11/08/2026
UPDATE KES SEMALAM
Pernah suatu ketika dahulu, kecoh di media sosial apabila anakguam kami didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (4), Ipoh atas suatu pertuduhan merogol seorang kanak-kanak OKU.
Ketika itu, lensa kamera media tidak pernah lekang daripada merakam wajah anakguam kami. Cahaya kamera yang silau dan bunyi lensa memecah keheningan pagi, seolah-olah anakguam kami telah pun dihukum dan diputuskan bersalah.
Namun, apabila pertuduhan terhadap anakguam kami akhirnya digugurkan dan Mahkamah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada beliau, ke manakah perginya lensa-lensa kamera tersebut?
Tiada lagi kamera yang hadir untuk merakam wajah anakguam kami. Tiada p**a tajuk utama yang berbunyi βTIDAK BERSALAHβ sebagaimana hebatnya tajuk-tajuk berita ketika pertuduhan dahulu dilaporkan.
Begitulah liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi. Setiap insan mempunyai jalan cerita kehidupannya yang tersendiri. Ada kalanya kita diuji dengan sesuatu yang tidak pernah kita sangka, namun pada akhirnya kebenaran tetap mempunyai jalannya sendiri. π³ποΈ
Sebagai Peguam, apabila kami melihat anakguam kami melangkah keluar dari Mahkamah dengan bermaruah dan kebebasan yang dikembalikan, wujud suatu kepuasan yang sukar untuk digambarkan dengan perasaan mahupun kata-kata.
Itulah suatu perasaan yang amat manis β satu kepuasan yang hanya dapat benar-benar difahami dan dirasai oleh seorang Peguam Litigasi Jenayah.
Kerana di sebalik setiap fail, setiap pertuduhan dan setiap prosiding, terdapat seorang manusia yang mempertaruhkan kebebasan, maruah dan masa depannya.
Dan apabila keadilan akhirnya berpihak kepada anakguam kami, segala penat lelah sepanjang perjalanan itu terasa amat berbaloi.
Alhamdulilah.