Tetuan Atiqah Hadhirah & Associates

Tetuan Atiqah Hadhirah & Associates Syarie Counsel JUSTICE SERVED WITH EXPERTISE AND CARE

25/08/2026
Mitos2 dlm tuntutan Harta Sepencarian:1) Mitos Geran - nama dalam geran bukan nama sy, jadi sy tiada hak langsung2) Mito...
24/08/2026

Mitos2 dlm tuntutan Harta Sepencarian:

1) Mitos Geran - nama dalam geran bukan nama sy, jadi sy tiada hak langsung
2) Mitos Suri Rumah - sy surirumah, jadi sy dianggap tiada sumbangan
3) Mitos 50:50 - harta selepas kahwin MESTI dibahagi 50:50
4) Mitos Pusaka - semua aset suami jd harta pusaka tolak harta sepencarian

Bila mitos makanya bukan tidak boleh dituntut.

Perceraian bukan penamat kepada segala hak dan tanggungjawab. Sebaliknya, undang-undang Syariah menyediakan perlindungan...
30/07/2026

Perceraian bukan penamat kepada segala hak dan tanggungjawab. Sebaliknya, undang-undang Syariah menyediakan perlindungan bagi memastikan hak setiap pihak terus terpelihara.

Antara hak-hak yang sering diperjuangkan selepas perceraian ialah:

1) Hak Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
- Menentukan penjaga yang paling layak berdasarkan kebajikan terbaik anak.

2) Nafkah Anak
- Tanggungjawab bapa untuk menyediakan nafkah yang munasabah meliputi makanan, pakaian, pendidikan, perubatan dan keperluan harian anak.

3) Nafkah Iddah
- Hak isteri yang diceraikan dengan talak raj'ie untuk menerima nafkah sepanjang tempoh iddah mengikut hukum syarak.

4) Muta'ah
- Sagu hati kepada bekas isteri sebagai penghargaan atas perkahwinan yang telah berakhir, tertakluk kepada keadaan dan pertimbangan Mahkamah.

5) Harta Sepencarian
- Pembahagian harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan berdasarkan sumbangan langsung dan tidak langsung kedua-dua pihak.

6) Hak Tempat Tinggal
- Dalam keadaan tertentu, bekas isteri dan anak-anak berhak mendapat perlindungan berkaitan tempat tinggal mengikut peruntukan undang-undang.

Di sebalik setiap prosiding perceraian, terdapat hak-hak yang perlu difahami dan diperjuangkan. Tugas seorang peguam syarie bukan sekadar mengendalikan kes, tetapi memastikan setiap hak dipelihara, setiap tanggungjawab dilaksanakan, dan setiap keputusan membawa keadilan kepada semua pihak terutamanya kebajikan anak-anak.


&care

Alhamdulillah thumma alhamdulillah 😇First time rasa puas hati dengan keputusan kes Mutaah hari ni. Hakim pun tersenyum b...
10/07/2026

Alhamdulillah thumma alhamdulillah 😇
First time rasa puas hati dengan keputusan kes Mutaah hari ni. Hakim pun tersenyum bila nampak muka peguam puas hati lepas baca keputusan. Tahniah anakguam dan rakanbijaksana. 🥰

2 tahun lebih tempoh perkahwinan dapat Mutaah hampir RM20,000 😇

Antara faktor2 yang diambil kira berapa jumlah yang layak diterima oleh Plaintif adalah:

1) Pengorbanan dan emosi Plaintif
2) Status Plaintif
3) Keturunan

Setiap isteri yang diceraikan tanpa sebab yang patut layak untuk mendapat Mutaah selagi mana tidak hilang kelayakan.


&care

Menghadiri Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie di Hotel Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside pada 27.06.20...
29/06/2026

Menghadiri Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie di Hotel Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside pada 27.06.2026.

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 🤲😇

Alhamdulillah thumma alhamdulillah 😇🤲Tidak ada apa yang lebih melegakan seorang ibu apabila keputusan pengkomitan tidak ...
26/06/2026

Alhamdulillah thumma alhamdulillah 😇🤲
Tidak ada apa yang lebih melegakan seorang ibu apabila keputusan pengkomitan tidak berpihak kepada ex suami (bapa). Tahniah buat anakguam kerana berjaya melalui proses perbicaraan yang panjang dalam keadaan yang merisaukan. Yelaa sapa je yang tak takut nak msuk penjara kan?

Tahniah juga buat kedua2 rakan peguam bijaksana yang telah bertungkus lumus tidak tidur malam dalam membantu anakguam sepanjang tempoh kes berjalan.

Mahkamah menerima tunjuk sebab Responden dalam kes ini.

Mahkamah menolak permohonan Pemohon.

Betul2 melegakan saat mendengar keputusan YA Hakim dalam kes pengkomitan ini.

Paling kesian adalah anak sebab dalam usia yg masih muda terpaksa menjadi matang melalui kes2 seperti ini. Sentiasa berfikir dan berasa risau apa akan jadi kalau ibunya masuk penjara. Tegahnya sikap seorang bapa yang hanya tahu mahu menyusahkan seorang ibu kpd anaknya.

Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat guaman boleh hubungi 011-2704 3747


&care

“Kadang pengorbanan tak terlihat, tak terdengar… tapi Allah Maha Tahu. Selamat Hari Raya Aidiladha, moga setiap penat le...
27/05/2026

“Kadang pengorbanan tak terlihat, tak terdengar… tapi Allah Maha Tahu. Selamat Hari Raya Aidiladha, moga setiap penat lelah kita dihitung sebagai ibadah.”

Jangan segan2 untuk hubungi kami jika ada permasalahan berkaitan rumahtangga, harta pusaka dan memerlukan khidmat nasiha...
20/05/2026

Jangan segan2 untuk hubungi kami jika ada permasalahan berkaitan rumahtangga, harta pusaka dan memerlukan khidmat nasihat syariah.

Alhamdulillah selesai lagi satu kes panel berkaitan tuntutan nafkah anak secara persetujuan bersama. Mahkamah meluluskan...
20/05/2026

Alhamdulillah selesai lagi satu kes panel berkaitan tuntutan nafkah anak secara persetujuan bersama.

Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan Seksyen 73 Akta Undang-undang Keluarga Islam.

1. Bapa wajib menanggung nafkah anak, sama ada anak berada dalam jagaannya atau jagaan orang lain.

2. Nafkah termasuk:

✅ tempat tinggal,
✅ makanan,
✅ pakaian,
✅ perubatan,
✅ pendidikan,
mengikut kemampuan dan taraf kehidupan bapa.

3. Jika bapa meninggal dunia, hilang, atau tidak mampu, pihak yang bertanggungan menurut Hukum Syarak boleh diperintahkan membantu nafkah anak.

Selain itu, Mahkamah Syariah juga boleh mengeluarkan perintah nafkah anak jika bapa cuai atau enggan memberi nafkah.

Selepas selesai kes di Mahkamah, terus ke Puchong meeting dengan client.


Address

No. 1160, Level 11, Block A2, Leisure Commerce Square, Pusat Dagangan Setia Jaya 9, Jalan PJS 8/9 SS10
Petaling Jaya
46150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+601127043747

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tetuan Atiqah Hadhirah & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tetuan Atiqah Hadhirah & Associates:

Shortcuts

Share