Penasihat Undang-Undang Syariah : Nur Aqilah

Penasihat Undang-Undang Syariah  : Nur Aqilah (Perceraian, Pengesahan Cerai, Pengesahan Nikah, Nafkah, Mutaah, Hadhanah, Harta Sepencarian, Faraid

Bersamalah dengan orang yang orang tuanya menerima kita sebagai menantu, yang anggap kita seperti anak sendiri, yang men...
26/02/2025

Bersamalah dengan orang yang orang tuanya menerima kita sebagai menantu, yang anggap kita seperti anak sendiri, yang menerima kita tanpa syarat.

Watch, follow, and discover more trending content.

Kerana dalam perkahwinan bukan bagaimana menjadi yang "paling", tapi bagaimana menjadi "saling". 🫢🏻
25/02/2025

Kerana dalam perkahwinan bukan bagaimana menjadi yang "paling", tapi bagaimana menjadi "saling". 🫢🏻

Watch, follow, and discover more trending content.

Pernikahan cuma perlu sedikit cinta, selebihnya komunikasi, toleransi dan kerjasama.
24/02/2025

Pernikahan cuma perlu sedikit cinta, selebihnya komunikasi, toleransi dan kerjasama.

Watch, follow, and discover more trending content.

Secara asasnya, seorang ibu berhak untuk mendapat hak penjagaan terhadap anaknya yang masih kecil. Namun, hak tersebut b...
04/01/2024

Secara asasnya, seorang ibu berhak untuk mendapat hak penjagaan terhadap anaknya yang masih kecil. Namun, hak tersebut boleh digugurkan atas faktor-faktor berikut;

βœ… ibu tersebut berkahwin dengan lelaki lain yang tiada pertalian dengan anaknya,
βœ… ibu tersebut berkelakuan tidak senonoh secara keterlaluan dan terbuka,
βœ… ibu tersebut sengaja berpindah atau menukar permastautinannya dengan tujuan untuk memisahan anak tersebut dengan ayahnya,
βœ… ibu tersebut didapati cuai dan melakukan penganiayaan terhadap anaknya,
βœ… ibu tersebut murtad.

Cerita semalam, bicara kes fasakh pelakon Afiq Muiz di Mahkamah. Fasakh ialah salah satu bentuk perceraian yang mana Mah...
16/06/2023

Cerita semalam, bicara kes fasakh pelakon Afiq Muiz di Mahkamah.

Fasakh ialah salah satu bentuk perceraian yang mana Mahkamah sendiri yang akan bubarkan perkahwinan pihak-pihak berdasarkan alasan-alasan yang telah dibuktikan oleh pihak-pihak. Alasan-alasan yang dikemukakan untuk cerai secara fasakh perlu dibuktikan dengan satu pembuktian yg kukuh oleh pihak yang menuntut.

Kesan perceraian fasakh ni, sekiranya Mahkamah putuskan supaya perkahwinan tersebut dibubarkan, pihak-pihak tidak boleh rujuk semula kerana fasakh merupakan talak baik sughro. Namun sekiranya ingin bersatu semula, pihak-pihak perlu bernikah dengan akad dan mahar yang baru sekali lagi.

"Ya Allah, kau matikan lah rasa dan perasaan aku pada suami ku"Sedih consult client harini. Isteri datang mengadu nak mo...
29/05/2023

"Ya Allah, kau matikan lah rasa dan perasaan aku pada suami ku"

Sedih consult client harini. Isteri datang mengadu nak mohon cerai selepas suami kantoi langgan pelacur.

Ya, sama macam kisah yang baru viral melibatkan penyanyi tu.

"Saya sampai dah benci tengok muka dia"

"Saya nak cerai, tapi bila tengok muka anak-anak saya jadi kesian"

Begitulah, bila melibatkan hati dan perasaan ni, kadang kita terpaksa bertahan demi anak-anak.

Semoga Allah mudahkan urusan si isteri, dan bukakan jalan keluar untuk ujian yang dihadapi.

Selesai konsultasi dengan client untuk kes faraid. Isu faraid harta pusaka Si Mati ni, kalau tak setel secepat yang mung...
15/03/2023

Selesai konsultasi dengan client untuk kes faraid.

Isu faraid harta pusaka Si Mati ni, kalau tak setel secepat yang mungkin, takut termakan harta batil.

Alhamdulillah kes cerai harini selesai pada sebutan kali pertama sahaja. Selalu dapat soalan berapa lama sesuatu kes bol...
17/01/2022

Alhamdulillah kes cerai harini selesai pada sebutan kali pertama sahaja.

Selalu dapat soalan berapa lama sesuatu kes boleh diselesaikan?

Tempoh sesuatu kes diselesaikan bergantung kepada kes yg didaftarkan, kerjasama pihak-pihak, kepatuhan kepada arahan mahkamah.

Kalau kes permohonan perceraian di mahkamah, Hakim akan lihat kepada penyempurnaan saman kepada Defendan dan pendirian Defendan. Kalau saman sempurna diserahkan kepada Defendan, dan Defendan bersetuju utk bercerai, maka kes boleh diselesaikan pada hari yg sama.

Bab harta pusaka ni jangan dilengahkan sesaat. Kita bukan tahu ajal siapa sampai dulu, boleh jadi kita, boleh jadi ahli ...
03/01/2022

Bab harta pusaka ni jangan dilengahkan sesaat. Kita bukan tahu ajal siapa sampai dulu, boleh jadi kita, boleh jadi ahli keluarga kita.

Bila berlaku je kematian, terus cepat uruskan harta si mati. Tak perlu pikir "kubur arwah masih merah". Harta si mati ni pun penting untuk diuruskan supaya waris-waris si mati tak termakan harta yg batil.

Kalau ditangguhkan urusan, bila berlakunya kematian ahli waris si mati, jadi la faraid berlapis.

P/s: Harini setelkan pengiraan faraid 3 lapis anak guam. Baru 3 lapis. Ada yg sampai berbelas lapis. 😭

Harini nak cakap pasal saman malu dan saman fitnah. Malaysia ade dua bidangkuasa mahkamah. 1) mahkamah sivil (mahkamah m...
29/12/2021

Harini nak cakap pasal saman malu dan saman fitnah.

Malaysia ade dua bidangkuasa mahkamah.

1) mahkamah sivil (mahkamah majistret, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan, mahkamah persekutuan)
2) mahkamah syariah (mahkamah rendah, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan)

Tiap-tiap mahkamah ini ada bidangkuasa mal dan jenayah.

Jadi untuk kes berkaitan saman fitnah atau saman malu terletak di bawah bidangkuasa mal mahkamah sivil. Mahkamah syariah tiada bidangkuasa nak putuskan kes melibatkan fitnah atau saman malu.

Address

D-3-2, Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penasihat Undang-Undang Syariah : Nur Aqilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Penasihat Undang-Undang Syariah : Nur Aqilah:

Share

Category