Undang-undang di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Undang-undang di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu This page is for us to share laws in Malaysia that you should know. https://t.me/celikundang2

Hati-hati semua, jangan sampai jadi mangsa scam online. Sejarah menunjukkan duit yang ditransfer tak akan dapat semula. ...
06/01/2024

Hati-hati semua, jangan sampai jadi mangsa scam online.

Sejarah menunjukkan duit yang ditransfer tak akan dapat semula.

Tapi usaha kerajaan bagi menangani masalah ini adalah dengan memperkenalkan nombor talian bagi aduan penipuan online di talian 997 patut dipuji.

Dalam masa 24 anda ditipu online, terus buat panggilan. Jangan tunggu lama-lama. Scam online ni duit dia travel banyak layer. Jadi kita perlu bertindak pantas dan caragas.

06.01.2024
Mustaqim Huzaini
Peguambela & Peguamcara



Check out Muhamad Mustaqim Ahmad Huzaini's post.

15/11/2023

Quotes Of The Day

"We cannot always build the future for our youth but we can build our youth for the future"

-Franklin D. Roosevelt



Ghazali terlibat dengan kemalangan baru-baru ni. Ada kereta masuk ke jalannya dari sebelah kiri dengan tiba-tiba tanpa m...
15/09/2023

Ghazali terlibat dengan kemalangan baru-baru ni. Ada kereta masuk ke jalannya dari sebelah kiri dengan tiba-tiba tanpa memberi signal. Kesalahan pemandu kereta tersebut adalah 100%. Ghazali mengalami kecedaraan pada bahu serta kaki sebelah kiri.

Tapi Ghazali tak buat laporan polis atas kemalangan tersebut.

Sebab apa?

Sebab Ghazali tidak ada lesen. Jadi dia rasa dia tak boleh tuntut pampasan daripada kereta yang salah tersebut.

*

Ini pandangan orang ramai dekat luar sana, yang mana saya katakan, pandangan ini SALAH.

Ghazali masih boleh tuntut pampasan ke atas insurans pemandu kereta yang salah tersebut, walaupun Ghazali tidak ada lesen memandu. Kesalahan tidak ada lesen memandu tidak menghalang Ghazali daripada memulakan tuntutan ke atas insurans pemandu yang salah tersebut.

Tahu hak anda.




Mustaqim Huzaini
Peguambela & Peguamcara

31/03/2023

1,281 banduan di Malaysia sedang menunggu hukuman mati dijalankan ke atas mereka, saat kita tengah membuat persediaan untuk tidur sekarang ni.

Ada satu hari tu, dekat Mahkamah Persekutuan, ada sorang mak cik ni duduk belakang aku. Waktu tu kami tengah tunggu hakim masuk. Lagi beberapa puluh minit lagi kot.

Jadi, sebagai seorang pupil yang peramah, aku pun tanya la mak cik tu datang dengan siapa. Dia pun cakap la dia datang sorang-sorang. Waktu tu dia tengah carik lawyer bekas suami dia, tapi dia tak jumpa. Dia tanya aku, kenal ke tak lawyer dia. Macam yang dah dijangka, aku cakap la aku tak kenal.

Entah macam mana, mak cik tu mula bercerita. Dia ada anak ni, pandang tinggi sangat dekat ayah dia. Pandai budaknya. PhD di London. Tapi waktu tengah ada dekat sana, ayah dia kena tangkap dengan kawan-kawan judi dia. Waktu diorang kena tangkap tu, ada dadah sekali. Dipendekkan cerita, dia disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah, di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori.

Ingat lagi anak dia pandang tinggi dekat ayah dia? Disebabkan ayah dia kena tangkap mengedar dadah, dia jadi tak keruan. Tambah p**ak kena hukum gantung sampai mati, lagi la dahsyat tekanan yang anak dia hadap. End up, anak dia disahkan mengalami kemurungan yang teruk, Sikit hari lagi, mungkin doktor akan sahkan yang dia ni gila.

Dalam masa yang sekejap tu, mak cik tu bercerita dengan penuh perasaan. Keluar air mata dia sambil cerita tu. Aku boleh dengar je la. Dah la dekat dalam Mahkamah dah waktu tu. Huhu. Kesian.

"Mak cik doa la ae. Sekarang ni kerajaan tengah dalam proses nak mansuhkan hukuman mati. Mana la tau, kerajaan betul-betul berjaya buat benda alah tu. Bekas suami mak cik paling tidak pun kena penjara 30 tahun."

"Penjara ok lagi dik, boleh pergi melawat. Kalau mati, macam mana nak melawat? Kubur je la yang boleh pergi. Tapi orangnya dah tak hidup, nak buat apa? Anak mak cik pun mungkin akan baik semula lepas ni, teruskan PhD dia macam biasa."

Lepas tu master aku masuk. Lepas tu hakim masuk. Lepas tu Mahkamah bersidang. Kami semua pandang depan dan perbualan aku dengan mak cik tu terhenti sampai situ

Bagi keluarga yang terlibat dengan hukuman mati ni, sedikit sebanyak ada sinar harapan buat mereka. Tak bermakna kita mengiktiraf jenayah yang dilakukan, tapi selain hukuman mati, mungkin ada cara yang lebih baik buat semua. Mungkin.

p/s: Ini cerita 4 tahun lepas. Sekarang, hukuman mati mandatori sudah dimansuhkan. Alhamdulillah.

Kalau ada client tanya soalan general macam ni, jawapan ni memang paling munasabah untuk diberikan. Semuanya bergantung ...
30/03/2023

Kalau ada client tanya soalan general macam ni, jawapan ni memang paling munasabah untuk diberikan.

Semuanya bergantung ikut kes.

Kecuali kes straight to the point.

29/03/2023

Assalamualaikum semua.

Sekadar perkongsian. Saya baru-baru ni dapat kes untuk bantah reman. Waktu saya dapat kes, reman dah ditambah sehingga 4 hari. Jadi sekarang ni client saya kena merempat dalam lokap lagi 4 hari.

Kalau lepas kena tahan, terus telefon peguam, a least reman mungkin boleh kurang sekurang-kurangnya jadi 2 hari.

Jadi nasihat saya, once kena tangkap, terus minta untuk telefon peguam.

Selamatkan diri anda secepat yang boleh, bermula daripada kena tangkap polis. Tunggu lama-lama, nak buat apa?

Mustaqim Huzaini

ADA ORANG MEMUNGKIRI PERJANJIAN DENGAN SAYA 7 TAHUN LEPAS. APA YANG SAYA PERLU TAHU? Dalam kes tuntutan sivi (kontrak at...
28/03/2023

ADA ORANG MEMUNGKIRI PERJANJIAN DENGAN SAYA 7 TAHUN LEPAS. APA YANG SAYA PERLU TAHU?

Dalam kes tuntutan sivi (kontrak atau tort), sesuatu tuntutan haruslah dibawa ke Mahkamah dalam tempoh masa 6 tahun berdasarkan Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953.

Selepas tamat tempoh masa 6 tahun tersebut, tuntutan itu tidak boleh difailkan di Mahkamah lagi, melainkan ada bukti seperti fraud atau salah (mistake).

Tempoh had masa tersebut bermula daripada tarikh insiden itu berlaku, atau kemungkiran perjanjian yang dipersetujui oleh pihak-pihak.

Selain itu, tempoh had masa bagi kes tuntutan insurans pihak ketiga adalah 3 tahun. Manakala kes berkaitan dengan tanah adalah 12 tahun.

Tetapi bagi kes jenayah, tiada tempoh had masa ditetapkan.

Jadi lihat kembali masalah undang-undang anda yang belum dibawa ke Mahkamah, sama ada masih dalam tempoh had masa atau tidak.

https://t.me/celikundang2



Mustaqim Huzaini

You can view and join right away.

INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTYTugas Peguambela adalah untuk memastikan anakguam yang dituduh dengan pertuduhan jenayah di ...
27/03/2023

INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY

Tugas Peguambela adalah untuk memastikan anakguam yang dituduh dengan pertuduhan jenayah di Mahkamah melalui proses perbicaraan yang adil dan saksama.

Adalah menjadi tugas Pendakwa Raya p**a untuk menunjukkan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh benar-benar melakukan sesuatu kesalahan jenayah melebihi keraguan yang munasabah ( beyond reasonable doubt ). Beban pembuktian ini tinggi kerana ianya bersangkut dengan hidup dan kebebasan seseorang.

Tugas Hakim p**a adalah menentukan sama ada Tertuduh patut disabitkan kesalahan atau tidak, berdasarkan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah dan kes-kes lampau yang telah ditetapkan dahulu.

Tugas kita sebagai netizen? Jangan ambil satu-satu berita itu seolah-olah itulah kebenaran. Kaji dan selidik sebelum mengambil keputusan untuk memihak kepada mana-mana pihak. Wahyu pertama nabi memerintahkan kepada kita supaya membaca.

Maka bacalah!

https://t.me/celikundang2



Mustaqim Huzaini

You can view and join right away.

26/03/2023

"Punca kematian?"

"Ada hentakan benda tumpul. Berdasarkan kesan luka, nampak macam batang penyapu, Tuan. Batang penyapu dengan kesan darah ada dijumpai di tong sampah luar."

"Apa nama brand penyapu tu? Kuat betul sampai orang boleh guna untuk jadi senjata pembunuhan. Boleh la saya beli satu untuk disiplinkan anak saya dekat rumah."

"..."

"..."

"Dengar cerita isteri kamu beranak minggu lepas. Lelaki ke perempuan?"

Kebebasan bersuara yang ada di Malaaysia ada ruang lingkup yang kita kena patuhi. Ada batasannya. Kita tak boleh sesuka ...
25/03/2023

Kebebasan bersuara yang ada di Malaaysia ada ruang lingkup yang kita kena patuhi. Ada batasannya. Kita tak boleh sesuka hati menulis apa-apa yang kita rasa di media sosial kita, walaupun media sosial tu merupakan akaun peribadi kita.

Orang yang terkesan dengan apa yang kita tulis di media sosial boleh memulakan tindakan saman di Mahkamah sekiranya dia merasakan dia mengalami kerugian akibat daripada tulisan kita.

Jadi nasihat saya, fikir dulu sebelum kita tulis apa-apa. Adakah penulisan kita boleh beri impak yang buruk kepada sesiapa? Jika ya, adakah kita bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang?

Minta nasihat undang-undang daripada rakan-rakan peguam anda untuk elakkan diri anda daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Mencegah itu lebih baik daripada merawat, bukan?

https://t.me/celikundang2



Mustaqim Huzaini

You can view and join right away.

KESALAHAN 15 TAHUN LEPAS MENGHANTUI DIRIC ada tolong kawan dia nak buka syarikat. C pun berikan salinan kad pengenalan, ...
24/03/2023

KESALAHAN 15 TAHUN LEPAS MENGHANTUI DIRI

C ada tolong kawan dia nak buka syarikat. C pun berikan salinan kad pengenalan, cap jari dan sample tanda tangan kepada kawannya. Dan masa pun berlalu...

15 tahun kemudian, C ditangkap polis kerana namanya terlibat di dalam sindiket seludup minyak masak, barangan elektronik ke Nigeria. Dalang utamanya merupakan 3 lelaki Nigeria yang mengaku mengenali C. Akibatnya, C juga berkemungkinan dituduh di Mahkamah atas pertuduhan yang sama dengan 3 lelaki Nigeria tersebut.

Kes di atas merupakan salah satu kes yang sering berlaku di Mahkamah. Ramai je yang jadi mangsa keadaan. Tak tahu apa-apa, tiba-tiba kena tangkap polis. Oh, rupa-rupanya kesalahan 15 tahun lepas, memberikan butiran peribadi kepada 'kawannya' itu telah memakan diri.

Jadi nasihat saya, jangan sekali-kali berkongsi butiran peribadi kita jika ada dalam kalangan kawan atau orang lain yang ingin membuka syarikat, perniagaan atau yang sama waktu dengannya. Orang berniat jahat, mana kita nak tahu, kan?

Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

https://t.me/celikundang2



Mustaqim Huzaini

You can view and join right away.

Address

Damansara Damai
Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601112333917

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Undang-undang di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Undang-undang di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu:

Share