Messrs. Kama & Wan

Messrs. Kama & Wan Legal firm in Bandar Baru Bangi

*[PERANCANGAN PEWARISAN]* Pada pendapat kami, tidak semua pewarisan perlu melalui proses hibah atau wasiat.  Namun, past...
20/03/2025

*[PERANCANGAN PEWARISAN]*

Pada pendapat kami, tidak semua pewarisan perlu melalui proses hibah atau wasiat. Namun, pastikan perancangan kita (jika ada) tidak akan menyusahkan ahli waris kita kelak.

Sebelum kami menerangkan berkenaan fungsi hibah dan wasiat, elok juga kami kongsikan pengalaman kami betapa perancangan yang kurang cermat boleh menyebabkan banyak masalah. Antaranya:

1. Perancangan pewarisan melalui syarikat.

Ada ahli perniagaan beranggapan mewujudkan syarikat dan meletakkan aset di bawah nama syarikat serta menjadikan ahli waris sebagai pemegang saham dan pengarah syarikat adalah cara yang baik untuk memastikan anak-anak mendapat aset selepas kematian.

Dalam Undang-Undang Negara, kita (samada sebagai pemegang saham atau pengarah) dan syarikat adalah 2 entiti yang berbeza. Bila kita meninggal, syarikat kita masih ’hidup’ dan perlu diurus.

Mengendalikan perniagaan bukanlah senang. Oleh itu, jika tiada ahli waris yang berminat atau tiada ahli waris yang berkemampuan mewarisi perniagaan kita, maka, syarikat kita mungkin menjadi satu liabiliti kepada mereka. Jika dibiarkan, syarikat yang maju pun boleh jatuh dan terjerumus ke dalam masalah dan berisiko digulungkan oleh pemiutang.

Jika ini berlaku, maka niat kita untuk mewariskan aset melalui syarikat akan gagal.

Perlu ditekankan bahawa kos pindahmilik aset dari satu syarikat kepada mana-mana pihak (termasuk pemegang saham atau pengarah) adalah tinggi berbanding proses turunmilik melalui pusaka. Ini kerana pindahmilik tersebut akan dianggap sebagai satu transaksi komersial dan ia melibatkan cukai setem dan kos peguam pada harga semasa aset.

Oleh itu, mungkin ada baiknya, kita membuat perancangan syarikat kita secara berasingan dari aset peribadi kita.

2. Perancangan pewarisan melalui pemegang amanah.

Dalam niat baik kita untuk memudahkan proses pembahagian pusaka, kita mungkin berfikir untuk melantik isteri atau salah seorang anak kita sebagai pemegang amanah. Kita harap mereka akan laksanakan tugasan sebagaimana hasrat kita kelak.

Amanah ini berat. Ada banyak kes yang kami tangani melibatkan khianat si pemegang amanah. Ada datuk yang membolot harta amanah yang dipegang untuk cucu. Adik beradik tidak terkecuali. Harta amanah yang dipegang tiba-tiba ditukarmilik kepada anaknya sendiri. Tindakan ini boleh menimbulkan banyak spekulasi dan kes-kes sebegini sebenarnya tidak asing di kalangan orang kita.

Jika kita terpaksa memilih untuk melantik pemegang amanah, maka, buatlah dokumentasi yang sempurna. Jika sekadar melantik pemegang amanah atas dasar kepercayaan, tentunya risiko penyelewengan ada.

Antara isu dengan pemegang amanah ini ialah keengganan si pemegang amanah menukarmilik harta amanah. Apabila didesak, banyak p**a syarat-syarat lain yang dikenakan. Isu ini biasanya berpanjangan dan boleh meretakkan hubungan baik antara ahli keluarga.

Dengan kefahaman yang jelas, kami percaya hibah dan wasiat boleh menjadi medium perancangan pewarisan terbaik. Insya Allah, tajuk ini akan dikupas dalam siri yang berikutnya.

Eid Mubarak semua!
22/05/2023

Eid Mubarak semua!

Address

5-1-1, Jalan Medan PB 4A, Seksyen 9
Kajang
43650

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60389221485

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs. Kama & Wan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Messrs. Kama & Wan:

Share

Category