10/12/2025
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Malaysia mencatat kemenangan besar apabila Mahkamah Rayuan Paris pada 9 Disember 2025 membatalkan sepenuhnya โFinal Awardโ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kemenangan ini bukan sahaja kejayaan undang-undang, tetapi kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah.
Bagi pihak Sekretariat Khas War Room Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI, pasukan perundangan AGC, Wisma Putra, BHEUU, JPM, serta semua agensi Kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara. Ia membuktikan iltizam mempertahankan negara dengan berprinsip dan berpaksikan undang-undang.