Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer Please be advised that by reading the contents and contacting Liyana The Lawyer does not create a solicitor-client relationship
(2)

08/08/2026

Every week, my staffs consistently akan buat permohonan restock pantry, caya atau tak, Super Ring yang paling laku keras dan tiap-tiap minggu habis 😌

So, saya akan suruh list down apa yang perlu dibeli and top up,

now you guys can see apa yang mereka minta 🫠

Sabar jelah! Just make sure you guys keep yourself healthy.

— Liyana The Lawyer ⚖️




06/08/2026

Hmmm, saya pun tertanya 👀

*⚠️ PENAFIAN: Konten ini hanyalah gurauan dan hiburan semata-mata. Sila ambil dengan santai!





04/08/2026

SATU REVIEW. 1000 ERTI. ❤️

One review.

Tetapi ayat ini buat saya senyum sekejap.

Apa yang paling buat saya tersentuh bukan sebab client puji kami.

Tetapi sebab dia cakap,

“Sangat recommended kepada sesiapa yang perlukan nasihat guaman yang trustworthy dan professional.”

Saya selalu pesan pada team,

Imagine yourself in the client’s shoes.

Bila seseorang datang jumpa peguam, selalunya hidup dia tengah serabut.

Ada yang tak boleh tidur.

Ada yang takut kena saman.

Ada yang baru dicurangi.

Ada yang sedang fikir macam mana nak selamatkan syarikat.

Mereka tak perlukan lawyer yang sekadar petik seksyen undang-undang.

Mereka perlukan seseorang yang boleh dengar.

Explain.

Guide.

Dan bagi mereka pilihan.

Saya selalu percaya…

Kerja seorang peguam bukan memaksa client buka fail.

Kerja kami adalah memastikan client faham pilihan yang mereka ada.

Kalau mereka proceed dengan kami, Alhamdulillah.

Kalau mereka belum bersedia pun, sekurang-kurangnya mereka balik dengan lebih jelas daripada masa mereka datang.

Terima kasih kepada setiap client yang meletakkan kepercayaan kepada saya dan seluruh team Liyana & Co.

Kami mungkin tak sempurna.

Tetapi kami akan sentiasa cuba menjadi peguam yang kami sendiri akan pilih kalau kami berada di tempat anda.

— Liyana the Lawyer ⚖️




31/07/2026

“Puan… saya rasa saya yang buat semua kerja.”

Itu antara ayat yang paling bahaya bila keluar daripada mulut business partner.

Sebab biasanya, bila ayat itu keluar…

masalah itu bukan baru bermula.

Masalah itu sudah lama terkumpul.

Dalam episod Anonymous Consultation kali ini, dua business partner datang bersama.

Company dah besar.

Shareholding 50-50.

Dua-dua director.

Tapi shareholders agreement?

Tak ada.

Exit plan?

Tak ada.

Black and white pasal siapa buat apa?

Pun tak ada.

Yang ada cuma rasa:

“Aku buat lebih.”

“Aku bawa duit masuk.”

“Kalau bukan sebab aku, company ini takkan hidup.”

Sebagai peguam, saya boleh explain tentang deadlock, shareholders agreement dan risiko winding up.

Tapi sebagai manusia…

saya nampak satu perkara.

Bisnes yang dibina atas kepercayaan boleh runtuh bila kepercayaan itu tidak pernah dilindungi dengan hitam putih.

🎥 Anonymous Consultation EP5

Kalau anda ada business partner sekarang…

sudah ada agreement, atau masih sekadar “kita percaya sama-sama”?





28/07/2026
27/07/2026

“When can I see you, Puan Liyana?”

Bila awak dah dapat saman, surat mahkamah, atau tuntutan. Mungkin sebagai peguam anda, ataupun opponent anda. 🤔

Lebih baik yang pertama. Betul?

— Liyana The Lawyer ⚖️




24/07/2026

Bukan semua luka datang daripada orang luar.

Kadang-kadang…

orang yang paling kita sayang pun boleh buat kita menangis.

Dalam episod Anonymous Consultation kali ini, seorang anak perempuan yang menghabiskan hampir RM300,000 untuk membina rumah atas tanah ayahnya datang kepada saya dengan satu soalan.

“Puan… kalau saya pertahankan hak saya… adakah saya anak derhaka?”

Sebagai seorang peguam, saya boleh terangkan pilihan undang-undang yang ada.

Tetapi sebagai seorang anak perempuan…

saya faham kenapa soalan itu jauh lebih berat daripada kes itu sendiri.

🎥 Anonymous Consultation EP4

Saya nak tahu…

Apa yang anda akan buat kalau berada di tempat Cik Siti?




18/07/2026

“Puan… saya curang.”

Usually, bila orang dengar ayat tu, terus assume mereka dah tahu whole story.

But I can’t do that.

As a lawyer, tugas saya bukan untuk judge keputusan hidup client.

Tugas saya ialah dengar keseluruhan cerita, faham fakta, dan explain apa pilihan serta legal consequences yang dia ada.

Dalam episod Anonymous Consultation EP3 kali ni, seorang suami datang dengan satu confession yang saya langsung tak expect.

Dan plot twist di hujung consultation ni?

Lebih mengejutkan daripada pengakuan awal dia.

Kadang-kadang seseorang datang jumpa lawyer bukan sebab dia tak tahu apa yang betul.

Dia dah tahu.

Cuma dia tak tahu macam mana nak berdepan dengan akibat daripada pilihan yang dia sendiri dah buat.

Watch till the end.

Kalau anda berada di tempat isterinya…

would you stay, forgive, atau walk away?

— Liyana the Lawyer ⚖️






LegalAdvice

10/07/2026

Suami meninggal dunia.

Tiga bulan kemudian…

isterinya jumpa sesuatu dalam telefon arwah yang mengubah seluruh hidupnya.

Mereka berkahwin hampir 19 tahun.

Dia berhenti kerja.

Menjadi suri rumah.

Menjaga anak-anak.

Menjaga suami.

Kemudian…

dia baru tahu suaminya pernah mempunyai hubungan dengan seorang lelaki dan seorang wanita, yang kedua-duanya juga sudah berkeluarga.

Ayat yang paling saya tak boleh lupa?

“Saya rasa macam saya dah tak kenal siapa suami saya.”

Ramai ingat kerja peguam cuma bagi legal advice.

Hakikatnya…

kadang-kadang saya lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Sebab tidak semua orang datang ke pejabat saya mencari saman.

Ada yang datang sebab hati mereka terlalu berat untuk dipikul seorang diri.

Dalam episod kali ini…

client bertanya sama ada dia boleh menyaman bekas boyfriend dan bekas girlfriend arwah suaminya.

Apa jawapan saya?

Tonton sampai habis.

— Liyana the Lawyer ⚖️





09/07/2026

One review.

Tetapi ayat ini buat saya senyum sekejap.

Apa yang paling buat saya tersentuh bukan sebab client puji kami.

Tetapi sebab dia cakap,

“They gave me space to think. They didn’t pressure me.” Transcribe- shahiras review.pdf

Saya selalu pesan pada team,

Imagine yourself in the client’s shoes.

Bila seseorang datang jumpa peguam, selalunya hidup dia tengah serabut.

Ada yang tak boleh tidur.

Ada yang takut kena saman.

Ada yang baru dicurangi.

Ada yang sedang fikir macam mana nak selamatkan syarikat.

Mereka tak perlukan lawyer yang sekadar petik seksyen undang-undang.

Mereka perlukan seseorang yang boleh dengar.

Explain.

Guide.

Dan bagi mereka pilihan.

Saya selalu percaya…

Kerja seorang peguam bukan memaksa client buka fail.

Kerja kami adalah memastikan client faham pilihan yang mereka ada.

Kalau mereka proceed dengan kami, Alhamdulillah.

Kalau mereka belum bersedia pun, sekurang-kurangnya mereka balik dengan lebih jelas daripada masa mereka datang.

Terima kasih kepada setiap client yang meletakkan kepercayaan kepada saya dan seluruh team Liyana & Co.

Kami mungkin tak sempurna.

Tetapi kami akan sentiasa cuba menjadi peguam yang kami sendiri akan pilih kalau kami berada di tempat anda.

— Liyana the Lawyer ⚖️

Address

Unit 105, Block 1, No. 7, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam Darul Ehsan
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60123640086

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liyana The Lawyer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Liyana The Lawyer:

Share

Category