Peguam Syarie: Azamuddin & Associates

Peguam Syarie: Azamuddin & Associates Peguam Syarie | Perunding Keluarga Islam | Perunding Wasiat, Hibah & Faraid
(2)

17/05/2026

CERAI FAST TRACK BUKAN GALAKKAN PERCERAIAN --MENJAGA HAK WANITA
Ramai salah faham bila dengar istilah cerai fast track.
Mereka anggap ini jalan pintas untuk berpisah dengan mudah.
Hakikatnya, cerai fast track diwujudkan bagi membantu pasangan yang telah mencapai persetujuan dan rumah tangga benar-benar tidak lagi dapat diselamatkan — supaya proses dapat diuruskan dengan lebih cepat, teratur dan tidak berpanjangan.
Lebih penting, inisiatif ini membantu melindungi hak wanita yang terperangkap dalam perkahwinan yang sudah retak, dipukul, diabaikan, tetapi masih tergantung tanpa penyelesaian.
Ada isteri yang bertahun-tahun menunggu kejelasan.
Masih berstatus isteri, tetapi tidak mendapat nafkah, tidak dipedulikan, dan hidup dalam ketidakpastian emosi serta masa depan.
Menurut Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, prosedur fast track diwujudkan untuk pasangan yang bersetuju bercerai di bawah Seksyen 47, dengan proses kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.
Sekali lagi kami tekankan perceraian bukanlah penyelesaian utama. Lalui proses konsultansi dahulu. Cari titik pertemuan dan persamaan semula.

Namun jika semua cara berbaik telah dilakukan dan tidak jumpa juga jalan penyelesaian,

📲Boleh hubungi Peguam Syarie Azamuddin dengan tekan butang WhatsApp di bawah




09/03/2026

Podcast 30 minit bersama Caprice
Kita akan splitkan kepada video2 reels / short,
Stay tunee
Dapatkan panduan awal daripada peguam syarie berpengalaman agar setiap langkah anda lebih tersusun dan berasaskan undang-undang.

Hubungi kami , tekan butang whatsapp di bawah sekarang,
Tetuan Azamuddin & Associates






31/01/2026

❗SUAMI TAK BAGI DUIT = TAK BAGI NAFKAH?
SALAH.
1) Tempat tinggal
2) Makan Minum
3) Pakaian
4) Perubatan
4 Perkara di atas adalah NAFKAH WAJIB yang digariskan syariat.

Kalau semua sudah cukup, tapi masih menuntut duit tanpa sebab, Itu bukan hak — itu tamak.
📌 Hati-hati.
Bila rasa tidak bersyukur bertukar jadi tuntutan, bukan lagi soal nafkah — ini soal hati yang tidak pernah cukup.

Islam tidak mengajar isteri untuk:
❌ Menekan suami tanpa keperluan
❌ Membandingkan suami dengan orang lain
❌ Menuntut lebih dari kemampuan

📌 Nafkah itu tanggungjawab suami.
📌 Syukur itu tanggungjawab isteri.
Rumah tangga bukan medan tuntutan semata-mata,
tetapi tempat saling memahami dan bertolak ansur.
🔎 Jika ragu tentang hak dan batas nafkah sebenar menurut Syarak, dapatkan nasihat yang betul —
Tekan butang whatsapp di bawah sekarang untuk appointment berjumpa dengan Peguam Syarie Azamuddin

30/01/2026

❗Ibu juga boleh hilang hak jagaan anak
Ramai ibu menyangka hak jagaan anak automatik kekal pada ibu selepas perceraian.
Hakikatnya, dalam undang-undang Syariah, hak jagaan anak (hadhanah) boleh gugur jika ibu :

1️⃣ Keluar Agama Islam
2️⃣ Menukar permastautinan - bertujuan memisahkan anak dari bapa
3️⃣ Berkelakuan buruk - bersosial secara terbuka
4️⃣ Berkahwin lain sehingga berlaku pengabaian

📌 Penting untuk difahami:
Hak jagaan anak bukan soal menang atau kalah antara ibu dan bapa — ini adalah soal kepentingan terbaik untuk anak menurut hukum Islam dan undang-undang.

📞 Jika anda sedang berdepan isu hak jagaan anak, ataupun perlukan khidmat guaman syarie,

Tekan butang whatsapp di bawah
Tetuan Azamuddin & Associates
014-296 9754

Address

BLOCK B-10-09, I-SOVO, I-CITY, PERSIARAN MULTIMEDIA, SECTION 7, , , SHAH ALAM
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60142969754

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Azamuddin & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie: Azamuddin & Associates:

Shortcuts

Share