Messrs. Liyana & Co.

Messrs. Liyana & Co. A Malaysian Lawfirm. Based in Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. "Legally Speaking, We Are Here To Serve You"

Apabila saman fitnah… tiada unsur fitnah. 🧐Seorang individu memfailkan saman fitnah. Semasa perbicaraan, Mahkamah membac...
04/09/2026

Apabila saman fitnah… tiada unsur fitnah. 🧐

Seorang individu memfailkan saman fitnah. Semasa perbicaraan, Mahkamah membaca surat yang dikatakan fitnah, persoalannya jadi satu: mana fitnahnya?

Kes ini bermula daripada perebutan ruang dalam dunia Taekwondo.

Satu persatuan menjalankan aktiviti Taekwondo, tetapi tidak berdaftar di bawah undang-undang sukan yang berkaitan.

Pihak lain kemudian menulis kepada badan sukan dan agensi kerajaan, membangkitkan isu pendaftaran itu.

Persatuan tersebut tak puas hati.

Mereka kata surat-surat itu membuatkan orang nampak mereka seolah-olah tidak layak, tidak boleh dipercayai dan tidak sah menjalankan aktiviti Taekwondo.

Lalu mereka saman fitnah.

Tapi Mahkamah tidak meneliti surat itu dengan emosi.

Mahkamah baca apa yang betul-betul tertulis.

Dan isinya, pada asasnya, hanyalah mengenai status pendaftaran dan keperluan undang-undang. Tuduhan-tuduhan berat yang plaintif kata “tersirat” itu, Mahkamah dapati memang tidak ada pada surat tersebut.

Lebih malang, kes itu turut berdepan masalah dari segi locus standi, bukti dokumen dan prosedur.

Akhirnya, tuntutan ditolak dengan kos.

Jadi kalau suatu hari anda disaman fitnah, jangan terus panik hanya kerana nama anda ada dalam writ.

Orang boleh saman. Tapi dia tetap kena buktikan yang anda benar-benar memfitnahnya.

Dan kalau apa yang anda tulis memang ada asas, dibuat dalam konteks yang betul dan tidak membawa maksud seperti yang didakwa, itu boleh jadi seluruh beza antara kalah dan menang.




03/09/2026

POV: Bagaimana client saya lihat saya sebagai peguam 🧐




Perkongsian kes hari ini sedikit menyedihkan.Kadang-kadang bila rumah tangga retak, yang hancur - bukan hati sahaja.Dala...
03/09/2026

Perkongsian kes hari ini sedikit menyedihkan.

Kadang-kadang bila rumah tangga retak, yang hancur - bukan hati sahaja.

Dalam kes ini, si isteri berdepan tuntutan hampir RM278,000 berkaitan syarikat yang mereka urus dan bina bersama. Dia cuba faham dari mana datangnya jumlah itu, minta dokumen, minta penjelasan, dan bila masih tak jelas, dia buat aduan rasmi kepada MIA dan SSM.

Aduan itu akhirnya ditolak. Tetapi cerita tak berhenti di situ.

Dia p**a disaman fitnah oleh suaminya sendiri.

Mahkamah akhirnya menolak saman tersebut. Mahkamah juga menerima bahawa dia benar-benar mempunyai kebimbangan yang mahu disiasat dan mendapati ‘malice’ tidak dibuktikan. Aduannya melalui saluran rasmi turut dilindungi oleh absolute privilege.

Untuk wanita di luar sana, jangan terlalu cepat mengalah hanya kerana keadaan nampak menekan.

Kalau ada hak yang perlu dijaga, atau perkara yang perlu dipersoalkan, jangan takut untuk dapatkan nasihat dan ambil langkah yang betul.

Bertahan bukan bermaksud berdiam. Adakala, bertahan itu bermaksud memberi masa untuk menyusun strategi and get the justice that you deserved.

Rujukan kes: CEP v CPS [2025] MLJU 4065





CORPORATE CRIME WEDNESDAY 🫆Bayar RM28.9 juta untuk sarung tangan, yang sampai ialah sampah sarap?Kes ini bukan seperti b...
02/09/2026

CORPORATE CRIME WEDNESDAY 🫆

Bayar RM28.9 juta untuk sarung tangan, yang sampai ialah sampah sarap?

Kes ini bukan seperti beli barang ‘online’ lain, yang sampai lain. Malah ia lebih teruk daripada itu.

Dalam satu urusan pembelian nitrile gloves, sebuah syarikat membayar kira-kira RM28.9 juta untuk 1,026,000 kotak sarung tangan.

Dokumen penghantaran nampak lengkap. Ada Bill of Lading, sijil SGS dan dokumen insurans.

Tapi bila kontena sampai di Los Angeles, isinya bukan sarung tangan.

Yang ditemui cuma kotak kosong, ‘scraps’ dan sisa buangan.

Mahkamah kemudian mendapati dokumen penghantaran mengandungi pengisytiharan palsu tentang kandungan dan berat kontena. US Customs p**a mengesahkan shipment itu “mis-manifested”.

Lebih mencurigakan, selepas bayaran diterima, wang tersebut dipindahkan dengan cepat kepada beberapa syarikat lain.

Mahkamah mendapati pemindahan itu digunakan untuk menyebarkan dan menyembunyikan hasil fraud. Beberapa syarikat tersebut turut disifatkan sebagai money mules dan shell companies.

Hujah bahawa transaksi itu menggunakan terma CIF juga tidak membantu.

Sebab mudahnya, CIF hanya terpakai bila barang sebenar memang dihantar.

Walaupun dokumentasi cantik, ia tetap dikira sebagai fraud kerana barangan yang diterima bukanlah seperti yang dipesan.

Akhirnya, mahkamah memutuskan kesemua defendan bertanggungjawab secara jointly and severally dan plaintif dianugerahkan RM28,902,540, bersama faedah dan kos.

Fraud unravels all.




Tetuan Liyana & Co. mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan dan selamat Hari Kemerdekaan yang ke-69.Hari Kebangsaa...
31/08/2026

Tetuan Liyana & Co. mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan dan selamat Hari Kemerdekaan yang ke-69.

Hari Kebangsaan bukan sekadar sambutan, tetapi ia adalah manifestasi perpaduan, pengorbanan dan semangat juang yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

Semoga semangat patriotisme terus subur dalam setiap jiwa rakyat, terutama dalam memartabatkan pembangunan negara dan bangsa.

‘Malaysia Madani; Kesejahteraan Dinikmati’




28/08/2026

Fitnah dalam dokumen mahkamah, boleh saman balik?

Tak semestinya.

Dalam satu kes, sebuah hotel membuat tuduhan zina terhadap dua plaintif dalam statement of defence. Tuduhan itu kemudian di-strike out kerana scandalous dan tidak relevan.

Plaintif saman fitnah dan pada awalnya menang RM150,000 seorang.

Tapi Mahkamah Rayuan terbalikkan keputusan itu.

Sebab kenyataan dalam pliding mahkamah dilindungi oleh absolute privilege — walaupun kenyataan itu keras, tidak relevan atau dibuat dengan niat jahat.

Tapi ingat, perlindungan ini terpakai dalam konteks prosiding mahkamah.

Di luar mahkamah - post, caption, komen atau media sosial, itu cerita dia lain.

Difitnah atau sedang berdepan saman fitnah? Hubungi Liyana & Co di 012-364 0086 atau tekan link di bio.





“Kami sahaja yang ori.”Nampak macam ayat marketing biasa, kan?Tapi dalam satu kes, ayat macam ini akhirnya membawa kepad...
28/08/2026

“Kami sahaja yang ori.”

Nampak macam ayat marketing biasa, kan?

Tapi dalam satu kes, ayat macam ini akhirnya membawa kepada saman fitnah.

Dua syarikat menjual perabot import mewah dari Eropah. Salah satu pesaing kemudian mengiklankan dirinya sebagai:

“the only genuine Italian display centre in Kuala Lumpur.”

Plaintif terasa ayat itu bukan sekadar memuji bisnes sendiri.

Kalau hanya satu showroom yang “genuine”, bagaimana p**a dengan pesaing lain?

Mahkamah setuju.

Dalam konteks industri tersebut, ayat itu boleh memberi gambaran bahawa pesaing lain menjual perabot tiruan, tidak tulen atau menjalankan perniagaan secara tidak jujur.

Walaupun nama plaintif tidak disebut, Mahkamah melihat bahawa kedua-duanya merupakan pesaing utama dalam segmen perabot mewah yang sama. Pembaca yang mengenali pasaran tersebut boleh tahu siapa yang dimaksudkan.

Lebih penting, selepas diminta menghentikan iklan tersebut, defendan tetap meneruskan penerbitannya dan tidak membuat permohonan maaf.

Akhirnya, Mahkamah memberikan RM100,000 ganti rugi kepada plaintif serta injunksi untuk menghalang kenyataan itu diterbitkan lagi.

What can you learn from this? marketing boleh agresif. Tapi jangan sampai cara anda puji bisnes sendiri menjadikan pesaing nampak seperti penipu.

Dalam fitnah, bukan nama sahaja yang penting. Maksud tersirat pun cukup untuk membawa anda ke Mahkamah.




27/08/2026

Nama disebut dalam email, terus boleh saman fitnah?

Tak semestinya.

Dalam satu kes, seorang peguam menyaman syarikat insurans selepas namanya disebut dalam email yang diedarkan kepada staf dan panel lawyer mereka.

Di Mahkamah Tinggi, beliau menang RM300,000. Tapi keputusan itu kemudian diterbalikkan oleh Mahkamah Rayuan.

Kenapa?

Sebab mahkamah tengok konteks, tujuan email itu dihantar, siapa penerimanya, dan sama ada maklumat itu benar.

Mahkamah dapati email tersebut dibuat untuk tujuan risk management dan turut dilindungi oleh qualified privilege.

Jadi, bukan setiap kenyataan negatif automatik jadi fitnah.

Dalam kes defamation, context is everything.





TABAH THURSDAY - TERLUKA TAPI BANGKIT 💪🏻Berkahwin, bertahun bina bisnes dan empayar bersama. Tetapi, apabila bercerai, e...
27/08/2026

TABAH THURSDAY - TERLUKA TAPI BANGKIT 💪🏻

Berkahwin, bertahun bina bisnes dan empayar bersama. Tetapi, apabila bercerai, empayar besar menjadi medan perang buat mereka. Perkara ini bukan luar biasa.

Bila perkahwinan berakhir, pertikaian itu tak berhenti pada soal hati sahaja.

Bekas isteri ini juga terpaksa melindungi kepentingannya sebagai pemegang saham dalam syarikat yang mereka miliki bersama.

Apabila wang pampasan tanah syarikat masuk ke akaun peribadi bekas suami, beliau mengambil tindakan untuk menghalang wang itu daripada digunakan untuk ‘personal’ sementara hak-haknya masih dipertikaikan.

Mahkamah Persekutuan akhirnya membenarkan injunksi bagi melindungi keseluruhan wang tersebut.

Kadang-kadang, perceraian bukan sekadar pisahkan dua orang.

Ia boleh tarik sekali harta, syarikat dan masa depan bisnes yang dibina bersama.

Kalau anda berdepan pertikaian harta atau kepentingan dalam syarikat selepas perceraian, dapatkan nasihat guaman lebih awal untuk mengetahui dan melindungi hak anda.




.

Address

Unit 105, Block 1, No. 7, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam Darul Ehsan
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 07:30 - 15:30
Tuesday 07:30 - 15:30
Wednesday 07:30 - 15:30
Thursday 07:30 - 15:30
Friday 07:30 - 15:30

Telephone

+60123640086

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs. Liyana & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share