Peguam Syarie Selangor Kuala Lumpur Putrajaya

Peguam Syarie Selangor Kuala Lumpur Putrajaya PENASIHAT SYARIAH, KEKELUARGAAN ISLAM (PENCERAIAN, PERKAHWINAN, NAFKAH, HADHANAH, POLIGAMI, HARTA SEPENCARIAN), HARTA PUSAKA ISLAM, WASIAT DAN HIBAH

Kami menyediakan perkhidmatan kekeluargaan Islam seperti;
- Harta Pusaka
-Hibah
-Harta Sepencarian
-Nafkah anak
-Nafkah tertunggak
-Hak jagaan anak
-Pengesahan cerai
- Dan lain-lain kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di Malaysia

08/02/2026

Merasa tertekan tidak tahu macamana nak sediakan dokumen perbicaraan di dalam Mahkamah?Tidak tahu macamana nak kendalikan saksi-saksi semasa perbicaraan tuntutan?

Hubungi kami.insyaAllah kami bantu anda.

Syarie Selangor #

01/01/2026

Masa berlalu semakin pantas.Kehidupan perlu diteruskan walau apa keadaan yang dihadapi.Justeru, berhenti membanding-bandingkan sisi kehidupan kita dengan orang lain.Begitu juga orang lain.Hentikan membanding-bandingkan sisi kehidupan anda dengan orang lain.Taqdir masing-masing tidak sama.Sesungguhnya Allah (SWT) telah menetapkan jalan cerita yang berbeza untuk setiap jiwa ciptaannya.

#
#

18/01/2023

BETULKAN PEMAHAMAN

Positifkan pemikiran kita bahawa sesiapa sahaja yang membuat keputusan melangkahkan kaki ke Mahkamah bukanlah bermaksud bahawa dia itu telah putus tahap kesabarannya.bukanlah bermaksud bahawa dia itu telah putus asa dengan ujian yang dihadapinya.bukanlah bermaksud dia wajib ke neraka.

Maka Siapakah yang telah mentaqdirkan semua perkara ke atas semua makhluk ciptaanNya.Tapi Kasih SayangNya Maha Besar mengatasi kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak.Walaupun Dia mentaqdirkan suatu kepedihan, dalam masa yang sama, Dia juga menyediakan jalan keluar dari kepedihan itu.

Pilihan di tangan masing- masing.Yang memilih untuk bertahan silakan. Memerlukan kesabaran juga. Yang memilih untuk mencari ketenangan dan keadilan melalui pintu Mahkamah pun dipersilakan.Pun tetap memerlukan kesabaran.

Yang merasakan tidak diuji dengan apa- apa, berhati-hati bila terdetik dan berkata-kata.Kerana ibarat pepatah yang masyhur, dunia ini bulat macam bola.Dunia ini berputar-putar.

Mendoakan kebaikan untuk sekalian yang diuji adalah lebih baik dan kebaikan itu akan berbalik kepada yang mendoakan.insyaAllah.

# #
# #

04/11/2022

DOKUMEN

Semasa dalam tempoh perkahwinan, kebiasaannya, sesiapa pun tak akan terfikir hendak menyimpan salinan/copy dokumen pemilikan sesuatu harta perkahwinan.

"Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"

Ujian hidup ini pelbagai.Biar zahir nampak sempoi dan bersahaja, tapi bersedialah.

Dokumen salah satu medium penting pembuktian pemilikan harta.susah juga hendak buktikan kes jika dokumen tidak lengkap.

jadi cerdik #
jadi bijaksana #

19/09/2022

Alhamdulillah.Setiap hari adalah hari yang baru untuk kita.Kuatkan hati.Hidup adalah perjuangan.Allah dan Rasul adalah matlamat utama.Betulkan niat dalam setiap langkah kehidupan.Kadang kita rasa hidup penuh ketidakadilan.Sebab itu Allah jadikan Mahkamah di Akhirat kerana sebenar-benar keadilan ada di sana.Selamat menjalani kehidupan.

BERSEDIA MEMBANTU ANDA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT GUAMAN SYARIE INSYAALLAH #

19/09/2022

Address

Putra Heights
Subang Jaya
46750

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Selangor Kuala Lumpur Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share