Kppktmb - R.U.M Caw Sentul

Kppktmb - R.U.M Caw Sentul Berjuang dalam memperkasakan RUM cawangan SENTUL demi selamat KTMB selamatlah PEKERJA.

09/07/2026

ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ π€π‡π‹πˆ π‘π”πŒ

Dalam situasi semasa, RUM ingin mengingatkan semua ahli agar sentiasa mengutamakan tanggungjawab sebagai pekerja.

Teruskan menjalankan amanah dengan penuh integriti, kekalkan disiplin yang tinggi serta patuhi segala peraturan, prosedur kerja dan arahan yang sah.

Perjuangan kesatuan bukanlah alasan untuk mengabaikan tanggungjawab di tempat kerja. Sebaliknya, ahli kesatuan yang berkualiti ialah mereka yang mampu membuktikan bahawa mereka cemerlang dalam melaksanakan tugas, berdisiplin, beretika dan pada masa yang sama berani mempertahankan hak serta kebajikan pekerja melalui saluran yang betul.

RUM akan terus komited menentang sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan keputusan yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja serta organisasi. Namun, setiap perjuangan mestilah disertai dengan kebijaksanaan, profesionalisme dan pematuhan kepada undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.
π—¦π—˜π— π—¨π—” 𝗛𝗔π—₯𝗨𝗦 π—¦π—˜π——π—”π—₯, π—œπ—¦π—¨ π—¬π—”π—‘π—š π— π—˜π—‘π—šπ—›π—œπ— π—£π—œπ—§ π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π—•π—”π—‘π—¬π—”π—ž, π—œπ—‘π—œ 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑 π—₯𝗨𝗠, π—žπ—˜π—žπ—”π—Ÿ π——π—œπ—¦π—œπ—£π—Ÿπ—œπ—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗕𝗔π—₯, π—žπ—œπ—§π—” π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ 𝗦𝗔𝗧𝗨 π—£π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨 π—œπ—¦π—¨ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—œπ— π—•π—¨π—Ÿ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—§π—œπ—‘π——π—”π—žπ—”π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—•π—œπ—π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗗𝗔𝗦𝗔π—₯π—žπ—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—¦π—˜π—¦ π—¬π—”π—‘π—š 𝗛𝗔π—₯𝗨𝗦 π—žπ—œπ—§π—” π—£π—”π—§π—¨π—›π—œ.

Jangan beri ruang kepada mana-mana pihak untuk mempertikaikan kredibiliti ahli-ahli RUM. Buktikan melalui sikap, disiplin dan prestasi kerja bahawa ahli RUM sentiasa menjadi contoh terbaik di tempat kerja.

Akhir sekali, rapatkan saf, kukuhkan perpaduan dan terus bersatu hati. Dengan kesatuan yang utuh, disiplin yang tinggi dan semangat yang tidak mudah luntur, Insya-Allah kita akan terus mempertahankan kepentingan organisasi dan kebajikan seluruh warga pekerja. π—žπ—œπ—§π—” π—£π—˜π—₯π—§π—”π—›π—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π— π—¨π—” π—žπ—˜π—£π—˜π—‘π—§π—œπ—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—§π— π—• 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔.

TERIMA KASIH.



KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"Solidariti RUM adalah benteng terakhir mempertahankan landasan keretapi negara. Kami tidak akan berkompromi dalam menun...
06/07/2026

"Solidariti RUM adalah benteng terakhir mempertahankan landasan keretapi negara. Kami tidak akan berkompromi dalam menuntut hak KTMB dan memastikan setiap kebajikan pekerja dihormati sepenuhnya."

KTMB, Selamatlah Pekerja
KENYATAAN RASMI RUM CAWANGAN SENTUL

01/07/2026

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyatakan bantahan keras terhadap sebarang cadangan atau perancangan untuk menseswastakan landasan rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presiden RUM, Muhammad Faizal Shahibul Kiraya berkata, kesatuan itu turut menolak sebarang usaha oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang boleh membawa kepada pelaksanaan semula konsep Perjanjian Akses Rangkaian Keretapi 1 (RNAA 1).

Beliau mendedahkan bahawa pihak kesatuan difahamkan wujud perancangan untuk menyerahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan landasan rangkaian KTMB kepada pihak ketiga melalui kaedah penswastaan.

Layari: https://sabahnews.com.my/rum-mohon-campur-tangan-pmx-bantah-penswastaan-landasan-ktm/

01/07/2026

Railwaymen’s Union of Malaya says there are enough technical personnel trained by Keretapi Tanah Melayu Bhd to handle the national rail network.

Address

Sentul, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
51200

Telephone

+60129117723

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kppktmb - R.U.M Caw Sentul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kppktmb - R.U.M Caw Sentul:

Shortcuts

Share