10/06/2024
Sebelah PAGI saya ke mahkamah utk Failing Hak Jagaan Anak. Anakguam setuju menyerahkan hak jagaan penuh pada ex husband. dia just nak ambik hak akses sahaja. pengorbanan seorang ibu. sebab apa dia bagi hak jagaan pada ex husband? sebab tak mau bergaduh..so dia decide nak detailkan hak akses supaya dia blh pantau anak dia sekerap yang mungkin..so kami discuss and detailkan hak akses..semoga ex husband anak guam saya bersetuju dengan tuntutan hak akses tersebut.
sebelah PETANG pulak ke mahkamah untuk tarik kes Fasakh. kenapa tarik kes? Alhamdulillah saya kira saya berjaya selamatkan rumah tangga yang mencecah usia 38 tahun. siapa saya untuk nasihat mereka yang sebaya dan seusia mak ayah saya. tapi alhamdulillah setelah berbincang untuk kesekian kalinya dengan Si Suami anak guam, si suami berjanji akan berubah dan anak guam setuju tarik kes dengan beberapa syarat. semoga hubungan rumah tangga anak guam dan suaminya bahagia hingga akhir hayat. semoga Allah beri mawaddah dan rahmah dalam keluarga kita semua..
Si suami berulang kali ucap terima kasih sebab menjadi "orang tengah" dan selamatkan rumah tangga dia..semoga ada sinar utk peluang kedua yang si isteri berikan.
"BAHAGIA KITA BILA ADA YANG LEBIH BAHAGIA DARI KITA"