RAA Legal Syarie

Directions Website

RAA Legal Syarie PEGUAM SYARIE BERTAULIAH

NIKAH DI LUAR NEGARA?CERAI MELALUI WHATSAPP?ANAK LAHIR TANPA STATUS PERKAHWINAN YANG JELAS?Adakah kita benar-benar tahu ...
12/09/2026

NIKAH DI LUAR NEGARA?
CERAI MELALUI WHATSAPP?
ANAK LAHIR TANPA STATUS PERKAHWINAN YANG JELAS?

Adakah kita benar-benar tahu apa yang perlu dilakukan apabila perkara ini berlaku?

Alhamdulillah, baru-baru ini Tuan Adib, selaku Peguam Syarie di RAA Legal Syarie, berkesempatan untuk bersama Kump**an Jururawat Malaysia di Perantauan dalam satu sesi perkongsian yang memfokuskan kepada isu dan permasalahan berkaitan “Nikah, Cerai, Rujuk dan Pendaftaran Perkahwinan.”

Program ini bukan sekadar membincangkan hukum nikah dan cerai secara teori.

Lebih daripada itu, kita menyentuh realiti yang sedang dihadapi oleh sebahagian rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di luar negara.

Apabila jauh dari Malaysia, urusan rumah tangga boleh menjadi lebih kompleks.

Ada yang berdepan persoalan apabila berlaku lafaz cerai melalui aplikasi komunikasi ketika berada di luar negara.

Ada yang tidak mengetahui prosedur apabila ingin mengesahkan atau mendaftarkan perkahwinan yang telah berlangsung di luar negara.

Dan yang lebih membimbangkan, terdapat keadaan apabila anak telah lahir sedangkan status perkahwinan ibu bapanya masih belum diselesaikan dari sudut hukum dan/atau undang-undang.

Persoalannya:

Siapa wali anak tersebut?

Bagaimana status nasab dan pendaftarannya?

Bagaimana p**a jika berlaku perceraian?

Bagaimana hak nafkah pasangan dan anak hendak dituntut?

Apa yang perlu dilakukan apabila perkahwinan di luar negara tidak mempunyai dokumen yang lengkap?

Ini semua bukan sekadar persoalan di atas kertas.

Ia melibatkan kehidupan sebenar, masa depan anak, hak pasangan, dokumen rasmi dan hubungan kekeluargaan.

Sebab itu, ilmu berkaitan nikah, cerai, rujuk dan pendaftaran perkahwinan bukan ilmu yang hanya diperlukan apabila rumah tangga sudah bermasalah.

Ia adalah ilmu yang wajar diketahui SEBELUM masalah berlaku.

Kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara, khususnya mereka yang bakal berkahwin, sudah berkahwin, mempunyai anak atau sedang berdepan isu rumah tangga:

''Jangan tunggu sehingga timbul masalah baru mencari jawapan''

Kenali hak, fahami prosedur dan pastikan setiap urusan rumah tangga dibuat dengan ilmu yang betul.

Terima kasih kepada Kump**an Jururawat Malaysia di Perantauan atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi sebab lebih ramai rakyat Malaysia di perantauan memahami kepentingan menguruskan urusan kekeluargaan dengan ilmu dan mengikut hukum serta undang-undang.

Ilmu sebelum tindakan.
Dokumen sebelum masalah.
Faham hak sebelum menuntut hak.

Semoga bermanfaat.

Hubungi Peguam Syarie:
011-35160161
https://wa.link/z6bwg7

⚖️ RAA LEGAL SYARIESolusi Undang-Undang Syariah dengan Integriti & Kepakaran.Antara perkhidmatan kami merangkumi:▪️ Pemb...
04/09/2026

⚖️ RAA LEGAL SYARIE

Solusi Undang-Undang Syariah dengan Integriti & Kepakaran.

Antara perkhidmatan kami merangkumi:

▪️ Pembubaran Perkahwinan
▪️ Tuntutan Nafkah Isteri
▪️ Tuntutan Nafkah Iddah & Nafkah Tertunggak
▪️ Tuntutan Nafkah Anak
▪️ Tuntutan Mut’ah
▪️ Tuntutan Harta Sepencarian
▪️ Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
▪️ Tuntutan Hutang Dalam Perkahwinan
▪️ Harta Pusaka
▪️ Semakan / Rayuan
▪️ Komital
▪️ Pengesahan Perkahwinan
▪️ Jenayah Syariah dan lain-lain

Menegakkan keadilan, memelihara hak, menjaga Syariah.

📞 Hubungi Peguam Syarie:

011-35160161
https://wa.link/z6bwg7

📧 Emel: [email protected]

🎓 RAA LEGAL ASSOCIATES  | UCAPAN TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada rakan kongsi RAA ASSOCIATES  Adib Ariff...
02/09/2026

🎓 RAA LEGAL ASSOCIATES | UCAPAN TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada rakan kongsi RAA ASSOCIATES Adib Ariffin atas kejayaan memperoleh Tauliah Peguam Syarie, Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti kepada kesungguhan, keilmuan serta komitmen dalam memperjuangkan keadilan dan menegakkan prinsip Syariah.

Semoga tauliah ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar, terus cemerlang dalam profesion, berintegriti dalam setiap amanah dan memberikan khidmat guaman Syariah yang terbaik kepada masyarakat.

Daripada seluruh warga RAA ASSOCIATES, kami amat berbangga dengan pencapaian ini.

Tahniah, Partner!
Alhamdulillah, satu lagi negeri berjaya di-unlocked. 🔓⚖️

RAA ASSOCIATES
Upholding Justice. Serving with Integrity.

Cintai Rasulullah ﷺ, Hidupkan Sunnah Baginda. 🤍Bersama kita menzahirkan cinta terhadap baginda ﷺ dengan mengenali sirah,...
25/08/2026

Cintai Rasulullah ﷺ, Hidupkan Sunnah Baginda. 🤍

Bersama kita menzahirkan cinta terhadap baginda ﷺ dengan mengenali sirah, meneladani akhlak dan menghidupkan sunnah Baginda ﷺ dalam kehidupan inshaAllah.

اللهم صل على محمد ﷺ

Mari perbanyakkan selawat, suburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ dan jadikan sunnah Baginda sebagai panduan hidup.





Peguam Syarie
📲011-35160161
https://wa.link/z6bwg7

✈️🇸🇦 RAA Legal Syarie diterbangkan ke Arab Saudi secara maya!Tuan Adib, Peguam Syarie di RAA Legal Syarie, berkesempatan...
14/08/2026

✈️🇸🇦 RAA Legal Syarie diterbangkan ke Arab Saudi secara maya!

Tuan Adib, Peguam Syarie di RAA Legal Syarie, berkesempatan untuk memenuhi jemputan Kump**an Jururawat Malaysia di Perantauan jam 3pm (Waktu Malaysia) dalam program bual bicara:

🕌 “Nikah, Cerai, Rujuk dan Pendaftaran Perkahwinan — Ilmu yang Kena Tahu”

Perkongsian ilmu yang dekat dengan realiti kehidupan, agar urusan keluarga dan perkahwinan dapat difahami dengan lebih jelas dari sudut Syariah dan undang-undang. 🇲🇾🇸🇦

09/08/2026
✨ Kini BeroperasiRAA Legal Syarie kini secara rasminya memulakan operasi dan sedia memberikan khidmat guaman syarie kepa...
05/08/2026

✨ Kini Beroperasi

RAA Legal Syarie kini secara rasminya memulakan operasi dan sedia memberikan khidmat guaman syarie kepada masyarakat dengan penuh profesionalisme, amanah dan berintegriti.

Kami menyediakan khidmat nasihat serta pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah, antaranya:
• Perceraian
• Tuntutan Harta Sepencarian
• Tuntutan Nafkah Isteri & Anak
• Tuntutan Mutaah
• Hadhanah (Hak Penjagaan Anak)
• Pengesahan Nikah, Cerai & Ruju'
• Faraid dan Hibah
• Penyediaan Pendapat Undang-Undang Bertulis (Written Legal Opinion)
• Poligami
Serta lain-lain perkara berkaitan Undang-Undang Jenayah Syariah dan Keluarga Islam.

Setiap kes mempunyai fakta dan penyelesaian yang berbeza. Kami komited untuk memberikan nasihat undang-undang yang jelas, praktikal dan menepati kehendak syarak serta undang-undang.

📩 Hubungi kami untuk mendapatkan sesi konsultasi atau pertanyaan lanjut.

Peguam Syarie

- 01135160161
https://wa.link/z6bwg7

"Menegakkan Keadilan, Memelihara Hak."

Address

LOT. 5U-1A-11, TINGKAT 1, BLOK 5, Pusat Daerah S6
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RAA Legal Syarie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share