06/01/2025
Lima sebab untuk lantik peguam bagi mewakili anda :
1. Pengetahuan dan kepakaran Undang-Undang:
Peguam terlatih untuk mengenal pasti risiko undang-undang, liabiliti, dan isu pematuhan yang mungkin tidak diketahui individu bukan profesional dalam bidang undang-undang.
2. Deraf dan rundingan kontrak:
Peguam boleh menyemak dan merundingkan kontrak dengan teliti, memastikan perjanjian adalah sah dari segi undang-undang dan melindungi kepentingan anda.
3. Pematuhan Undang-undang:
Peguam memastikan syarikat mematuhi semua peraturan tempatan dan antarabangsa yang berkaitan, mengelakkan penalti atau isu undang-undang di masa hadapan.
4. Pengurangan Risiko:
Peguam menilai risiko undang-undang yang berkaitan dengan transaksi, termasuk tuntutan undang-undang yang belum selesai, hak harta intelek, dan struktur pemilikan dan memberikan anda "peace of mind".
5. Pembelaan Usaha Wajar:
Peguam memainkan peranan penting dalam membina pembelaan usaha wajar dengan memastikan bahawa semua langkah yang munasabah telah diambil untuk mematuhi keperluan undang-undang. Sekiranya timbul sebarang pertikaian undang-undang atau isu peraturan, peguam boleh membuktikan bahawa anda dan syarikat anda telah bertindak dengan "good faith" dan mengikuti protokol yang betul, sekali gus mengurangkan risiko penalti atau liabiliti.