Tanya Encik Peguam

Tanya Encik Peguam Welcome to my page! Whether you're facing complex disputes or seeking justice, I'm here to provide expert legal support.

For any inquiries or legal assistance, feel free to send me a direct message. Let’s navigate your legal challenges together!

15/01/2026

Kebanyakan majikan beranggapan bahawa dengan memaksa pekerja meletakkan jawatan secara kononnya “sukarela”, mereka dapat mengelakkan tindakan undang-undang. Anggapan ini adalah silap di sisi undang-undang.

Walaupun pekerja yang menyerahkan surat peletakan jawatan, mahkamah akan menilai punca sebenar peletakan jawatan tersebut. Jika dibuktikan bahawa pekerja terpaksa berhenti kerana tindakan majikan yang melanggar terma kontrak pekerjaan atau prinsip keadilan, maka peletakan jawatan itu dianggap setara dengan pemecatan tanpa sebab yang adil.

Di bawah undang-undang, majikan tidak boleh melepaskan diri daripada liabiliti semata-mata dengan memaksa pekerja “berhenti sendiri”. Sekiranya unsur paksaan atau ketidakadilan dibuktikan, majikan tetap boleh dikenakan tindakan dan diarahkan membayar pampasan, gaji tertunggak atau remedi lain yang sewajarnya.

Send a message to learn more

12/01/2026

Kenapa penting dapatkan nasihat guaman sebelum menjawab Letter of Demand (LOD)?

Ramai anggap LOD hanyalah surat biasa. Hakikatnya, setiap ayat dalam jawapan anda boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Satu jawapan yang ditulis tanpa nasihat guaman boleh secara tidak sedar mengaku salah atau menguatkan kes pihak lawan.

Lebih berbahaya, selepas jawapan dihantar, ia tidak boleh ditarik balik. Jawapan yang ditulis dalam keadaan emosi, marah atau panik sering menjadi punca seseorang kalah kes sebelum masuk mahkamah lagi.

Jika anda terima LOD dan tidak pasti apa perlu dibuat, jangan jawab sendiri.





Address

Bandar Damansara Perdana
Petaling Jaya
47820

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanya Encik Peguam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share