitu lah. Bagi saya, apa-apa permohonan sekalipun, mesti ada ground dan asas yang kukuh. Bukan sekadar memohon perubahan, tetapi perlu dibuktikan kenapa perintah sedia ada perlu diubah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hak dan kebajikan anak-anak.
P/s gambar sekadar hiasan!