Kesatuan Air Selangor

Kesatuan Air Selangor Tujuan utama penubuhan kesatuan adalah untuk menjadi gabungan yang memperjuangkan kepentingan dan kebajikan pekerja.

Ini bermakna ia menjadi satu medium yang menyuarakan sebarang masalah yang dihadapi oleh pekerja atau majikan.

🌙✨ Salam Aidilfitri Penuh Makna Buat Warga KESAiS ✨🌙Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Di ke...
20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri Penuh Makna Buat Warga KESAiS ✨🌙
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga ahli KESAiS yang dihormati dan disanjungi.
Setelah sebulan kita menempuh madrasah Ramadan—menahan lapar dan dahaga, mengawal diri serta memperbanyakkan amal—kini tibalah saat kemenangan yang dinanti. Semoga segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan kita diterima serta diganjari dengan rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT.
Aidilfitri bukan sekadar hari untuk bergembira, tetapi juga detik untuk kita merenung, memperbaiki diri dan memperkukuhkan hubungan sesama kita. Dalam kesatuan ini, setiap ahli memainkan peranan yang amat penting. Kekuatan KESAiS bukan terletak pada individu, tetapi pada semangat kebersamaan, kepercayaan dan sokongan yang kita berikan antara satu sama lain.
Di sinilah nilai sebenar sebuah pasukan—kita berdiri bersama ketika senang, dan lebih utuh ketika diuji. Setiap usaha, setiap pengorbanan, dan setiap sumbangan anda semua adalah nadi kepada kekuatan KESAiS.
Marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih jitu, memperkukuhkan solidariti dan memelihara keharmonian dalam organisasi ini. Jadikan Aidilfitri sebagai titik permulaan untuk kita bangkit dengan azam baharu—lebih bersatu, lebih berintegriti dan lebih komited dalam memperjuangkan matlamat bersama.
Semoga sinar Syawal membawa kebahagiaan yang tidak terhingga, ketenangan jiwa, serta kejayaan berpanjangan buat kita semua dan keluarga tercinta.
Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekhilafan. Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh dan mekar selamanya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
Seluruh Kepimpinan KESAiS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah...
18/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh bermakna.

Saya, selaku Presiden KESAiS, ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli Kesatuan Air Selangor ( KESAiS ) yang dikasihi, pihak pengurusan Air Selangor khususnya Tuan CEO Adam Saffian Ghazali dan seluruh Rakan-rakan stategik. Sesungguhnya, lebaran ini membawa kegembiraan buat kita semua setelah sebulan menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan kepada ahli-ahli yang akan pulang ke kampung halaman agar sentiasa berhati-hati di jalan raya. Pandulah dengan cermat dan berhemah. Sekiranya berasa penat, berhentilah seketika untuk berehat demi keselamatan diri dan keluarga tersayang.

Selain itu, dalam kemeriahan menyambut lebaran, marilah kita berbelanja dengan penuh berhemah dan bersederhana, agar tidak membebankan diri di kemudian hari.
Akhir kata, saya bagi pihak Pengurusan KESAiS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli KESAiS.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
Presiden KESAiS
Syed Alias Bin Syed Noh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada seluruh ahli KESAiS. Semoga peristiwa...
07/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada seluruh ahli KESAiS. Semoga peristiwa agung ini mengingatkan kita semua tentang turunnya kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan hidup kepada umat manusia.

Marilah kita mengambil peluang di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini untuk memperbanyakkan membaca, memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran agar ia menjadi pedoman dalam kehidupan seharian serta dalam melaksanakan amanah tugas kita.

Semoga semangat ukhuwah, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan ahli KESAiS terus diperkukuhkan, dan segala usaha serta pengorbanan kita dalam organisasi ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Selamat menyambut Nuzul al-Quran.
Semoga kita semua terus berada di bawah rahmat dan petunjuk-Nya.

Ikhlas daripada,
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (KESAiS)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.Telah berlangsung sesi perjumpaan dan perbincangan di antara pihak Pengurusan Air ...
05/03/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.

Telah berlangsung sesi perjumpaan dan perbincangan di antara pihak Pengurusan Air Selangor, Persatuan Bolasepak Selangor dan Kesatuan Air Selangor bagi membincangkan serta merangka beberapa perkara berkaitan kerjasama strategik dalam pembangunan bola sepak Air Selangor.

Kerjasama yang dibincangkan ini dijangka memberi impak yang baik kepada seluruh warga kerja Air Selangor, khususnya dalam pembangunan program sukan bola sepak, sains sukan, pembudayaan gaya hidup sihat serta penyediaan fasiliti yang lebih baik pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor, Adam Saffian Ghazali, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor, Izrin Nabil, serta wakil daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (KESAiS) yang hadir dalam perjumpaan ini.

Semoga kerjasama ini menjadi langkah permulaan kepada usaha bersama dalam memperkasa pembangunan sukan dan kesejahteraan warga kerja Air Selangor.

Bersama kita merealisasikan.




16/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Ramadan Al-Mubarak.

Buat seluruh ahli KESAiS, marilah kita menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang penuh kesyukuran dan keinsafan. Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita memperkukuh disiplin, memperbaiki diri serta mempererat ukhuwah sesama ahli.

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita mempertingkatkan nilai kesabaran, keikhlasan dan semangat kebersamaan — selari dengan kekuatan kita sebagai satu pasukan yang sentiasa bersatu hati dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan bersama.

Semoga setiap amal ibadah diterima, setiap doa dimakbulkan dan setiap usaha kita diberkati.
Kita kuat kerana bersatu. Kita teguh kerana bersama.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Ikhlas daripada kepimpinan dan seluruh warga KESAiS. 🌙✨

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh ahli KESAiS yang meraikannya.Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan...
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh ahli KESAiS yang meraikannya.

Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta kejayaan dalam setiap usaha yang diceburi. Semoga semangat perpaduan, kerjasama dan kebersamaan terus kukuh dalam kalangan kita sebagai satu keluarga besar KESAiS.

Marilah kita bersama-sama melangkah ke tahun baharu dengan azam yang lebih kuat, semangat yang lebih tinggi dan komitmen yang lebih padu demi kesejahteraan ahli serta kecemerlangan organisasi.

Gong Xi Fa Cai!
Semoga tahun ini membawa rezeki yang melimpah dan keberkatan buat semua.

Ikhlas daripada,
KESAiS











Alhamdulillah, sepanjang Januari 2026, sebanyak 14 lawatan kebajikan telah berjaya dilaksanakan oleh barisan AJK KESAiS....
13/02/2026

Alhamdulillah, sepanjang Januari 2026, sebanyak 14 lawatan kebajikan telah berjaya dilaksanakan oleh barisan AJK KESAiS.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen, keprihatinan dan semangat solidariti dalam menyantuni ahli-ahli yang diuji dengan masalah kesihatan.

Terima kasih kepada semua AJK yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan kebajikan ahli sentiasa terbela.

Semoga sahabat-sahabat yang diuji diberikan kesembuhan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. 🤲



Sebahagian gambar² dari Program Ziarah Kasih KESAiS (ZKK) sepanjang bulan januari. Program ini dibuat untuk membantu mer...
27/01/2026

Sebahagian gambar² dari Program Ziarah Kasih KESAiS (ZKK) sepanjang bulan januari. Program ini dibuat untuk membantu meringankan beban Ahli-Ahli KESAiS yang ditimpa ujian Kesihatan. Semoga Allah berikan kesihatan dan kesembuhan semula buat senua Ahli-Ahli yg diuji dari segi kesihatannya amin ya robbil alamin... terima kasih kepada semua pegawai² yg melawat.

*Jumlah lawatan bulan januari 2026 - 20 org ahli kesais

Alhamdulillah syukur,  hari ini Kesatuan Air Selangor  telah menerima kunjung hormat dari Persatuan gabungan kesatuan ai...
24/01/2026

Alhamdulillah syukur, hari ini Kesatuan Air Selangor telah menerima kunjung hormat dari Persatuan gabungan kesatuan air Malaysia (GAKAM) yg terdiri dari kesatuan dari Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Johor, Negeri Melaka, Negeri Pahang dan negeri terengganu. Hari ini satu sejarah kerana majlis dapat mengumpulkan kesatuan² didalam industri Air negara untuk berkongsi misi dan visi dalam meletakkan Platform Kesatuan ini sebagai 1 medium yg boleh membawa suara yg besar khususnya untuk wargakerja yg berkhidmat didalam industri Air ini. Hari ini juga telah mengumpulkan 5 presiden kesatuan Perkhidmatan Air seluruh negara didalam 1 majlis yg cukup bersejarah. Banyak perkara² baru yg dapat kita kongsikan bersama dan inshaallah KESAiS bersedia berkongsi dan menjalinkan kerjasama strategik pada masa terdekat ini untuk menjadikan gabungan ini wadah Suara warga Industri Perkhidmatan Air seluruh negara.. terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa kerja yg bertungkus lumus menjayakan perjumpaan kunjung hormat ini.. Saya pasti dgn adanya platform besar ini kita akan menjadi 1 suara 1 kata kelak didalam Sejarah industri negara.. terima kasih juga kepada Profesor Bala Parasuraman hadir untuk berkongsi perkara2 yg bakal memberi manfaat khususnya dalam perjalanan kesatuan Perkhidmatan Air bukan untuk didalam negara bahkan ke peringkat antarabangsa..

GAKAM

GERAK 💪GERAK💪 GERAK💪

Presiden KESAiS
SYED ALIAS





Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh ahli kesais dan wargakerja Air Selangor. Alhamdulillah syukur hari in...
15/01/2026

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh ahli kesais dan wargakerja Air Selangor. Alhamdulillah syukur hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat exco Kesatuan Air Selangor 1/2026 bertempat di Tower E Air Selangor . Alhamdulillah pembukaan Tahun baru dengan semangat baru rentetan dari kejayaan² yg hebat pada tahun 2025 yg lepas. Dgn integriti, professionalisma, dan semangat yg tinggi kita semua telah berjaya meletakkan KESAiS berada didalam kedudukannya tersendiri dari kerjasama komited dan komitment yg tinggi dari barisan AMT, exco, Pegurusan tertinggi Air selangor, dan rakan strategik. Dengan hubungan dua hala harmoni ini, kita sama² telah melakarkan detik² sejarah tersendiri yg akan terpahat didalam sejarah industri Air khususnya di Pengurusan Air Selangor. Tahniah kepada semua yg telah bersama2 melakarkan detik2 ini. Semoga segala perancangan yg telah disusun utk 2026 akan berjalan lancar seiring dgn visi dan misi kesais serta visi dan misi syarikat untuk menjadi syarikat Pengurusan Air terulung dirantau ini.. teruskan momentum kita semua utk 2026💪💪💪💪.

Presiden KESAiS
Syed Alias




31/12/2025

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2026
KEPADA SELURUH AHLI KESAiS

Dengan penuh rasa kesyukuran, kepimpinan dan barisan Ahli Jawatankuasa KESAiS merakamkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 kepada seluruh warga dan ahli KESAiS yang dihormati sekalian.

Tahun yang telah berlalu menyaksikan pelbagai cabaran, pengorbanan serta usaha berterusan daripada semua ahli. Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, telah menjadi tunjang kepada kekuatan dan kewibawaan KESAiS sebagai sebuah kesatuan yang berprinsip, berdaya tahan dan sentiasa memperjuangkan kebajikan ahli.

Memasuki tahun 2026, marilah kita melangkah dengan azam baharu, semangat yang diperbaharui dan tekad yang lebih kukuh. Jadikan tahun ini sebagai medan untuk kita mempereratkan perpaduan, memperkukuhkan kepercayaan sesama ahli serta meningkatkan profesionalisme dalam setiap peranan dan tanggungjawab yang dipikul.

KESAiS akan terus komited untuk bersikap proaktif, responsif dan inklusif dalam memperjuangkan hak, kebajikan dan kepentingan ahli. Namun kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu, kerjasama erat dan semangat setiakawan yang tinggi daripada semua ahli. Kekuatan kita terletak pada kesatuan, suara kita lebih lantang apabila kita berdiri bersama.

Marilah kita jadikan tahun 2026 sebagai tahun memperkasa solidariti, memupuk budaya saling menghormati serta membina masa depan yang lebih stabil dan sejahtera untuk seluruh warga KESAiS. Dengan iltizam dan komitmen berterusan, tiada cabaran yang tidak mampu kita hadapi bersama.

Akhir kata, semoga tahun baharu ini membawa kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan, keberkatan rezeki serta kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan buat semua ahli dan keluarga tersayang.

Selamat Tahun Baru 2026.
Bersatu, Beriltizam dan Melangkah Ke Hadapan Bersama KESAiS.






#2026

Address

Kuala Lumpur

Website

https://www.tiktok.com/@kesais2024

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Air Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share