Ascolaw - Akmal Saufi & Co

Ascolaw - Akmal Saufi & Co ASCOLAW is a multidisciplinary legal services firm with its offices located in Kuala Lumpur & Johor
(1)

Geran dah keluar — tapi nama anda belum atas geran tu?Di sinilah Perfection of Transfer (POT) masuk. Sebelum itu, kalau ...
13/08/2026

Geran dah keluar — tapi nama anda belum atas geran tu?

Di sinilah Perfection of Transfer (POT) masuk. Sebelum itu, kalau pinjaman dengan bank dah diselesaikan, satu urusan bernama Deed of Receipt and Reassignment (DRR) perlu dilaksanakan untuk hak dipulangkan semula kepada pemilik sebelum bermulanya urusan POT.

Hari ni klien datang untuk signing. Proses baru bermula — kami bantu uruskan dari peringkat ni sehingga selesai.

Ramai ingat urus pusaka ni sekadar isi borang. Sebenarnya ada beberapa peringkat — dan bicara di Pejabat Pembahagian Pus...
11/08/2026

Ramai ingat urus pusaka ni sekadar isi borang. Sebenarnya ada beberapa peringkat — dan bicara di Pejabat Pembahagian Pusaka adalah langkah terakhir sebelum Perintah Pembahagian dikeluarkan.

Hari ni kami di Pejabat Pembahagian Pusaka Seremban, dan alhamdulillah pembahagian pusaka klien selesai.

Setiap peringkat, kami bantu uruskan sehingga selesai.

Satu urusan pindah milik tanah tanpa balasan. Klien tandatangan dokumen minggu ni.Ramai ingat lepas tandatangan tu dah s...
29/07/2026

Satu urusan pindah milik tanah tanpa balasan. Klien tandatangan dokumen minggu ni.

Ramai ingat lepas tandatangan tu dah selesai. Sebenarnya belum. Permohonan kebenaran pindah milik perlu dimohon. Seterusnya, dokumen kena stamping dulu, duti setem dikira ikut nilai pasaran semasa tanah — ini yang selalu buat orang tersentak.

Selepas itu baru pendaftaran di pejabat tanah. Sampai nama bertukar atas hakmilik, barulah boleh kata siap. Fail ni masih berjalan. Kami maklumkan klien setiap peringkat, supaya dia tahu apa yang masih berjalan dan apa yang sudah selesai.

🌙 Salam Awal Muharram 1448HSempena kedatangan tahun baharu Hijrah, marilah kita bersama-sama mengambil peluang untuk mem...
16/06/2026

🌙 Salam Awal Muharram 1448H

Sempena kedatangan tahun baharu Hijrah, marilah kita bersama-sama mengambil peluang untuk memperbaharui azam, memperkukuhkan nilai integriti, dan terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih positif.

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berpanjangan kepada anda sekeluarga serta dalam setiap urusan yang diusahakan.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

Ikhlas daripada,
Akmal Saufi & Co dan Legal That Works

ASCO bertindak bagi pihak waris dalam urusan pentadbiran harta pusaka si mati, termasuk memberikan nasihat berhubung pro...
16/06/2026

ASCO bertindak bagi pihak waris dalam urusan pentadbiran harta pusaka si mati, termasuk memberikan nasihat berhubung proses perundangan yang terpakai serta menyelaras dokumentasi yang diperlukan bagi tujuan pengurusan dan pembahagian aset pusaka.

Urusan pusaka sering melibatkan pelbagai pihak, dokumen dan prosedur perundangan yang perlu dipatuhi. Pengurusan yang teratur sejak awal dapat membantu mengurangkan kelewatan dan memastikan proses pentadbiran berjalan dengan lebih lancar.

Daulat Tuanku.Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Per...
01/06/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2025 (15 Zulhijjah 1447H).

On this meaningful Wesak Day, may we continue to spread kindness, compassion and positivity wherever we go.Wishing every...
31/05/2026

On this meaningful Wesak Day, may we continue to spread kindness, compassion and positivity wherever we go.
Wishing everyone peace and happiness always 🪷

— From Akmal Saufi & Co and Legal That Works

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sentiasa mengiringi setiap langkah...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sentiasa mengiringi setiap langkah kita.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. 🤍

— Daripada Akmal Saufi & Co dan Legal That Works

Today is all about honoring the dedication, resilience, and hard work of people everywhere. Whether you are building, cr...
01/05/2026

Today is all about honoring the dedication, resilience, and hard work of people everywhere. Whether you are building, creating, leading, or supporting, your contributions shape our communities and drive progress. Happy Labour Day from Akmal Saufi and Co.! 💪

Hats off to the people that makes every business possible, the team!Happy Labour Day to everyone ESPECIALLY to the peopl...
30/04/2026

Hats off to the people that makes every business possible, the team!

Happy Labour Day to everyone ESPECIALLY to the people in and .

The things that you do are worthwhile and your efforts impact families, communities and this country. And for that the firm forever appreciates it.

Have a great holiday and see you all next week!!

- MP

Address

Level 25, Menara Worldwide, 198, Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60384085554

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ascolaw - Akmal Saufi & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ascolaw - Akmal Saufi & Co:

Shortcuts

Share

Category