03/08/2026
KENYATAAN RASMI
Firma kami mendapati terdapat pihak yang menyebarkan kenyataan berbaur fitnah mengenai firma kami. Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang menyebarkan kenyataan fitnah tersebut.
Kami menegaskan bahawa seluruh operasi firma sentiasa mematuhi SOP, tatacara kerja, dan undang-undang yang ditetapkan.
Sebarang kekeliruan atau soalan boleh dikemukakan terus kepada pihak pengurusan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang membuat semakan terus dengan kami serta kekal menaruh kepercayaan kepada firma ini.
Kami menggesa agar penyebaran fitnah ini dihentikan serta-merta. Pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap mana-mana individu atau entiti yang terlibat.