03/07/2025
*TETUAN HAIDA MOHD FIKAH & PARTNERS BEBAS DARIPADA TUDUHAN MENIPU*
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Pada 2 Julai 2025, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah membenarkan tuntutan ganti rugi am kepada pihak TETUAN HAIDA MOHD FIKAH & PARTNERS dan memerintahkan pihak Defendan untuk membayar ganti rugi atas dakwaan memfitnah.
Semoga kes ini menjadi iktibar kepada semua orang agar lebih berhati-hati dalam membuat dan menerima suatu kenyataan yang berbaur fitnah.
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.
Mari sama-sama kita amalkan doa ini agar kita dikurniakan hati yang dihindari daripada memfitnah dan difitnah.
*Jutaan terima kasih kepada peguam kami, TETUAN LAINAH YAAKOB yang telah banyak membantu di atas kemenangan kami*
Siti Nur Atiqah diperintah bayar ganti rugi RM50,000 ke atas firma guaman | DagangNews - Berita Bisnes Anda -
SHAH ALAM 3 Julai - Pengarah Urusan MRF Consultant (M) Sdn Bhd (MRF), Siti Nur Atiqah Baba diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000 kepada sebuah firma guaman atas dakwaan memfitnah yang disiarkan di dalam sebuah akhbar arus perdana pada tahun 2022.