Faridah & Partners, Advocates & Solicitors

Faridah & Partners, Advocates & Solicitors We are a legal firm registered with the Malaysian Bar Council specializing in conveyancing and land law practices. PRACTICES AREA
1. Corporate Agreement
2.

Property, Real Estate & Conveyancing
3. Litigation & Dispute Resolution
4. Employment
5. Family Law
6. Hibah & Will

Soalan: Saya ingin membuat pindah milik hartanah areah ibu kepada nama saya dan dalam S&P masih ada 2 nama iaitu nama ad...
07/10/2024

Soalan:

Saya ingin membuat pindah milik hartanah areah ibu kepada nama saya dan dalam S&P masih ada 2 nama iaitu nama adik lelaki dan arwah ibu saya.

2. Rumah itu sudah dilepaskan gadaian dari bank dan tetapi belum buat perfection dan masih atas nama pemaju. Saya juga telah mengambil kuasa mentadbir( borang F)untuk bahagian arwah ayah saya dan adik saya juga bersetuju untuk beri bahagiannya dan lepaskan haknya kepada saya. Bolehkeh pindah milik ni dilaksanakan secara "direct transfer" ke nama saya? Atau perlu lakukan perfection mngikut nama didalam S&p dahulu?

Jawapan:

1) Ini adalah jawapan kepada yang membuat bicara pusaka di pejabat tanah dan bukan Mahkamah tinggi.

2) Sebelum proses perfection, kita perlu selesaikan isu pusaka dahulu. Borang F yang diambil hanya utk tujuan masukkan nama sebagai Pentadbir sahaja.

3) Lantik peguam dan minta siapkan Deed of Receipt and Reassignment serta lampirkan borang F, hantar kepada Pemaju utk proces Perfection of Transfer dahulu. Apabila Geran sudah keluar akan tunjuk 1/2 share nama Encik sbg Pentadbir dan 1/2 share atas nama adik.

4) Kemudian, boleh buat permohonan seterusnya guna Borang P di pejabat pusaka utk batalkn Pentadbir di dalam Geran dan turunmilik kepada Encik sebagai benefisiari( penerima) dan minta abang tolak hak dia untuk harta pusaka itu.

5) Bila perintah pusaka yang baru sudah keluar, Encik boleh minta peguam sediakan Borang pindahmilik (14A) untuk abang pindahmilik 1/2 bahagian dia kepada Encik dan kepilkan sekali Perintah Pusaka terbaru agar harga keseluruhan dipindahmilik.

Faridah Begum Abdul Rahman

*** gambar sekadar hiasan

Soalan: Ayah saya telah meninggal dunia tahun lepas. Arwah ada 3 biji rumah dan tanah sawit. Ibu saya masih hidup dan me...
01/10/2024

Soalan:

Ayah saya telah meninggal dunia tahun lepas. Arwah ada 3 biji rumah dan tanah sawit. Ibu saya masih hidup dan mempunyai 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Semasa bicara pusaka, ibu minta abang jadi pentadbir. Selepas itu abang saya jadi Boss di rumah dan tidak hiraukan kami. Dia juga hendak menjual rumah-rumah tersebut tanpa pengetahuan kami. Apa sebenarnya tugas pentadbir dan boleh kah abang jual rumah tanpa kebenaran kami?

Jawapan:

1. Pentadbir yang dilantik, tugasnya hanya mentadbir sahaja sehingga selesainya urusan pusaka. Jika ada apa- apa urusan di pejabat tanah, rumah sewa dan lain-lain pentabdir yg akan uruskan tanpa melibatkan waris lain. Orang yang bukan dari kalangan waris juga boleh dilantik sebagai pentadbir. Lazimnya 2-4 orang pentadbir diperlukan sekiranya melibatkan waris bawah umur 18 tahun.

2. Kesemua hartanah masih dimiliki oleh kesemua waris-waris dan nama pentadbir atas geran sebagai pentadbir sahaja dan bukan pemilik. Dia memegang harta itu bagi pihak kesemua waris.

3. Pentadbir tidak boleh menjual / pindahmilik hartanah tanpa persetujuan dan tandatangan kesemua waris dan suatu perintah jualan diperlukan apabila melibatkan harta atas nama pentadbir ini.

Faridah Begum Abdul Rahman

*** gambar sekadar hiasan

We are pleased to announce that commencing 01/10/2024, we have moved to a new address!
24/09/2024

We are pleased to announce that commencing 01/10/2024, we have moved to a new address!

soalan: Arwah bapa saya meninggal dunia tinggalkan hutang 200 ribu untuk personal loan, bolehtak saya minta waris-waris ...
12/09/2024

soalan:

Arwah bapa saya meninggal dunia tinggalkan hutang 200 ribu untuk personal loan, bolehtak saya minta waris-waris lain seperti adik beradik arwah untuk bayarkan sebab mereka waris dan berhak ke atas harta ikut faraid?

Jawapan:

1) Kita selalu dengar cerita orang rebut-rebut harta ikut faraid tapi jarang dengar waris-waris berebut nak bayar hutang sedangkan bayar hutang itu wajib.

2) Walaupun si mati meninggal dunia, hutang masih perlu dibayar dan ia perlu dibayar dengan harta pusaka si mati. Namun dalam keadaan si mati hanya tinggalkan hutang tanpa apa-apa harta, waris-waris boleh berusaha untuk membayar hutang tersebut. Tidak ada undang-undang yang mewajibkan semua waris untuk membahagikan hutang antara mereka dan membayar hutang tersebut.

3) Tidak ada sesiapa yang wajib membayar hutang tersebut kecuali si mati sendiri yang sepatutnya selesaikan semasa hidup.

faridah Faridah Begum Abdul Rahman

***gambar sekadar hiasan

soalan: Selepas ibu saya meninggal dunia, bapa saya telah berkahwin dengan puan X, ibu tiri. Sebelum berkahwin dengan ba...
03/09/2024

soalan: Selepas ibu saya meninggal dunia, bapa saya telah berkahwin dengan puan X, ibu tiri. Sebelum berkahwin dengan bapa saya, ibu tiri ada anak-anak dengan bekas suami. Ibu tiri juga ada anak dua (2) orang bersama bapa saya. Sekarang ibu tiri dah meninggal dunia. Boleh tak saya tuntut harta dan wang kwsp ibu tiri?

Jawapan: Walaupun soalan agak susah nak baca dan faham tetapi jawapannya mudah. Jawapannya lebih terang sekiranya ada peta pokok, namun peguam tak cukup masa nak lukis pelan bagai.

1) orang yang berhak ke atas harta MESTI ada pertalian darah. Orang yang ada pertalian darah dan waris kepada ibu tiri itu ialah:-

a) anak kandung dari perkahwinan lalu;

b) anak kandung dari perkahwinan kini;
c) suami; dan

d) ibu bapa (kalau masih hidup)

2) Anak tiri, anak angkat semua tak dapat apa-apa dari harta pusaka kecuali diberi sebagai hadiah semasa si mati masih hidup.

3) Sekiranya suami (ayah kepada TT) nak bagi bahagian harta yang dia perolehi daripada harta pusaka isterinya kepada TT atas kasih sayang, ia boleh dan ayah TT perlu melakukannya semasa beliau masih hidup.

harap membantu.

Faridah Begum Abdul Rahman

***gambar sekadar hiasan

Mitos freehold vs leaseholdHartanah Freehold atau leasehold telahpun ditetapkan dalam hak milik. Ianya tidak boleh diuba...
19/05/2023

Mitos freehold vs leasehold

Hartanah Freehold atau leasehold telahpun ditetapkan dalam hak milik. Ianya tidak boleh diubah kecuali dari Pihak Berkuasa Negeri (PBN) secara mudah faham ialah kerajaan negeri.

Perbezaan antara freehold dan leasehold adalah pegangan (tenurement) di mana hartanah freehold mempunyai pegangan kekal dan leasehold (pajakan) adalah pegangan selama 30, 60, 99 atau 999 tahun. Kebiasaannya 99 tahun.

Orang selalu tanya saya soalan seperti "Puan, saya beli rumah leasehold kat bangi, betulkeh kerajaan ambil rumah saya nanti?"

Terdapat banyak salah faham dalam masyarat mengenai hartanah freehold dan pajakan ini. Antaranya ialah :-

1) "Kalau tamat tempoh pajakan 99 tahun, saya kena pindah dari rumah sebab kerajaan nak ambil rumah saya keh?"

Pajakan ini sama konsepnya seperti kita sewa rumah orang. Bila sudah habis tempoh sewaan, perlu p**angkan semula kepada tuan tanah atau buat renewal tenancy (sambungan sewaan). Jadi apabila menghampiri tempoh tamat pajakan perlulah mohon untuk lanjutkan tempoh pajakan tersebut di Pejabat Tanah. JANGANLAH ESOK NAK TAMAT, HARINI NAK MOHON, PROSES AMBIL MASA LEBIH KURANG SETAHUN. Yang bagusnya mohon dalam tempoh berbaki 30 tahun. Dalam keadaan normal, jarang-jarang kerajaan negeri tak benarkan permohonan lanjutkan tempoh pajakan dengan syarat ada bayar premium.

2) "Kerajaan takkan ambil hartanah freehold, rumah kita selamat"

Sekiranya kerajaan hendak mengambil sesuatu tanah mengikut kuasa di bawah Akta Pengambilan tanah 1960 untuk kepentingan awam membina infrastruktur, landasan LRT, Monorail, lebuhraya dan sebagainya, kerajaan boleh sahaja ambil semua tanah -tanah tersebut, tak kesahlah rumah itu freehold atau leasehold. Pampasan yang setimpal tetap akan dibayar.

3) "rumah freehold senang nak jual kepada non-bumi"

Hartanah Leasehold (pajakan) ini ada sekatan di mana perlu mendapatkan satu kebenaran negeri untuk dipindahkan/ dijual. Dalam situasi biasa tidak ada masalah, kecuali rumah leasehold tersebut "bumi lot". Namun ia masih boleh dibuat oleh peguam yang berpengalaman.

Ada juga rumah freehold yang mempunyai sekatan seperti MCL, malay reserve dan sebagainya. Jadi, tak adalah senang sangat nak jual.

4) "tempoh 99 tahun ini, 7 keturunan pun takkan habis"

Tempoh 99 tahun ini bukan dikira dari tarikh kita beli hartanah, contoh kita beli rumah tahun 2020, kita ingat tahun 2110 baru habis, ah salah itu. Tarikh tamat pajakan ada dinyatakan dalam muka surat pertama hakmilik. Jadi bila beli rumah atau tanah dengan gunakan pinjaman bank, periksa tahun tamat pajakan. Bank selalunya tak luluskan pinjaman untuk pajakan yang berbaki 30 tahun ke bawah.

faridah begum abdul rahman

***gambar sekadar hiasan

February is a month for progress, and we're here to help you with that next step! Our Law Firm assists clients in all 9 ...
10/02/2023

February is a month for progress, and we're here to help you with that next step!

Our Law Firm assists clients in all 9 States (except Sabah & Sarawak) in Malaysia.

schedule a FREE 15-Minute Consultation today.

Contact us at 03-87510942/ 0122045859 or email [email protected]

Need more information on what we do best? Check our list below.

✅ conveyancing
✅ corporate agreements
✅ Muslim &non Muslim divorces
✅ pusaka, probate and letter of administrations
✅ adoption
✅ insolvency/ bankruptcy

Merata-rata orang bertanya berkenaan kes saman fitnah, sama ada fitnah secara terus atau dalam sosial media seperti face...
17/08/2022

Merata-rata orang bertanya berkenaan kes saman fitnah, sama ada fitnah secara terus atau dalam sosial media seperti facebook, tiktok, instagram dan sebagainya. Sudah menang kes fitnah pun, masih ada isu bertanyakan bagaimana nak dapatkan duit daripada Defendan yang gagal membayar gantirugi saman? Sebab itu selalunya peguam akan bertanya orang yang fitnah itu berduit atau tidak:)

Ada beberapa langkah yang boleh diikuti untuk dapatkan balik gantirugi tersebut:-

a) Penyitaan dan lelongan barangan milik defendan;
b) Bankrapkan Defendan sekiranya nilai tuntutan melebihi
RM 100,000.00;
c) meneruskan proses garnishee untuk membekukan duit defendan di dalam bank dan seterusnya dipindahkan kepada Plaintif (yang menuntut); dan
d) perintah prohibitory untuk menyita dan melelong hartanah Defendan.

Kesemua proses di atas ini bukanlah mudah dan pastinya menelan puluhan ribu untuk melakukan proses tersebut. Kadang-kadang si pembuat fitnah tak memiliki apa-apa harta, dan agak membazir untuk membawa tindakan ke atas mereka. Namun tindakan fitnah perlu diambil sekiranya ia bertujuan bukan untuk tuntutan wang tetapi untuk prestej/ maruah seseorang atau sesuatu perniagaan.

Faridah Begum Abdul Rahman
Tanya Peguam Faridah
faridah &partners

***gambar sekadar hiasan

HUTANG LAPUKAdakah anda selalu mendapat panggilan daripada "debt collector" atau tukang pungut duit walaupun hutang dah ...
29/06/2022

HUTANG LAPUK

Adakah anda selalu mendapat panggilan daripada "debt collector" atau tukang pungut duit walaupun hutang dah bertahun-tahun?

Ramai antara kita berhutang dan pernah berhutang untuk memiliki atau membeli rumah, kereta, motor, telco, kad kredit, beli perabut dan sebagainya. Ada kalanya terdapat masalah kewangan dan kita tidak dapat membayar bayaran/ansuran tersebut sungguhpun hutang tersebut telah melebihi 10tahun.

Kita kena tahu bahawa hutang yang sepatutnya dituntut oleh Pemberi pinjaman /penjual adalah dalam tempoh 6 tahun sahaja. Sekiranya melebihi 6 tahun (limitation act 1953), pemberi hutang (atau pemuitang) adalah dihalang daripada membawa apa-apa tindakan undang-undang ke atas penerima hutang tersebut. Ini bermakna hutang melebihi 6 tahun tidak perlu lagi dibayar.

Anda tidak akan terima saman, lelong, kena tangkap atau masuk penjara seperti yang sering diperkatakan oleh debt collector. Ada juga yang sering katakan terima panggilan daripada Mahkamah untuk membuat bayaran. Mahkamah semestinya mempunyai kerja yang banyak dan tidak mungkin buat panggilan untuk menyuruh anda membayar hutang lagi-lagi pada hari sabtu/ ahad/ cuti umum sebagainya.

Selepas tamatnya 6 tahun, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan kecuali ada bukti yang menyatakan wujudnya unsur penipuan atau kesalahan (mistake) yang menyebabkan pemiutang tidak dapat mengenali tuntutan mereka.

Sekiranya masih diburu oleh debt collector, anda boleh memilih untuk :-
1) bayar hutang tersebut kepada syarikat debt collector atau pemiutang tersebut dan simpan resit(jangan bayar kepada orang persendirian)

2) biarkan saja debt collector untuk panggilan dan tidak perlu dibayar.

***Setiap hutang perlu dibayar (pesanan penaja:)

Faridah begum Abdul Rahman
Tanya Peguam Faridah


gambar sebagai hiasan saja.

BEKAS ISTERI TUNTUT HARTA PUSAKA?Soalan: Saya dan isteri telah bercerai. Bolehtak bekas isteri saya buat tuntutan harta ...
17/06/2022

BEKAS ISTERI TUNTUT HARTA PUSAKA?

Soalan: Saya dan isteri telah bercerai. Bolehtak bekas isteri saya buat tuntutan harta pusaka apabila saya meninggal dunia kelak? Adakah anak-anak saya (yang dilahirkan oleh bekas isteri) boleh tuntut untuk harta pusaka?

Jawapan 1) Bekas isteri tidak boleh menuntut harta pusaka sebab si bekas isteri bukan lagi waris yang layak. Tetapi sekiranya isteri tersebut diceraian dan suami p**a meninggal dunia dan ianya dalam tempoh iddah (bagi yang muslim) bekas isteri boleh mohon untuk menuntut harta anda.

2) Anak-anak kandung yang dilahirkan adalah waris-waris dan mereka layak untuk mendapatkan harta pusaka walaupun ada penceraian di antara ibu bapa mereka.

Harap membantu:)

Faridah Begum Abdul Rahman
Tanya Peguam Faridah

***gambar sekadar hiasan

pagi ini ada  mesej masuk:Soalan: ceritanya macamni puan, tunang saya pegang duit kahwin saya dan berjanji untuk berkahw...
16/06/2022

pagi ini ada mesej masuk:

Soalan: ceritanya macamni puan, tunang saya pegang duit kahwin saya dan berjanji untuk berkahwin. Tapi bulan April haritu dia kahwin dengan orang lain. Duit yang saya beri sebanyak rm 4850.00. Apabila saya hendak tuntut semula dia beri pelbagai alasan. Macamana cara untuk tuntut duit saya? Boleh ke saya saman dia atas kerugian masa dan tenaga kerena menjadi tunang dia selama ini.

Jawapan: 1) Bersyukur cik kerana tidak berkahwin dengan tunang tersebut. Ramai lelaki yang pinjam dan menggunakan duit isteri dan tidak bekerja. Berdoa agar cik dapatkan suami yang lebih baik. Namun saman seorang kerana rugi masa dan tenang menjadi tunang dan tidak jadi kahwin itu mungkin sukar untuk dibuktikan sama ada berlakunya kerugian masa dan tenaga disebabkan tidak jadi kahwin itu, jadi susah untuk peguam membela kes sebegitu.

2) Duit yang diberi boleh dituntut. Cik boleh membawa satu tindakan tuntutan kecil di Mahkamah Majistret di mana tiada peguam diperlukan dan lebih jimat. Pastikan segala resit dan bukti pemberian wang tersebut ada disimpan untuk membawa tindakan tersebut. Segala tuntutan individu bawah RM5000 boleh dituntut melalui saman tuntutan kecil.

Harap membantu:)

Faridah Begum Abdul Rahman
Tanya Peguam Faridah


gambar hiasan

Bila saya muflis, boleh tak saya jual rumah saya? Atau Pindahmilik harta saya ke nama isteri?Ramai tanya saya soalan-soa...
15/06/2022

Bila saya muflis, boleh tak saya jual rumah saya? Atau Pindahmilik harta saya ke nama isteri?

Ramai tanya saya soalan-soalan ini. Bolehtak saya jual rumah saya tanpa pengetahuan pihak insolvensi atau pindahmilik atas nama anak saya saudara mara.

Jawapannya TIDAK, kerana kesemua aset, hartanah termasuk segala harta keperibadian kita akan disita oleh Jabatan Insolvensi. Kita tidak boleh memindahkan atau menjual harta pemilikkan kita kepada saudara-mara sebelum diisytihar muflis.

Ini kerana Jabatan Insolvensi Malaysia ada kuasa untuk tarik balik semua pindahmilik sama ada melalui jualan atau pindahmilik yang dibuat dalam masa 5 tahun atau 2 tahun (sekiranya melalui jualan).
Sebagai contoh, anda memindahkan sebuah rumah kepada anak dengan niat untuk melindunginya daripada diambil oleh pihak insolvensi.

Jabatan Insolvensi boleh mengisytiharkan pemindahan itu tidak sah, mengambil alih hartanah tersebut dan selalunya melupuskan hartanah itu melalui lelongan. Rumah yang kita tinggal dan kereta yang kita guna bukan atas nama sendiri tetapi nama ahli keluarga/ saudara atau kawan-kawan, ianya tidak akan diusik oleh pihak insolvensi.

Ingat, setiap hutang wajib dibayar.

Faridah Begum Abdul Rahman

***GAMBAR HIASAN

Address

No. 50-2, Jalan TTDI Grove 1/2, Taman TTDI Grove
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60122045859

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faridah & Partners, Advocates & Solicitors posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Faridah & Partners, Advocates & Solicitors:

Share

Category