02/11/2026
𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗔𝗕 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 (𝗔𝗞𝗞𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟲.
Kota Bharu, 2 November - Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB), En. Zaidi Shahrim, telah menyampaikan taklimat dalam sesi Taklimat Pembangunan Perniagaan ANGKASA: Menjana Perolehan Koperasi Sekolah yang berlangsung pada 2 November 2026 di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Taklimat yang telah berlangsung pagi ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAAB, khususnya dalam bidang perancangan harta, hibah, amanah dan pengurusan pusaka, serta potensi kerjasama yang boleh diterokai oleh koperasi sekolah dalam memperkasakan nilai dan manfaat kepada anggota.
Program turut menampilkan sesi perkongsian daripada Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) dan Jaringan Perniagaan Strategik ANGKASA sebagai sebahagian daripada inisiatif ANGKASA dalam memperkukuh ekosistem perniagaan koperasi sekolah.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Khas bagi beberapa kategori pertandingan, termasuk Pertandingan Pemantapan Minda Koperasi Sekolah, Pertandingan Kuiz Kategori Murid dan Guru, serta Pertandingan Persembahan Pempamer Koperasi Sekolah Terbaik 2026.
Program telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Timbalan Presiden ANGKASA, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebelum sesi cabutan bertuah dan majlis penutup program.