Perunding Keluarga Anda

Perunding Keluarga Anda Merungkai masalah perkahwinan ,perceraian , hak penjagaan anak , harta pusaka , wasiat , faraid dan hibah .

23/04/2019
Antara punca-punca remeh perceraian boleh berlaku skrg ni . Anda pernah mengalami situasi mcm ni? Betul la org ckp sblum...
10/01/2019

Antara punca-punca remeh perceraian boleh berlaku skrg ni . Anda pernah mengalami situasi mcm ni? Betul la org ckp sblum kahwin semuanya seronok , wangi , lepas kahwin terus hilang semua tu . Nak kahwin boleh silakan tpi klu situasi yg mcm bwah ni jadi jgn brgaduh brtumbuk carila org tengah, kaunselor atau peguam untuk membantu menyelesaikan masalah anda .

19/09/2018

Sedangkan lidah lagi tergigit
Ni kan p**a hidup berumah tangga.

Kita selalu dengarkan ayat ni
Memang realiti hidup berumah tangga

Tapi bila kita ada dalam masalah
Kita tak tahu apa nak buat
Takut untuk bersuara
Malu bertanya

Anda telah jumpa tempat yang betul utk tambah ilmu anda
Anda bebas bertanya apa2 soalan

SUAMIKU DARI NERAKAAPA CARA NAK LEPASKAN DIRI DARI SUAMI MACAM NI??JOM TENGOK KISAH DIBAWAHSoalan:Saya dan suami sering ...
19/09/2018

SUAMIKU DARI NERAKA
APA CARA NAK LEPASKAN DIRI DARI SUAMI MACAM NI??

JOM TENGOK KISAH DIBAWAH

Soalan:
Saya dan suami sering bertelingkah dan dia selalu memukul saya sehingga lebam-lebam. Saya tidak tahan lagi dan mahu bercerai dengannya, tetapi dia tidak mahu melafazkan talaq ke atas saya. Tiadakah jalan lain untuk saya bercerai selain dijatuhkan talaq?

Jawapan:
Ramai yang mengatakan bahawa pergaduhan antara suami isteri adalah asam garam berumahtangga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa p**a suami isteri.

Namun, ada p**a halnya di mana pertelingkahan ini tidak dapat diselesaikan sehingga menjadi masalah yang berlarutan, malah membawa kepada pukul-memukul. Ini jauh sekali daripada gaya hidup berumahtangga yang digalakkan dalam ajaran Islam.

Bagi pasangan suami isteri yang tidak boleh berdamai semula, perceraian merupakan jalan penyelesaian terbaik selagi ia dilakukan dengan cara yang berhemah. Jika puan sudah berkeputusan untuk bercerai, terdapat tiga jalan yang puan boleh ambil menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Cerai ta’liq (seksyen 50)

Ta’liq adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan puan memohon perceraian sekiranya suami puan melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam ta’liq tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah. Dalan situasi puan, alasan yang terpakai untuk memohon cerai adalah suami menyebabkan kemudaratan ke atas puan dengan mencederakan puan.

Dengan yang demikian, bolehlah puan membuat permohonan ke mahkamah syariah bahawa perceraian telah berlaku. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan puan dan, sekiranya berpuashati bahawa suami puan telah melanggar syarat ta’liq, mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut.

Cerai fasakh (seksyen 52)

Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab puan boleh membuat permohonan fasakh.

Sebab-sebab itu adalah: tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun; suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan; suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih; dan suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.

Sebab-sebab lain yang membolehkan puan meminta fasakh termasuklah: suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan; suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit; dan jika puan dikahwinkan oleh wali mujbir puan sebelum puan baligh, puan masih belum disetubuhi suami puan dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.

Puan juga boleh memohon fasakh sekiranya suami puan menganiayai puan. Menganiaya di sini membawa maksud: suami lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan puan menderita; atau suami berkawan dengan perempuan jahat atau berperangai keji; atau memaksa puan hidup secara lucah; atau melupuskan harta puan atau melarang puan dari menggunakan hak puan terhadap harta itu; atau menghalang puan dari menjalankan kewajipan agama; atau jika suami puan berpoligami, dia tidak melayani puan secara adil.

Beberapa lagi sebab puan boleh memohon fasakh adalah: suami sengaja belum menyetubuhi puan selepas empat bulan berlalu; puan tidak memberi izin sebelum berkahwin atau izin itu tidak sah; pada masa berkahwin itu puan adalah seorang yang sakit otak dari jenis yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi fasakh di bawah Hukum Syara'.

Melihat kepada alasan-alasan yang disenaraikan di atas, jelaslah bahawa alasan yang terpakai dalam situasi puan adalah suami puan lazim menyakiti dan menjadikan kehidupan puan menderita.

Kesimp**annya, puan boleh memohon cerai ta’liq atau fasakh memandangkan suami puan tidak mahu melafazkan talaq. Namun begitu, ada kalanya permohonan cerai atas alasan dipukul suami tidak dibenarkan oleh mahkamah jika mahkamah mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.

Dalam keadaan ini, puan masih ada satu jalan terakhir iaitu cerai khul’ atau dikenali sebagai cerai tebus talaq (seksyen 49).

Cerai tebus talaq dilakukan dengan puan membayar sejumlah wang kepada suami puan. Jika jumlah yang perlu dibayar oleh puan dipersetujui antara puan dan suami, mahkamah syariah akan memerintahkan suami puan melafazkan talaq ke atas puan. Sebaliknya, jika persetujuan tentang jumlah wang yang perlu puan bayar tidak dapat dicapai, mahkamah syariah akan menetapkan nilainya berdasarkan hukum syara’ dan dengan mengambilkira status dan kemampuan puan sebelum suami puan diperintahkan untuk melafazkan talaq.

Talaq yang dilafazkan oleh suami puan dalam situasi ini dianggap sebagai talaq ba-in sughra yakni tidak boleh diruju’ semula.

Apa apa soalan boleh terus pm saya.

Sekian


ANAK ADALAH AMANAH.HARINI KITA BINCANG TENTANG HADHANAH LAGI.KITA BAGI SIKIT DULUNANTI KITA TAMBAHGolongan Mazhab Syafi’...
16/08/2018

ANAK ADALAH AMANAH.
HARINI KITA BINCANG TENTANG HADHANAH LAGI.
KITA BAGI SIKIT DULU
NANTI KITA TAMBAH

Golongan Mazhab Syafi’i berpendapat bahwa hak anak asuh dimulai dari
1. Ibu kandung
2. nenek dari pihak ibu
3. nenek dari pihak ayah
4. saudara perempuan
5. ibu saudara dari pihak ibu
6. anak perempuan dari saudara laki-laki
7. anak perempuan dari saudara perempuan
8. ibu saudara dari pihak ayah
9. dan kerabat yang masih menjadi mahram bagi si anak yang mendapatkan bahagian warisan ashabah sesuai dengan urutan pembagian harta warisan. Pendapat Madzhab Syafi’i sama dengan pendapat madzhab Hanafi.

Berapakah umur anak yang ingin dituntut hak jagaannya?

Sekiranya anak itu masih kecil (tafsiran “kecil” ini berbeza-beza, tetapi boleh dibahaskan untuk merangkumi umur di bawah 7 tahun untuk kanak-kanak lelaki dan di bawah 9 tahun untuk kanak-kanak perempuan, supaya konsisten dengan kehendak seksyen 85 EUUKIS), maka yang paling berhak menjaga adalah si ibu, menurut kehendak seksyen 82 (1). Sekiranya ibu hilang kelayakan (sila rujuk point 3), maka turutan penjaga seterusnya adalah seperti yang disenaraikan dalam seksyen 82 (2), di mana nenek sebelah ibu lebih layak berbanding si bapa. Tetapi seksyen ini tertakluk kepada kehendak seksyen 83 EUUKIS iaitu hendaklah si ibu itu memenuhi kriteria kelayakan di bawah seksyen 83 EUUKIS. Sekiranya anak itu bukan lagi anak

Address

No 317A, Tingkat 1, Jalan Silibin , Tmn Germuda
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Keluarga Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share