Fariz Halim & Co Kedah

Fariz Halim & Co Kedah FALCOLaw Kedah : Khidmat Guaman, Civil Litigation, Real Estate, Hibah Pusaka Wasiat Etc.

Alhamdulillah. Hari ni peguam kami Puan Adilla menghadiri satu kes bagi hak jagaan anak mewakili si ibuMahkamah memutusk...
08/09/2025

Alhamdulillah.
Hari ni peguam kami Puan Adilla menghadiri satu kes bagi hak jagaan anak mewakili si ibu

Mahkamah memutuskan hak jagaan kekal diberikan kepada si ibu

Alhamdulillah 😊

PINDAAN KEPADA SENARAI ASET SELEPAS GERAN MENGENAI SURAT KUASA MENTADBIR DIPEROLEH DILULUSKAN!DI DALAM MAHKAMAH TINGGI A...
02/06/2025

PINDAAN KEPADA SENARAI ASET SELEPAS GERAN MENGENAI SURAT KUASA MENTADBIR DIPEROLEH DILULUSKAN!

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR: Pihak Peguam dalam permohonan pindaan senarai aset telah berjaya memperoleh perintah untuk meminda senarai aset bagi memasukkan senarai aset yang tertinggal. Pindaan ini dibuat adalah selepas Geran mengenai surat kuasa diperoleh kerana waris-waris si mati baru mendapat maklum dan / serta penemuan baru berkenaan masih terdapat harta Si Mati.

Pindaan tersebut dibuat bagi membolehkan aset-aset yang tertinggal diberi kesan sepenuhnya di bawah surat kuasa mentadbir.

KES PUSAKA MELIBATKAN 10 RELONG TANAH DI YAN SELESAI!Alhamdulilah, pada bulan lalu melalui sesi bicara pusaka di Yan, Ke...
02/06/2025

KES PUSAKA MELIBATKAN 10 RELONG TANAH DI YAN SELESAI!

Alhamdulilah, pada bulan lalu melalui sesi bicara pusaka di Yan, Kedah, suatu perintah pembahagian telah diperoleh di mana kesemua waris-waris bersetuju untuk turun milik pembahagian secara sama rata antara waris-waris.

Tahniah kami ucapkan kepada team falcolaw dan kesemua waris yang memberi komitmen yang baik. Ini dilihat apabila kerjasama yang baik diberikan kepada peguam sepanjang kes, segala yang rumit menjadi mudah.

PEMBAHAGIAN PUSAKA SELESAI WALAUPUN WARIS DALAM PENJARA!Alhamdulilah, kami recap kembali bicara pada penghujung bulan la...
25/05/2025

PEMBAHAGIAN PUSAKA SELESAI WALAUPUN WARIS DALAM PENJARA!

Alhamdulilah, kami recap kembali bicara pada penghujung bulan lalu di mana suatu permohonan pembatalan pentadbir telah dibenarkan dan perintah pembahagian pusaka telah diperoleh melalui borang E.

Dalam kes ini, walaupun seorang waris berada di dalam penjara bagi kesalahan dadah merbahaya, perkara ini tidak menghalang pihak peguam memberikan penjelasan dan seterusnya mendapatkan persetujuan daripada tahanan di dalam penjara tersebut melalui borang DDA sekaligus membantu menyelesaikan pembahagian pusaka kepada waris-waris yang berhak.

PERLANTIKAN WASI MELALUI GERAN PROBATE SELESAI! Syukur, selepas pendengaran di hadapan Tuan Eric di Mahkamah Tinggi Sivi...
29/04/2025

PERLANTIKAN WASI MELALUI GERAN PROBATE SELESAI!

Syukur, selepas pendengaran di hadapan Tuan Eric di Mahkamah Tinggi Sivil Pulau Pinang dan perolehan perintah seperti dipohon seterusnya geran probate dalam kes ini dikeluarkan pada April baru ini.

Bagi memudahkan proses pindah milik atau pendaftaran harta alih dan tak alih seterusnya geran probate dan dokumen berkaitan akan diakui sah bagi memudahkan proses pencairan aset. Teamfalcolaw akan uruskan segala proses berkenaan dari A to Z dengan cepat bagi memudahkan urusan semua pihak.

Tahniah dan syabas kepada anakguam yang sentiasa komited dan harapan tinggi kami bagi wasi untuk terus meneruskan pengurusan harta si mati dengan sebaiknya.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami!

KES PUSAKA DI YAN MELIBATKAN HARTA ALIH DAN TAK ALIH SELESAI!Harta pusaka si mati mencecah nilaian 1 juta ringgit meliba...
25/04/2025

KES PUSAKA DI YAN MELIBATKAN HARTA ALIH DAN TAK ALIH SELESAI!

Harta pusaka si mati mencecah nilaian 1 juta ringgit melibatkan harta alih dan harta tidak alih telah diselesaikan secara pembahagian faraid ke atas hartanah-hartanah tersebut dan takharuj (penolakan) bagi harta tidak alih atas kesepakatan dan muafakat waris-waris pada bicara Mac 2025 yang lalu.

Terima kasih kepada waris-waris atas kepercayaan yang diberikan untuk khidmat kami. Kami akan pastikan pendaftaran ke atas geran diturun milik kepada nama waris-waris yang berhak seperti yang diperintahkan pada sidang bicara.

TUNTUTAN SAMAN FITNAH KE ATAS ANAKGUAM KAMI BERPIHAK DENGAN KEMENANGAN!Kami yang telah mewakili dan bertindak kepada ana...
25/04/2025

TUNTUTAN SAMAN FITNAH KE ATAS ANAKGUAM KAMI BERPIHAK DENGAN KEMENANGAN!

Kami yang telah mewakili dan bertindak kepada anak guam kami selaku Defendan telah disaman untuk tuntutan ganti rugi sebanyak RM 800,000.00 dan pembelaan Anakguam adalah berdasarkan justifikasi dan komen yang adil. Walaubagaimanapuan, Hakim mahkamah Sesyen telah menolak tuntutan Plaintif pada 24 Mac 2025 lalu.

Syabas diucapkan kepada teamfalcomlaw litigation dan Anakguam atas komitmen yang diberikan sepanjang proses kes berlangsung.

Kami dengan setulus hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang m...
30/03/2025

Kami dengan setulus hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang meraikan!

تقبل الله منا ومنكم

NOTIS PENUTUPAN FIRMA KAMI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI ✨✨✨
28/03/2025

NOTIS PENUTUPAN FIRMA KAMI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI ✨✨✨

Alhamdulillah. Permohonan dibuat pada bulan 8/2024.. Januari 2025 diluluskan.Hartanah yang akan dibangunkan pusat pengaj...
07/03/2025

Alhamdulillah. Permohonan dibuat pada bulan 8/2024.. Januari 2025 diluluskan.

Hartanah yang akan dibangunkan pusat pengajian dan tahfiz di negeri Utara serta pusat pengajian bagi setiap peringkat umur.

Permohonan anakguam dari sebuah pertubuhan untuk diisytihar “Melayu” bagi membolehkan pemilikan Tanah Rezab Melayu.

Antara syarat permohonan, wajib keseluruhan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan adalah terdiri dari Melayu 100%.

Tanah Rezab Melayu tak banyak mana dah. Siapa yang masih ada, jaga sebaiknya.

Ada 2 lagi permohonan sedang dan akan dibuat. Insyallah semoga dipermudahkan usaha kami dan anak guam untuk terus menjaga Tanah Rezab Melayu terus kekal kepada Melayu

Salam Ramadhan Kareem buat semua Muslimin Muslimat😊
01/03/2025

Salam Ramadhan Kareem buat semua Muslimin Muslimat😊

Kes Kecuaian Tort Diselesaikan!Alhamdulillah, satu lagi kes kecuaian melibatkan objek terjatuh menimpa anak guam berjaya...
24/02/2025

Kes Kecuaian Tort Diselesaikan!

Alhamdulillah, satu lagi kes kecuaian melibatkan objek terjatuh menimpa anak guam berjaya diselesaikan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada team falcolaw untuk mewakili dan memperjuangkan hak anda hingga ke akhirnya.

Syabas kepada anak guam yang berani menuntut keadilan serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses ini.

Keadilan ini milik anda!


Address

No. 65, Tingkat Atas, Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:30
Tuesday 09:00 - 05:30
Wednesday 09:00 - 05:30
Thursday 09:00 - 05:30
Friday 09:00 - 05:30
Sunday 09:00 - 05:30

Telephone

+601164565728

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fariz Halim & Co Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Fariz Halim & Co Kedah:

Share