Anas Sazira & Partners

Anas Sazira & Partners Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anas Sazira & Partners, Legal Service, No 16A, Jalan Diplomatik 3/1, Diplomatic Enclave, Presint 15, Putrajaya.

🔹 Boutique Shariah Law Firm | Est. 1999 🔹
📍 Our Services:
✅ Corporate & Commercial-Commercial Contracts, Investment, Mergers & Acquisitions, Shareholders Agr, JV, Fundraising
✅ Real estate–SPA & Loan
✅ Syariah-Faraid & Estate Distribution

📝 Grant of Probate vs Geran Surat Kuasa Mentadbir – Apa Bezanya?Bila orang tersayang meninggal dunia, kita selalu tertan...
30/06/2025

📝 Grant of Probate vs Geran Surat Kuasa Mentadbir – Apa Bezanya?

Bila orang tersayang meninggal dunia, kita selalu tertanya… kena buat apa dulu untuk urus harta pusaka dia?

💡 Ini ringkasan mudah untuk faham:

🔹 Grant of Probate (GP)
➡ Kalau arwah ada tinggalkan wasiat yang sah,
➡ Pentadbir (executor) yang disebut dalam wasiat akan mohon di Mahkamah Tinggi untuk urus dan agih harta pusaka ikut apa yang dia tulis dalam wasiat. Wasiat tidak boleh lebih 1/3 harta kepada bukan ahli waris. Bagaimana jika wasiat kepada ahli waris?
➡ Boleh buat pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah.

🔹 Geran Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration / LA)
➡ Kalau arwah tak ada wasiat (meninggal tanpa wasiat).
➡ Waris terdekat atau orang yang berkepentingan kena mohon untuk urus harta pusaka.

🏠 Bukan Islam: Agih ikut Akta Pembahagian 1958.
🌙 Islam: Agih ikut hukum Faraid. (kena ada sijil faraid untuk mohon LA)

🏛 Nak mohon kat mana?
✔ Amanah Raya Berhad – Kalau harta ≤ RM600k (aset alih je, tak termasuk rumah/tanah)
✔ Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil (Pejabat Tanah) – Kalau harta ≤ RM2 juta (ada rumah/tanah)
✔ Mahkamah Tinggi Malaysia – Kalau harta > RM2 juta

💬 Masih keliru nak mula kat mana?

🌙 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447HSemoga tahun baru ini menjadi titik perubahan untuk kebaikan yang berpanjangan.Ikhl...
27/06/2025

🌙 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H

Semoga tahun baru ini menjadi titik perubahan untuk kebaikan yang berpanjangan.

Ikhlas daripada: ANSARLEGAL

17/06/2025

👉 Bayangkan ini berlaku pada anda...

Ayah Wasiatkan Rumah Pada Anda. Anda bina rumah atas tanah ayah, guna duit sendiri — hasil berniaga kuih 10 tahun, simpan sikit-sikit, akhirnya jadi RM100,000. Rumah itu tempat berlindung, tempat cari rezeki.

Tiba-tiba ayah ubah fikiran.
“Tanah ni ayah nak wasiatkan untuk adik kamu"

Isu:
📌 Wasiat kepada waris (contohnya anak sendiri), adakah mesti dapat persetujuan semua waris lain selepas ayah meninggal dunia?
📌 Tanah itu selagi belum dipindah milik, masih harta ayah — beliau boleh hibah, wakaf, atau berwasiat selagi beliau hidup.
📌 Jika rumah dah dibina guna duit sendiri, adakah anda ada hak tuntut nilai kos rumah atau pampasan dalam proses pembahagian?

Klinik Guaman Percuma:
📞 Hubungi kami untuk pendaftaran:
wasap.my/60193474465/klinikguamanpercuma
Boleh daftar Klinik Guaman di sini : https://tinyurl.com/DaftarKlinikGuaman

15/06/2025

🌟 Selamat Hari Bapa 🌟
💼 Happy Father’s Day 💼

Kami mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa, ayah, walid, Abah yang hebat di luar sana. Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan, dan kasih sayang yang menjadi tunjang keluarga.

Semoga setiap langkah dan perjuangan anda terus diberkati.

✨ Hari ini kita raikan cinta seorang ayah — pelindung, pembimbing dan pahlawan keluarga.

15/06/2025

🎯 "Harta pusaka boleh selesai ikut cara FARAID atau MUAFAKAT?
Atau ikut saluran Mahkamah, Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya?"

Ramai keliru! Sebenarnya ada dua perspektif:

1️⃣ Dari sudut PROSES / SALURAN UNDANG-UNDANG
✅ Proses penyelesaian = Saluran? Mahkamah, Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya.
👉 Ini tentang di mana nak failkan permohonan & ikut proses rasmi.

2️⃣ Dari sudut KAEDAH BAHAGIAN / KEPUTUSAN WARIS
✅ Cara bahagi = Faraid atau Muafakat.
👉 Ini tentang bagaimana harta pusaka itu dibahagikan.

📌 Penting:
➡ Bila buat permohonan pusaka (apa pun saluran), waris tetap perlu kemukakan siapa waris faraid yang layak.
➡ Kalau waris nak bahagikan ikut muafakat, semua kena tandatangan setuju.
➡ Kalau tak sepakat, automatik akan bahagi ikut faraid.

📌 Klinik Guaman Percuma
📞 Hubungi kami untuk pendaftaran:
wasap.my/60193474465/klinikguamanpercuma
Boleh daftar Klinik Guaman di sini : https://tinyurl.com/DaftarKlinikGuaman

🔍 Lelaki bujang meninggal dunia. Tiada isteri. Tiada anak. Tapi ada RM500,000 dalam simpanan.Siapa sebenarnya waris sah ...
07/06/2025

🔍 Lelaki bujang meninggal dunia. Tiada isteri. Tiada anak. Tapi ada RM500,000 dalam simpanan.

Siapa sebenarnya waris sah ikut hukum faraid?

Ramai yang masih keliru, terutamanya bila si mati ada ibu ayah, atau adik-beradik kandung.
Ada yang sangka semua adik-beradik automatik dapat bahagian… tapi betul ke?

Jom kami tunjuk kiraan step-by-step dalam bentuk carousel untuk bantu anda faham:

📌 Jika ibu & ayah masih hidup
📌 Jika hanya ayah masih hidup
📌 Jika hanya ibu masih hidup
📌 Jika ibu & ayah telah meninggal dunia

🧾 Semua berdasarkan hukum faraid yang sah di sisi syarak & undang-undang.

📞 Hubungi kami untuk pendaftaran:

wasap.my/60193474465/klinikguamanpercuma

Boleh daftar Klinik Guaman di sini : https://tinyurl.com/DaftarKlinikGuaman

Selamat Hari Raya AidiladhaSemoga pengorbanan kita diterima Allah dan membawa keberkatan yang berpanjangan.
07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha

Semoga pengorbanan kita diterima Allah dan membawa keberkatan yang berpanjangan.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
02/06/2025

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 2 Jun 2025 Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.

Sembah takzim daripada Anas Sazira & Partners


Cerita Rumah Pertama“Rumah ni… hadiah untuk diri sendiri lepas bertahun berkorban.”Masa Puan M hubungi kami, suaranya te...
18/04/2025

Cerita Rumah Pertama

“Rumah ni… hadiah untuk diri sendiri lepas bertahun berkorban.”
Masa Puan M hubungi kami, suaranya tenang... tapi dalam kata-katanya, kami rasa betapa kuatnya keinginannya nak ada rumah sendiri.

Dia cakap,
“Rumah ni bukan untuk menunjuk… Tapi untuk rasa ‘aku pun layak ada tempat sendiri' setelah berpuluh tahun bekerja.”

✅ Rumah tu rumah subsale - dia sendiri yang cari, dia dah tengok rumahnya
✅ Tapi bila sampai bab pindahmilik dan nak buat pinjaman LPPSA, dia buntu.
✅ Macam-macam dia dengar: “kena ikut prosedur itu ini”, “rumah macam ni susah lulus”, “kena lantik peguam sendiri”, "takut rumah ada caveat"

Dia hampir putus asa… kerana ini rumah pertama, dan dia tak ada pengalaman.
Tapi dia cuba juga cari bantuan — dan alhamdulillah, kami diberi peluang untuk bantu.

Langkah demi langkah kami jalan bersama.
📌 Semak status tanah dan geran.
📌 Sediakan perjanjian jual beli (S&P).
📌 Urus dokumen untuk LPPSA.
📌 Sampailah kunci bertukar tangan.

Katanya - “Terima kasih. Rumah ni… bukan sekadar rumah. Ini permulaan baru saya. Rumah Pertama saya”
Kata kami - Terima kasih beri peluang kepada kami temani langkah Puan miliki Rumah Pertama."

Kami tahu, "SETIAP RUMAH ADA CERITA".

Kalau awak pun sedang berusaha untuk miliki rumah sendiri – dan perlukan bantuan untuk urus proses LPPSA – kami sedia bantu.

❤️ Sebab kami faham – rumah pertama selalunya bukan tentang harta. Tapi tentang harga diri dan harapan.

📥 DM untuk konsultasi percuma
📲 Klik sini 👉 https://shorturl.at/KDEYb
📍 AnSarLegal – Friendly Legal Service, Professional Result.

📌 Nak Beli Rumah Subsale Guna LPPSA? Tapi Tak Tahu Kat Mana Nak Mula?Ramai yang tanya…✅ "Boleh ke beli rumah direct owne...
16/04/2025

📌 Nak Beli Rumah Subsale Guna LPPSA? Tapi Tak Tahu Kat Mana Nak Mula?
Ramai yang tanya…
✅ "Boleh ke beli rumah direct owner guna loan LPPSA?"
✅ "Apa prosesnya?"
✅ "Jika rumah owner masih gadai kat bank, macamana?"
✅ "Boleh guna lawyer tak?"

Jawapannya: BOLEH! Dan ya, kami boleh bantu anda membeli rumah impian anda!

Kalau anda:
🏡 Dah jumpa rumah impian
📄 Dah bincang harga dengan owner
📌 Tapi tak tahu step seterusnya…

Kami ada pengalaman urus kes macam ni – dari semakan status geran, sediakan S&P (perjanjian jual beli), hingga ke urusan pembiayaan dengan LPPSA.

📥 DM kami atau klik link untuk consultation PERCUMA.
📲 Klik sini 👉 https://shorturl.at/KDEYb
📍 AnSarLegal – Friendly Legal Service, Professional Result.

Jangan biarkan peluang beli rumah impian anda tergantung macam tu je!

Raya Raya Juga.Amanah tugasan dan urusan fail klien tetap kami laksanakan.Done urusan perserahan di Pejabat Tanah Putraj...
02/04/2025

Raya Raya Juga.
Amanah tugasan dan urusan fail klien tetap kami laksanakan.
Done urusan perserahan di Pejabat Tanah Putrajaya hari ini.

📍 AnSarLegal – Friendly Legal Service, Professional Result.

31/03/2025

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌙

Moga raya kali ini penuh dengan keceriaan dan kasih sayang bersama keluarga tersayang.

Mohon maaf zahir dan batin daripada kami di AnSar Legal.

📍 AnSarLegal – Friendly Legal Service, Professional Result.

Address

No 16A, Jalan Diplomatik 3/1, Diplomatic Enclave, Presint 15
Putrajaya
62050

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60388884465

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anas Sazira & Partners posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Anas Sazira & Partners:

Shortcuts

Share

Category