30/05/2026
FITNAH DI LAMAN MEDIA SOSIAL “THREAD”
1. Firma guaman kami telah mengenalpasti pihak yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap beberapa pengamal undang-undang termasuk pihak kami. Pihak tersebut menggunakan akaun palsu diatas nama “cik_epal_masam” di media sosial “Thread”. Individu tersebut telahpun mendedahkan dirinya secara langsung dan secara tidak langsung kepada pihak kami dan pihak saksi kami.
2. Pihak kami tidak pernah dan tidak akan sama sekali bertoleransi dengan individu-individu yang menggunakan akaun palsu di mana-mana laman media sosial yang memfitnah, melakukan buli siber, mengeluarkan kenyataan-kenyataan jelik dan tidak benar terhadap firma kami atau mana-mana peguam & kakitangan kami.
3. Walaupun pelbagai kes anakguam kami yang melibatkan kausa tindakan fitnah dapat diselesaikan diluar mahkamah melalui rundingan damai, namun di dalam kes ini adalah didapati bahawa individu tersebut langsung tidak menunjukkan sebarang rasa kesal malah menunjukkan sifat sebenar diri beliau yang terus menerus memfitnah peguam kami.
4. Justeru, pihak kami tidak akan berkompromi & tindakan tegas akan diambil terhadap individu tersebut. Orang ramai boleh mengambil iktibar akan bahana fitnah dan buli siber yang sememangnya membawa bencana bukan sahaja terhadap individu yang difitnah tetapi akhirnya kepada dirinya sendiri.
Leave no stone unturned.
Messrs Amin Chambers
Muhammad Amin
Fira Fahmi