Hafizah Hanapi, Ruzaila Yaacob & Co

Hafizah Hanapi, Ruzaila Yaacob & Co A legal firm located in Alor Setar, Kedah. Expert in conveyancing matters (property), civil litigation,probate and administration of property (pusaka).

Salam Aidil Adha buat seluruh muslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada.Buat anak rantau yang pulang ke kampun...
26/05/2026

Salam Aidil Adha buat seluruh muslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada.

Buat anak rantau yang pulang ke kampung, moga sentiasa utamakan keselamatan..selamat sampai ke destinas..amin..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T..Akhirnya selesai satu perjuangan penuh s**a duka, dan dengan ini pihak kami in...
10/05/2026

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T..

Akhirnya selesai satu perjuangan penuh s**a duka, dan dengan ini pihak kami ingin mengumumkan secara rasminya bahawa firma guaman ini akan mula memberi perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah untuk masyarakat setempat yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Perjalanan ini tak mudah, penuh pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Namun, ia terasa berbaloi jika ia memberi nilai tambah pada kemajuan diri khususnya dan manfaat pada masyarakat setempat secara amnya.

Terima kasih pada seluruh keluarga, sahabat handai yang banyk memberi sokongan dan mendoakan di sepanjang perjalanan ini, moga Allah balas dengan segala kebaikan.

Jika sahabat memerlukan perkhidmatan ini, jemput hadir ke pejabat saya di Alor Setar.

Sebagai Pesuruhjaya Sumpah yang telah dilantik secara rasmi saya amat berbesar hati untuk berkhidmat dan menjadi pemudah cara buat sahabat sekalian dan akan mencuba sebaik mungkin memberi perkhidmatan selaras dgn peruntukan undang-undang dan pekeliling terkini..

in syaa Allah..

sokongan dri sahaat semua amat saya hargai🥰

Anis
Peguambela & Peguamcara
Pesuruhjaya Sumpah (Alor Setar, Kedah)

Ramadhan menjelma lagi..Alhamdulillah..Moga kita dapat memanfaatkan bulan mulia ini dengan sebaiknya..Ampun dan maaf dip...
18/02/2026

Ramadhan menjelma lagi..Alhamdulillah..

Moga kita dapat memanfaatkan bulan mulia ini dengan sebaiknya..

Ampun dan maaf dipohon atas segala salah dan silap..🙏🙏

Assalamualaikum..lama tak update page office..Cerita pagi ni..ada meeting dengan client di office..hadir bersama experie...
22/09/2025

Assalamualaikum..lama tak update page office..

Cerita pagi ni..ada meeting dengan client di office..hadir bersama experience QS utk consultation bersama..

First meeting, moga ada jalan penyelesaian terbaik..

17/04/2025

Hmmm...klu nk buat house refinancing utk consolidation purposes tu kena dapatkan advise dr banker ya..

policy baru bank ni wajib diberi perhatian..takut salah perkiraan nanti menambah beban hutang pulak..
.........................................................…..

Harapnya masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat semua.🎊🎊🥰

Moga syawal ini membawa lebih barokah dan kebahagian buat kita semua..amin🥰🤲

Salam Aidil Fitri dari kami🎀
31/03/2025

Salam Aidil Fitri dari kami🎀

Assalamualaikum dan selamat pagi buat  semua sahabat di FB..moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Ilahi..amin..Sediki...
16/12/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua sahabat di FB..moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Ilahi..amin..

Sedikit perkongsian mengenai proses menandatangani dokumen-dokumen pembiayaan LPPSA.

Setelah permohonan pembiayaan diluluskan oleh LPPSA maka pihak peguam akan menyediakan semua dokumen berkaitan untuk ditandatangani oleh client.

Semua dokumen tersebut hendaklah ditandatangani oleh client di hadapan peguam.

Jadi, kerjasama daripada kedua-dua pihak adalah penting bagi membolehkan urusan ini berjalan lancar dan mengelakkan delay yang terlalu lama.

Dalam kes ini, client merupakan kakitangan kerajaan di sektor kesihatan jadi masa sangat mencemburui..namun client sangat memberi kerjasama dan memudahkan sgala urusan.

Tahniah dan terima kasih pada client yang sentiasa memberi kerjasama walau terpksa berlari-lari mencari masa, pihak HHRY sangat hargai komitmen anda.👍👍✌️

***********************************************
p/s:- (coretan kenangan HHRY)

Akhirnya dapat set appointment dengan client for loan documents' ex*****on..kekangan masa dari both sides jd delay sehari dua jugak..

apa pun syukur dh selesai part ex*****on so blh proceed next step..moga dimudahkan segala urusan..amin..


03/12/2024

Alhamdulillah..akhirnya loan approved..

kes sulung LPPSA bg firma guaman HHRY..

HHRY secara rasminya telah dilantik menjadi panel peguam berdaftar bagi LPPSA pada 27hb September 2023..(syukur alhamdulillah🤲)

kes sulung ni mencabar sikit kerana hartanah punya sekatan kepentingan di mana perlukan kebenaran (consent) daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk urusan pindahmilik hartanah.

Memang mengambil masa yg lama untuk urusan consent ni...bear in mind hartanah ini di Kedah..lain negeri lain prosedurnya..

walau penuh liku namun berjaya juga dapatkan consent ni..alhamdulillah..sabar dan sabar..itu sahaja yang mampu cakap..terima kasih pada client yang memahami dan sangat penyabar..

harapannya cuma mohon sgala urusan lancar hingga ke akhirnya..amin..

terima kasih pada client yang memberi peluang dan kepercayaan pada HHRY..🫰🫰🥰

A to Z..daripada proses mohon pembiayaan hingga pindahmilik nama HHRY boleh uruskan..in syaa Allah..🥰🥰




Call now to connect with business.

BOLEH KE BELI TANAH GERAN KONGSI?Selalu orang tanya saya."Tuan, boleh tak saya beli tanah geran kongsi?"Istilah tanah ge...
23/11/2024

BOLEH KE BELI TANAH GERAN KONGSI?

Selalu orang tanya saya.
"Tuan, boleh tak saya beli tanah geran kongsi?"

Istilah tanah geran kongsi itu pun sebenarnya banyak mengundang kekeliruan kepada orang awam.

Saya hendak bagi tahu di sini, ada tanah geran kongsi yang BOLEH DIBELI dan ada juga tanah geran kongsi yang TAK BOLEH DIBELI.

Nak tahu boleh beli atau tak tanah geran kongsi tersebut, kita kena tanya satu soalan penting, tanah ini kalau saya beli boleh atau tak DiPINDAH MILIK KEPADA NAMA SAYA DALAM GERAN?

Bagaimana nak tahu tanah geran kongsi tersebut boleh dipindah milik kepada nama kita atau tak?

Ada dua kategori tanah GERAN KONGSI.

Kategori 1:

Tanah Geran Kongsi LOT LIDI

- Tanah pertanian, tetapi dijual sebagai tanah lot bangunan kepada lebih daripada seorang pembeli.

- Penjualan hanyalah berdasarkan kepada pelan lakaran sahaja dan geran individu untuk setiap lot tersebut masih belum ada.

- Nama pemilik dalam geran asal hanyalah seorang atau 2 orang tetapi yang membelinya lebih daripada 2 orang.

- Mereka ini didakwa kononnya akan berkongsi geran tetapi hakikatnya geran pun tak ada lagi bagaimana mungkin mereka nak berkongsi geran.

- Inilah yang kita panggil sebagai LOT LIDI.

- Tanah geran kongsi kategori ini kalau anda beli memang TAKKAN BOLEH DIPINDAH MILIK kepada nama anda. Sebabnya ada halangan dari segi undang-undang.

- Nak pindah milik macam mana kalau pemilik seorang tetapi pembeli 10 orang, melainkan terpaksa buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu sehinggalah keluar geran individu yang berasingan berstatus bangunan. Kemudian barulah boleh dipindah milik kepada nama pembeli.

Kategori 2:

Tanah geran kongsi PEMILIKAN BERSAMA.

- Tanah ni dimiliki oleh banyak pemilik (penama) dalam geran. Dan setiap pemilik mempunyai bahagian masing masing yang dinyatakan dengan jelas dalam geran.

- Tanah geran kongsi kategori ini boleh dipindah milik kepada nama anda jika anda beli mana-mana bahagian daripada bahagian penama tadi. Sebab bahagianya jelas dinyatakan dalam geran.

- Cuma kalau anda nak beli keseluruhan tanah tersebut, anda perlu dapatkan persetujuan (tandatangan) daripada semua penama dalam geran tersebut. Tetapi kalau hendak beli satu bahagian daripada bahagian yang dimiliki oleh mana-mana penama tadi, tak perlu dapatkan persetujuan kesemua penama dalam geran. Boleh terus buat pindah milik bahagian tersebut daripada nama penama tersebut kepada nama anda.

Sekarang dah boleh faham tak beza antara TANAH GERAN KONGSI LOT LIDI dan TANAH GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA?

Kalau nak faham lagi, sila rujuk ilustrasi di bawah. Moga dapat membantu untuk kefahaman anda.

Sila LIKE dan SHARE jika artikel ini bermanfaat.

Terima kasih.

Credit to:

FB Page K-Literasi
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang
(K-LITERASI)

Penyaksian di Pejabat Tanah Kubang Pasu bagi urusan Borang Pemegang Amanah.Kes kali ni anak saudara menjadi pemegang ama...
02/09/2024

Penyaksian di Pejabat Tanah Kubang Pasu bagi urusan Borang Pemegang Amanah.

Kes kali ni anak saudara menjadi pemegang amanah bagi pihak bapa saudara.

Jika geran melibatkan status Rezab Melayu maka kehadiran Pemberi/Penerima adalah wajib di hadapan Pegawai di Pejabat Tanah yang terlibat bagi urusan tandatangan di Borang yang berkenaan.

Antara dokumen yang perlu/wajib dibawa adalah:

1) Geran Asal
2) IC
3) Sijil Lahir Asal (pembuktian sebagai Melayu)

Hal ini terpakai bagi semua urusan seperti Pindahmilikik, Gadaian, Kaveat, etc yang melibatkan Geran berstatus Rezab Melayu.

Address

No. 2A, Tingkat 1
Alor Setar
05400

Telephone

+60192394897

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hafizah Hanapi, Ruzaila Yaacob & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hafizah Hanapi, Ruzaila Yaacob & Co:

Share