23/10/2026
✨ Mesyuarat Agung Tahunan PGSM Melaka Kali Ke-12 (Sesi 2025/2027) ✨
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Cawangan Negeri Melaka) kali ke-12 telah berjaya diadakan pada:
📅 23.10.2026 (Jumaat)
📍 Dewan Tuah, Hotel Mutiara KGMMB, Melaka
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan penuh tertib dan teratur, membincangkan beberapa agenda penting antaranya:
✅ Pembentangan & pengesahan minit mesyuarat serta laporan tahunan cawangan 2025
✅ Pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari
✅ Pencalonan Jawatankuasa PGSM Pusat baharu bagi sesi 2026/2027
✅ Perbahasan usul-usul cawangan serta hal-hal lain
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir secara fizikal mahupun dalam talian atas sokongan dan komitmen padu.
👏 Tahniah juga diucapkan kepada barisan Jawatankuasa PGSM Melaka sesi 2025/2027. Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh integriti, seterusnya memperkukuh peranan dan martabat peguam syarie di Negeri Melaka.