12/07/2023
KURSUS PROFESIONAL PEWARISAN: KIRA, RANCANG & URUS
Maka tamatlah secara rasmi “Kursus Profesional Pewarisan: Kira, Rancang & Urus”, bagi batch yang pertama.
Saya memberikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta yang menamatkan kesemua modul kursus selama 12 minggu.
Kursus ini dibahagikan kepada 3 kategori sebagaimana berikut:
1. Kira Faraid; 4 minggu (16 jam) saya ajarkan mengenai faraid merangkumi asas, syarat, sebab, penghalangan pusaka. Selepas itu masuk bab mengenali waris, diikuti tertib asabah dan hijab mahjub. Selepas itu kaedah pengiraan faraid melalui template kirossako sampailah kepada kes-kes yang masyhur, ‘aul dsb. 2 minggu terakhir kita masuk kematian berlapis di samping latihan & akhirnya saya sentuh juga kiraan secara takharuj & radd.
2. Rancang Pewarisan; 4 minggu (16 jam) saya kongsikan mengenai pelbagai isu hibah meliputi hibah mutlak, hibah bersyarat, hibah amanah, hibah takaful, hibah hartanah dalam gadaian, dan dokumentasi hibah. Fuh…. Memang detail mengenai hibah. Selepas itu saya sentuh mengenai wasiat, secara khusus wasiat kepada waris dan dokumentsi wasiat.
3. Urus Harta Pusaka; 4 minggu (16 jam) saya kongsikan tentang pengurusan harta pusaka bermula dengan hak-hak harta peninggalan, penentuan sama ada sesuatu harta penginggalan itu harta pusaka atau bukan. Kemudian kita sentuh mengenai tuntutan harta sepencarian & isu wasiat wajibah dalam pengurusan harta pusaka. Selepas itu, pendetailan pengurusan pusaka dalam bicara pusaka kecil dan pusaka besar. Saya seterusnya sentuh juga tentang perbalahan probet yang biasa terjadi. Akhirnya, sedikit perbincangan mengenai waris hilang & isu-isu pengurusan pusaka yang timbul pada hari ini, solusi & harapan pada masa hadapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada peserta -peserta terawal. Terima kasih kerana sanggup menjadi ‘tikus putih’ kepada pihak Solusi Pewarisan Sdn Bhd. Kepercayaan yang diberikan oleh anda kepada pihak syarikat sangat kami hargai. Banyak yang kami belajar dari batch yang pertama ini.
Kami akan tambah baik dan perbaiki kelemahan-kelemahan kami. Kami sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak ke arah sama-sama menyuburkan budaya ilmu supaya isu pusaka beku dapat kita sama-sama tangani.
Bagi peserta yang tidak melengkapi kesemua modul, anda dialu-alukan untuk menyertai modul yang tertinggal. Bagi mereka yang baru berminat untuk menyertai Kursus ini bagi batch yang kedua, sila tulis ‘Saya berminat’ supaya mudah kami hubungi anda apabila Kursus kali kedua akan dimulakan nanti.
Saya halalkan ilmu yang yang telah saya curahkan ini. Semoga ia bermanfaat dan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Saya bukanlah yang terbaik. Saya sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik.
Yang baik datangnya dari Allah. Yang kurang adalah kelemahan diri saya sendiri.
Semoga Allah memberkati hidup kita semua.
Tn Hj Ahmad Termizi Abdullah
Pengarah, Solusi Pewarisan Sdn Bhd